10.3.11

Lupa asal usul

"Kadang2 aku menyampah tengok "foreigner "yang datang belajar kat negara ni. Terutamanya yang ada kat kampus aku sekarang ni. Berlagak sangat. Tak tahu nak hormat orang".

Itu merupakan statement yang diajukan oleh seorang kawan aku ketika aku melawat beliau dikampusnya.

Baik, tidak dinafikan, ada benar kata2 yang beliau ucapkan. Memang ada segelintir "foreigner" yang berperangai menyakitkan hati. Namun bukan itu yang aku ingin persoalkan disini.

Persoalannya ialah, orang yang mengeluarkan statement itu sendiri. Pertama, tidakkah dia sedar yang aku juga merupakan seorang "foreigner". Kedua, lupakah dia yang mana ibu dan bapanya juga seorang "foreigner".

Memang benar, dia lahir disini. Tapi itu tidak bermakna yang dia punya hak untuk memburukkan orang yang berasal dari negara lain. Yang paling menjengkilkan ialah, ibu dan bapanya masih lagi memegang status penduduk tetap di negara ini. Aku rasa orang macam ni memang lupa daratan betul.

Cara dia bercakap mengenai "foreigner" seolah2 mereka itu terlalu rendah martabatnya. Orang seperti ini boleh aku kategorikan sebagai orang yang tak sedar diri. Lupa asal keturunan, lupa jati diri dan salahsilah keluarga.

Yang peliknya, beliau merupakan mahasiswa dari sebuah pusat pengajian yang agak ternama. Tapi persepsi beliau terhadap perkara tersebut seolah2 seperti remaja yg sedang belajar di sekolah menengah.

Aku tersenyum sendirian tatkala mendengar beliau mempertikaikan bagaimana pelajar2 "foreigner" di kampusnya berpakaian, makan, berbual, bersosial. Seolah2 ianya tradisi baru di mata beliau. Aku tak dapat bayangkan betapa dangkalnya tahap pemikiran seorang mahasiswa sperti beliau yang sewenang-wenangnya menyalahkan "foreigner" akibat kerosakkan akhlak yang berlaku dikalangan remaja sekarang. Hanya itu sahaja ke satu-satunya jalan pencerapan kemunduran budaya yg terlintas difikiran beliau sebagai seorang mahasiswa?

Antara kenyataan beliau tempoh hari:-
"kenapa dorang ni suka pakai baju2 yg pelik2? terutama pelajar muslimah. tak boleh ke dorang pakai baju kurung macam kita kat sini? kan lebih menutup aurat. Ni tak, pakai jubah tah apa2, tudung lilit2 kepala. Teruk betul cara mereka berpakaian! Bagi pengaruh yang tak elok untuk remaja2 kat sini"

Persoalannya, ada ke baju kurung kat tempat asal diorang?? Kadang2 aku fikir balik, aku tengah bercakap dengan seorang mahasiswa ke atau seorang pelajar sekolah rendah??? Aku sendiri pun tak pasti.

Namun perkara yang paling utama ialah, beliau sedar ke tidak, yang beliau juga berasal dari sebuah keluarga yg terdiri daripada sang "foreigner". Cara beliau seolah-olah "meludah kelangit, akhirnya tepalit ke muka sendiri juga".

Bak kata Buya Hamka
"Orang yang melupakan sejarah tidak akan pernah maju kerana dia bakal mengulangi sejarah yang sama yang pernah dilakukan oleh orang2 yg terdahulu".

Bagai tiada erti

8 tahun dah kita kenal. Ianya bukan satu tempoh yg singkat. Cukup lama untuk kita mengenali hati budi masing2. Namun tempoh yg cukup lama ini seolah2 bagai tiada erti bila kau meletakkan pertaruhan diatas sebuah nama persahabatan.

Aku cukup teruja tatkala menerima panggilan telefon dari kau. Aku kira ada sesuatu yg ingin dikongsikan. Manalah tahu, kerana bukan selalu kita berbual di telefon. Namun jangkaan ku ternyata meleset. Bukan perkongsian yang ingin kau bicarakan, tapi sebuah hamburan amarah yg membuatkan aku terdiam seketika. Aku yg tadinya gembira, tatkala melihat nama kau tertera di skrin telefon, kini menjadi hampa dan kecewa.

Salam bicara awalmu sungguh dingin. Bagaikan menahan gelombang taufan yg melanda. Dengan penuh kedinginan bicara dan tanpa bertanya terlebih dahulu adakah aku maklum atas apa yg berlaku, kau terus menyatakan kekesalanmu kepadaku. Puncanya? kesalmu bukan disebabkan aku, namun ianya disebabkan seseorang yg ada kaitan dengan aku. Dan atas sebab itu, aku dipersalahkan atas segalanya.

............................................................................................................................................................................
Ya, seingat aku, memang aku yg memula bicara untuk meminta bantuan darimu untuk membantu beliau. Aku kira, kerana persahabatan yg terjalin sekian lama, aku bisa menaruh kepercayaan terhadap kau. Sangkaku. Dan awalnya juga, hatiku tidak tenteram tatkala aku meminta bantuan dari kau kerana aku sudah cukup masak dengan sifat2 kau. Namun, kerana keadaan tengah mendesak, aku terpaksa meminta bantuan dari kau. Dan seingat aku, itulah kali pertama aku meminta kau membantu aku untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh seseorang yg aku sayang.

Aku kira pertolongan yg aku pinta tidak menjadi persoalan besar bagi kau. Kerana sebelum ini kau juga pernah meminta pertolongan yg sama. Malah sepanjang perkenalan kita, ada sahaja pertolongan yg kau pinta. Tanpa ada seribu persoalan, aku berusaha membantumu agar kepayahanmu berkurang.

Namun pada hari aku meminta kau membantuku, seribu pertanyaan yg kau ajukan. Seolah2 kau tidak percaya pada aku. Seolah2 kau baru mengenali aku. Setelah negosiasi yg panjang, akhirnya kau bersetuju juga untuk membantu aku. Namun aku agak sedikit kecewa, kerana begitu kau tidak mempercayai aku. Pun begitu, aku tetap berterima kasih kerana kau mahu juga menghulurkan bantuan.

..........................................................................................................................................................................

Tiba2 kelmarin, kau menelefon aku dan menyatakan rasa kesalmu terhadapku. Dan setiap bait kata yg kau ucapkan meranapkan rasa penghargaan aku kepada kau sebagai seorang sahabat. Ya, kau sedang marah kerana kecewa dengan apa yg telah dilakukan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Namun adakah wajar untuk kau menghamburkan amarahmu pada aku? Aku ke yg bersalah??? persolan itu aku tanyakan pada kau. Namun kau menjawab, "memang bukan kau yg buat, tapi dia kan ada kaitan dengan kau, jadi kenapa kau tak alert? kenapa kau tak amik tahu. Kau sepatutnya alert dengan perkara2 mcm ni. aku tak nak nama aku buruk. So sekarang ni aku nak kau selesaikan masalah ni cepat. Jangan sampai disebabkan dia, persahabatan kau dan aku terjejas".

"TERJEJAS"???

Aku benar2 kecewa dengan perkataan kau. Sepanjang aku kenal kau, semarah-marah aku pada kau pun, belum pernah aku meletakkan nama persahabatan sebagai satu bahan ugutan. Dan bukan sekali dua kau buat aku kecewa, bukan sekali juga kau sebabkan reputasi aku jatuh, dan bukan sekali juga disebabkan kau nama baik aku buruk. Tapi pernah aku tengking kau? pernah aku maki kau? pernah aku ugut kau atas nama persahabatan? tidak pernah sekali. Namun cara kau melepaskan rasa kecewa kau pada aku seolah2 aku tiada harga dimata kau.

Seingat aku, masalah yg kau haru birukan ini bukannya besar mana. Ya, aku tahu kau tak mahu nama baik kau tercemar hanya disebabkan "saman parking" yg tidak disengajakan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Cuma "saman parking". Bukan saman mahkamah!! Namun pernahkah terlintas difikiran kau bagaimana perasaan aku tatkala reputasi dan nama baik aku terjejas akibat dari sikap kurang matang "kekasih" kau yg sedang menganggur satu ketika dulu? Bagaimana kau minta aku tolong carikan dia kerja. Dan setelah mendapatkan kerja, dia buat perangai, sampaikan dia berhenti kerja pun aku tak tahu. Yang paling menyakitkan hati ialah berhenti tanpa notis. Dan akibatnya, aku yg harus menjawab dengan pihak syarikat. Yang amat2 mengharukan ialah syarikat itu kepunyaan teman baik mamaku. Aku ingat lagi bagaimana mama memarahi aku akibat perbuatan "kekasih" kau. Dan aku ingat lagi bagaimana mama tidak mahu mendengar penjelasan aku. Dan bagaimana mama mengatakan bahawa dia malu dengan perbuatan "kekasih" kau. Dan akibat itu juga, mama dan temannya hampir2 hilang kepercayaan terhadap aku.

Dan ketika aku bertanya kenapa dia berhenti? kau jawab "abang kata kerja kat situ tak best, memenatkan, gaji kecil, tak sesuai dengan kelulusan dia". Kepala aku bagai dipanah petir tatkala mendengar jawapan dari kau. Macam nak pitam bila aku bayangkan muka kau ketika mempertahankan "kekasih" kau. Allah je lah yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Namun aku tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan aku pada kau kerana aku tahu, yg bersalah adalah "kekasih" kau, bukannya kau. Ada aku ugut kau seperti mana kau ugut aku?

Mungkin ada benarnya kata2 Mama dan Naim. Orang macam kau tak tahu apa nilai sebenar sebuah persahabatan. Rupanya mereka telah lama menilai kau seawal kita berteman lagi, cuma aku sahaja yg masih buta. Aku kira aku dah cukup mengenali kau, ternyata aku salah.

Aku kira sejak awal perkenalan kita, ini merupakan kali pertama aku meminta pertolongan dari kau untuk seseorang yg aku sayang. Dan kali pertama juga dia melakukan kesalahan. Namun tanpa ada toleransi kau meletakkan aku sebagai seorang yg bersalah besar dan bagai tiada harga dimata kau.

Mungkin ada baiknya juga perkara ini berlaku. Ada hikmah yg cukup besar bagi aku. Sekurang-kurangnya aku sedar siapa kau yg sebenarnya. Hal ini membukakan mata aku tentang dimana taraf kau sebagai seorang manusia atau lebih tepat lagi sebagai seorang sahabat.

Sungguh aku katakan yang aku amat kecewa pada kau. Amat kecewa, malah terlalu kecewa kerana hanya disebabkan oleh sekeping "saman parking" yg bernilai RM60, kau sanggup pertaruhkan nilai sebuah persahabatan.

Aku ingat kau dah cukup mengenali aku, kau percayakan aku sebab aku tak pernah berkira pun dengan kau. Tapi kau...... sungguh mengecewakan aku. Aku rasa, segala apa yang kau dan aku lalui sepanjang perkenalan kita bagai tiada erti dimata kau.

.......................................................................................................................................

mode: kecewa
1) aku benci berurusan dengan orang yg ada kekasih. Buta!!
2) betul ke orang benar2 ikhlas berkawan dengan aku atau ada sebab disebaliknya?
3) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
4) mana perginya gelak ketawa tatkala kaki aku tersandung dan jatuh?
5) Macam sia2 je buat baik pada orang yg tak tahu menghargai kebaikan kita.

Pengajaran: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis terlalu sukar untuk diperolehi". Tidak semua orang yg sudi ketawa dengan kita sanggup untuk membantu kita tatkala kesusahan. Renung2kan.

4.3.11

Perhatian tidak perlu dituntut

"Bila semua yg kamu inginkan tak berlaku seperti apa yg kamu harapkan, wajarkah kamu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku keatas kamu? Fikirkan semula sebelum menuding jari kearah orang lain."

Ya, memang sebagai manusia, bila kita sedih, kecewa atau berduka, kita memang akan sentiasa memerlukan sokongan dari orang yg rapat dengan kita. Tak kiralah sama ada sokongan itu dari ibu bapa, teman2, sahabat handai, mahupun saudara mara. Yang paasti kita tidak akan dapat hidup sendirian tanpa mendapat sokongan dari "mereka" semua.

Namun begitu, kira seringkali terlupa. Bukan semua dari mereka mampu untuk memberi sokongan seperti apa yg kita harapkan. Ada diantara mereka, mungkin tidak mampu untuk meluangkan sepenuh masa terhadap tuntutan yg kita pinta. Pun begitu, tidak bermakna sekiranya mereka tidak dapat meluangkan masa bersama kita, mereka tidak peduli akan kisah kita. Mungkin jauh disudut hati, sebenarnya mereka ingin sekali berada disamping kita dan memberikan sokongan yang kita pinta.

Pun begitu, ada segelintir dari beberapa individu yg aku kenal. Seringkali menginginkan perhatian yang penuh. Permintaan yg dituntut kadang kala sukar untuk ditunaikan. Keperihatinan yg dituntut, adakalanya diluar kemampuan. Walaupun sudah berulang kali diterangkan keadaan yg sebenarnya, namun masih juga tidak dapat memberi sedikit pengertian kepada individu2 tersebut.

Kadang2 bila tidak diturutkan kemahuan yg dipinta, rajuk yg akan diaju. Membuatkan diri seringkali jadi serba salah sekiranya tidak ditunai permintaan. Tidakkah individu2 ini mengerti yang setiap orang punya tanggungjawab yg lainnya. Tidak semata hanya ditumpukan pada kehendak mereka sahaja. Jadi tidakkah mereka mampu mengerti atau memberi sedikit pengertian atas keadaan orang lain? Atau mereka tidak pernah langsung memikirkan keadaan orang lain, sebaliknya hanya memikirkan keadaan mereka sahaja.

Bukankah itu satu tindakkan yang mementingkan diri sendiri? Sungguh tidak adil aku kira.
Bagi aku, untuk mendapatkan sebuah perhatian itu, tidak perlu dituntut, tetapi tidak salah sekiranya untuk meminta sedikit perhatian. Pun begitu, tidak seharusnya kecewa atau berduka sekiranya tiada siapa yg ingin mendengar keluh kesah kita, kerana sedar atau tidak sedar DIA sentiasa mendengar keluh kesah kita tanpa perlu dipinta. Cuma kadang2 kita yang tak pernah sedar dan sering kali terlupa akan keberadaanNYA sebagai MAHA MENDENGAR dan MAHA MELIHAT.


1.3.11

Boleh ke?

Bila ada sesuatu perubahan berlaku dalam hidup pasti ambil masa nak sesuaikan diri. Namun bila semuanya sudah menjadi lebih selesa, perubahan lain pula yang berlaku, dan ketika itu, diri perlu menyesuaikan diri sekali lagi dengan perubahan baru.

Bagaimana agaknya aku akan menyesuaikan diri bila waktu itu tiba nanti. Adakah aku tabah untuk menghadapinya, atau aku akan kalah dengan keadaan? Aku sendiri pun tak pasti. Harap2 aku mampu untuk menghadapinya...

Timer: 5 months from now....

28.2.11

"Pengganti"???

Apa perasaannnya sekiranya ada orang dengan sesuka hati sahaja meletakkan nama kita sebagai satu pilihan jawapan untuk permasalahan yg dihadapinya??

Mesti rasa bengang yang teramat sangat bukan??

Ya!!! itulah yang aku rasa bila aku dapat tahu ada seorang manusia ni dengan sesuka hati sahaja "mencalonkan" nama aku sebagai solusi untuk menyelesaikan masalah yg sedang dihadapinya.

Mungkin perkara ni nampak enteng, namun persoalannya bukan setakat disitu sahaja. Masalahnya aku tak pernah kenal pun dengan manusia tu. Ya, mungkin berjumpa tu pernah lah sekali dua. Tapi seingat aku kalau dia jumpa aku, tak pernah pula rasanya dia pandang aku, tegur apatah lagi. Jadi aku simpulkan kat sini yg kitorang memang tak rapat dan tak ada kena mengena.

Yang lebih menyakitkan hati, bilamana nama aku dicalonkan hanya semata2 untuk melepaskan sesak yg dia alami. Sungguh teruja bila aku dapat tahu perkara tu.

Sesak yg aku maksudkan boleh aku ibaratkan seperti contoh di bawah (analogi sahaja):

Manusia yg aku maksudkan ni tengah sesak duit, jadi nak tak nak, dia terpaksa jual kereta dia. So untuk jalan mudah, dia tawarkan kat kawan2 yg dia kenal, jadi mudah sikit bila nak buat urusan jual beli kereta nanti. Kebetulan ada seorang kawan ni, memang tengah mencari kereta terpakai. Jadi, dia pun beriya2 lah tawarkan keretanya pada kawan dia yg seorang ni. Masalahnye, sebelum dia tawarkan nak jual kereta, kawan dia ni terlebih dahulu dah berkenan dengan sebuah kereta yg lain, malah, dah terbayar deposit dah. Jadi, amatlah mustahil untuk kawan dia menerima tawaran dia sebab bukan senang nak dapatkan semula deposit kereta tersebut.

Tiba2 telintas satu idea "hebat" dalam kepala otak manusia ni, dia cuba untuk memujuk kawan dia ni mencari seseorang untuk dijadikan "pengganti". (bagi menggantikan kawan dia sbg pembayar deposit kepada kereta yg telah dipilih sebelum tu). Dan dengan bijaknya, tiba2 sahaja dia mengusulkan nama aku sebagai "pengganti" tersebut. ERK!!! Apasal pula aku?? Apa kes!!!

Nasib baik kawan dia tu matang dan beretika. Memang la, ianya terpulang pada aku sama ada aku sanggup atau tak untuk jadi "pengganti" tersebut. Tapi persoalannya di sini ialah bukan pada sanggup atau tak sanggup, tapi pada sikap dia yg "bijak bestari" tu. Apa kes dia nak kaitkan aku?? Sungguh pun nak kaitkan aku, tak boleh ke cakap sendiri??

Kenapa aku?? Kenapa tak orang lain? Walhal, ada lagi orang lain yg dia lebih kenal dan rapat dari aku. Sebab apa? sebab dia tak rapat dengan aku?? jadi senang lah untuk dia jadikan aku sebagai "pengganti"?? Sebab kalau orang yg dia kenal, tak mungkin dia sanggup untuk jadikan sebagai "pengganti" kan???.
Sungguh mudah dia mengusulkan nama seperti melepaskan kentut sahaja.

Yang aku betul2 pelik. Dia kenal aku rupanya. Aku ingatkan tak kenal, sebab seingat aku kalau berjumpa, tak pernah pula dia menegur aku melainkan kalau kawan dia yg kenalkan aku dengan dia. itu pun setakat berjabat tangan dan bertanya khabar. Selebihnya, aku akan dianggap sebagai orang yg tak wujud disitu. Dan sekarang, dengan tiba2 nama aku terpacul dari mulut dia sebagai satu "objek" yg ingin dia jadikan sebagai "galang ganti". Bertuah betul dapat kenal dengan orang macam tu.

Maaf, Aku tak berniat nak jadi "over emo". Kalau perkara mcm ni baru pertama kali terjadi, aku tak berapa kisah sangat. Tapi kalau dah banyak kali, siapa boleh diam mcm tu je. Seolah2 dia mengagap aku begitu murah sampaikan begitu mudah untuk diajukan kesana kemari. Sadisnya.

Namun ada hal yg lebih menyakitkan. Hal yg membuatkan aku sangat kecewa bila memikirkan macam mana aku nak hadapinya. Kalau boleh aku tak nak ada kaitan dengan orang macam ni. Tapi amat mustahil, sebab dia merupakan salah seorang teman rapat kepada beberapa orang yang aku sayang. Jadi kemungkinannya, aku akn sentiasa berhadapan dengan manusia ni tak kira sejauh mana pun aku nak mengelak dari dia. Sakit sangat, tapi tak dapat diluahkan secara terang.




23.2.11

Aku hanya sebagai satu option??. Mungkin.

Don't make someone your priority, when they only make you as an option.

Aku amik quote ni dari blog sorang sahabat. Terpanggil pula nak menyelami maksud tersirat disebalik quote yg ditulis oleh sahabat aku ni. (mohon izin Copy ye?)

Bila aku baca je frasa kat atas, tiba2 aku tersentap sendiri. Aku selalu buat orang macam tu ke? Mesti sedih bila fikirkan kalau ada orang buat kita sebagai satu option sahaja. Cari kita apabila diperlukan sahaja. SEDIHNYA!!!!

........................................................................................................................................

Minggu ni betul2 menyesakkan jiwa. Aku memang sangat terasa bila orang menganggap aku sabagai satu pilihan sahaja. Sakit hati kan bila orang cuma cari kita apabila diperlukan sahaja.

Memang sedih bila memikirkan keadaan macam tu berlaku kat kita. Tapi pernah terfikir tak, "Whats goes around comes around". Selalunya kita akan terasa diri dijadikan sebagai satu option hanya kerana kita sering memperlakukan orang lain macam tu juga.

Aku rasa mesti aku selalu buat orang macam tu kan? Sebab kali ni aku betul2 rasa sedih. Aku rasa seolah2 aku diperlakukan macam satu option. PILIHAN:A,B,C,D??
Aku pilihan yang mana? Aku sendiri pun tak pasti.

Memang sedih sangat bila ada orang buat kita macam tu.

Tapi nak buat macam mana. Bukan semua perkara orang boleh dahulukan kita. Mungkin sebab kita pun selalu buat orang macam tu.

Tapi kenapa aku perlu terasa sangat. Kenapa aku perlu terasa. Hak masing2 la nak dahulukan siapa. Tak ada sebab pun kenapa aku perlu nak rasa sedih.

Peduli lah...

Rasa macam useless je

Banyak perkara datang sekaligus yg membuatkan aku lelah. Kadang aku rasa macam nak larikan diri sebentar. Nak cari balik semangat yg hilang.

Aku terasa dengan sape? Dengan ramai orang. Paling yang aku tak boleh terima, staff aku. Dorang fikir dorang lebih dewasa, dorang boleh permainkan aku? Dah lah cuti tak bagitau, suka2 je datang lewat. Mentang2 sekrang ni mama takda, dorang suka2 buat hal.

Aku memang marah dan memang teringin nak marah orang yang kurang ajar macam tu. Cuma bila aku mengingat kembali pesan mama, aku kena tahan hati. Sebab aku dah janji dengan mama, biar dia je yg uruskan mengenai hal ehwal pekerja yg tak berdisiplin tu. Aku tahu mama tak bagi aku marah dorg sebab, tak ada sorang pun yang pernah tahan bila dengan aku marah. Dan aku pun tak nak terus2 jadi annoying.

Cuma bila aku jadi linear, macam2 perangai pula yg ditunjukkan. Takpe, memang satu hari nanti dorang akan kena juga dengan aku. Tunggu masa je lagi.

Boleh pula yang si "kakak murai" tu nak banding2 kan aku dengan adik aku. Yang paling menyakitkan hati, siap mengadu dengan adik aku lagi, motif?? nak laga2kan aku dengan adik aku ke?? Sengal!!!

Aku rasa macam useless je kali ni. Tak boleh menggalas amanah mama dengan jaya.

20.2.11

Sangat beradap

Tahu apa perkara yang aku paling suka?? Aku paling suka berjumpa dengan orang yang sangat "beradap"

Hari ni, pagi2 lagi dah dapat message dari sorg staff ni, dia kata tak dapat datang hari ni sebab tak sihat. Ok aku terima sebab dia bagitau aku awal2. At least aku dapat la standby nak datang kedai pukul berapa.

Beberapa ketika lepas tu. Dapat satu panggilan dari supervisor kat kedai. Ada sorang lagi staff tak datang. Wah, ini tak boleh jadi ni. Sekali dua orang cuti dalam masa satu hari. Hari Ahad pula tu. Time2 orang tengah ramai la dorg ni nak cuti.

Yg msg aku pagi tadi, ok lagi. Aku boleh terima, dia bagitau aku awal2. Yg sorg lagi ni, sgt "beradap". dah la aku dapat tahu, dia cuti tak inform, masuk hari ni dah dua hari dah dia tak masuk kerja. Wah, sangat besar dia punya kepala!!!

Sungguh beradap staff aku yg sorang ni.

Nak dijadikan cerita, ada lagi satu insiden yg paling "beradap" yg pernah aku tgk. Oleh kerana 2 org staff tak masuk, aku pun terpaksa melompat dengan lebih tinggi bagi memastikan aku segera sampai ke kedai. Sesampai je aku kat kedai, belum sempat nak bernafas (sebab baru lepas mengangkat stok barang2 yg baru dibeli), dtg pula sorg staff ni, dengan muka selamba badaknya berkata:

"Kak, saya nak gaji saya hari ni."

Aku pandang muka dia balik, pastu aku tanya balik, "gaji?"

"Haah, saya gaji saya. Sekarang kan 20hb. Sepatutnya dah hari untuk gaji. saya nak guna duit ni"

hampir tercekik juga aku, bila dengar dia cakap macam tu. Tapi takpe, aku tarik nafas dulu, sebab semput sangat akibat mengangkat barang yang bergitu banyak sebelum tu. Agak2 dah reda sikit sistem pernafasan, aku tanya dia balik,

"kenapa nampak tergesa2 je ni, dari mana tadi?"

selamba je dia jawab, "ada je duduk lepak2 kat depan tu" (dia baru abis shiff kerja)

Aku angkat kening sambil tepat memandang ke arah mata dia. "ada kat depan? lepak? jadi nampak la saya turunkan barang2 dari kereta tadi?"

"nampak" jawabnye selamba.

"dah nampak, kenapa tak tolong angkat barang2 tu tadi?"

"Saya dah abis waktu kerja"

Dengar dia cakap macam tu, apa lagi, menggelegak la angin dalam kepala aku, WAH, hebat sungguh jawapan dia. Tanpa ada rasa segan mahupun adap sopan. Hampir saja aku melenting, tapi takpe, kena kool dulu, tak boleh melenting tak tentu pasal. Dengan senyum aku jawab,

"owh begitu, dah abis time kerja, tak boleh la nak tolong angkat barang?, apa tadi? awak nak gaji, kejap ye"

Aku pun keluarkan buku nota, bila aku selak je kat rekod dia, aku tersenyum, kembang rasanya hati ni. Dalam kepala aku dah set "ada point ni". Ko nak gaji ye????

"berdasarkan rekod awak, sepatutnya awk terima gaji 23hb, sekarang baru 20hb. dan dalam rekod ni juga ada tunjukkan yg awk dah dua kali ambil cuti tanpa sebab. Awk juga tak pernah punctual, selalu masuk lambat. Bukan ke sepatutnya awak masuk kerja pukul 6ptg? kenapa dlm rekod ni tulis, selalu masuk pukul 8.30, kadang2 pukul 9mlm. Macam mana saya nak kira gaji awak ni??" Dengan satu jelingan yg tajam, aku soal dia.

"So? macam mana??, sepatutnya awk terima gaji 2 hari lagi. Tapi awk dah minta sekarang. Dalam rekod, kedatangan pun mengecewakan. Pelik kan awak ni, kerja selalu dtg lewat, gaji nak cepat. Bangga saya dapat pekerja macam awak ni."

Dia terdiam seketika, lepas tu baru dia bersuara "kak, sebenarnya saya nak guna duit. saya nak kena bayar hutang kat orang. tolong la saya kak."

Wah!!! reti rupanya nak cakap lembut, ingatkan dah tak ada budi bahasa. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku maki2 dia kat situ. Tapi, memandangkan nak jaga status, kena la maintain. Cuma aku bagi sentap sikit, agar lain kali dia beringat.

"hmm, pasal duit awk tu, besok je la ye. Sebab sy kena ambil duit kan bank, lagi pula awk mendadak je kan minta hari ni."

dengan muka yg sangat hampa, dia pun beredar.

Tu la, lain kali "beradap" lagi.

14.2.11

Kembar ke??????

"Awak berdua ni kembar ye?"

Masing2 saling berpandangan dan senyum sesama sendiri. Aku pula hanya tersenyum dan tersengih. Pembantu jualan tu mengerutkan dahi lalu bertanya semula

"Kembar kan? Nampak sama je muka yang dua orang ni"

Ayu dan Chia, masing2 tak menjawab. Mereka hanya tersenyum dan memandang ke arah aku mengharapkan aku memberi respon pada soalan yang diajukan.

Aku tertawa kecil... sambil menganggukkan kepala.

"Patutlah sama. Tu la dari tadi perhati, muka yang dua orang ni sama je"

Yang budak dua orang ni, tak habis2 ketawa. Geli hati dengan statement yang diajukan oleh pembantu jualan kat Focus Point.

Insiden ni berlaku dua hari lepas, masa tu Ayu dan Chia temankan aku pergi amik cermin mata yang baru aku tempah.

mengenangkan semula kejadian tu, kami tak henti2 ketawa. Hatta masa makan malam tu pun kami masih lagi ketawa mengingatkan kembali dengan statement pembantu jualan tu.

KEMBAR ke????

Persoalannya.....

Dorang ni nampak sama ke?

Hahahaha



10.2.11

Perlu rasanya.

Semakin hari aku rasa semakin terbeban dengan rasa sakit yang melanda kat tengkuk ni. sampaikan kalau aku duduk lama2 terasa macam nak patah tengkuk ni. Nak gi wat medical check up, tapi bilanya? semalam je dah abis satu hari suntuk kat bengkel. Kedai tak boleh tinggal sangat. Hari2 kena beli barang. Nak buat medical checkup kat hospital kerajaan? Alamatnya berjinggut la aku tunggu.

Ingat lagi masa mata aku kena cakar dengan kucing hari tu, punya la lama nak tunggu giliran untuk rawatan. Nasib baik, masa aku masuk ER, nurse dah bagi ubat tahan sakit. Kalau tak mengerang kesakitan la aku menunggu dari pukul 4 pagi sampai pukul 12 tengah hari. Ye 12 tengah hari ye. Aku pun dah bosan menunggu. Nasib baik masa tu adik aku ada temankan, mama terpaksa tinggalkan aku kat hospital, ada urusan sebentar katanya kat kedai. Tapi kesian la kat mama. Dia tunggu aku kat hospital dari pukul 4 pagi, pastu tak tidur, terus pegi kedai.

Sepanjang menunggu rawatan diberikan, aku terpaksa membuli adik aku. Kesian juga tengok dia. Sampai tahap tersengguk2 kat bahu aku menahan ngantuk. Aku pula, dengan mata yang berbalut sebelah ala2 lanun tetap menggagahkan diri untuk menonton televisyen. Bosan tahap gila waktu tu. Nasib baik hospital pasang NTV7, dapat juga la tengok kartun. (hahahaha).
Akhirnya dekat jam 12 tgh hari, baru lah aku berjaya mendapat rawatan. huhuhuh.... sepanjang seminggu mata aku berbalut macam lanun. huhuhu, dah macam Kapten Jack Sparrow dah... (betul ke aku eja ni?)

Tu lah antara pengalaman aku mendapat rawatan di hospital kerajaan. Nak pegi hospital swasta? Alamatnya kopak la poket aku.

Aku rasa, sakit kat tengkuk ni mungkin sebab aku selalu sangat membongkok kot. (kata mama la). Tapi tengok la macam mana, kalau ada masa nanti aku pergi wat check up. Kalau terlebih masa, aku pegi spa wat rawatan urutan. Hahahha, lagi best, kena urut..


9.2.11

Mampukah aku??

Terkedu seketika tatkala mendengar usul yg mama utarakan. Usul yg mana, mama akan menetap di jakarta untuk seketika, manakala segala hal pengurusan kedai dan rumah diamanahkan kepada aku.

Persoalannya, mampukah aku untuk melaksanakan tanggungjawab yg begitu berat? Mampukah aku melakukannya sendirian???

Banyak hal yang bermain difikiran aku. Aku sendiri belum yakin samada aku mampu untuk melaksanakan tugas ini. Usul yg mama utarakan itu ibarat satu bola gergasi yg bergolek kearah aku. Hatta sepanjang malam tadi, aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran asyik terganggu dengan amanah yg diberi.

Ya Allah, mampukah aku melaksanakan amanah yg begitu besar???

Mama kata, dia tak akan berani biarkan aku buat semua ni kalau dia tak yakin dengan aku. Mama begitu yakin dengan aku. Masalahnya, aku yang belum yakin untuk menggalas tanggungjawab ini.

Mama kata, "inilah cabaran pertama bagi kakak, kalau kakak benar2 mahu menyabung pelajaran ditempat yg bagus, buktikan, yang kakak mampu untuk melaksanakan apa yg mama amanahkan. Kalau cabaran ini pun kakak tak mampu nak laksanakan, makanya kakak belum bersedia untuk berjuang ditempat orang. Buktikan kemampuan kakak selari dengan azam."

Sekali lagi aku termenung,

Benarlah, Kesenangan tidak akan dikecapi dengan senang. Kejayaan tidak akan diperoleh dengan mudah.

Benar kata mama. Kalau cabaran ditempat sendiri pun aku dah mengalah, manakah mungkin aku mampu untuk mengharungi cabaran ditempat orang. Jadi, untuk itu, aku harus semangat, harus mampu buktikan yg aku boleh melaksanakan tugas yg diamahkan. Ini aku anggap sebagai satu stimulasi sebelum aku melangkah ke jalan yang lebih berliku. Mudah-mudahan dengan berjayanya aku mengharungi stimulasi ini, aku akan berjaya mengharungi cabaran yg sebenar ditempat orang kelak.

Mudah-mudahan ya Allah.....

8.2.11

Akhirnya, Aku juga yang harus mengalah....

Walaupun sakit hati, terpaksa juga pendam.
Demi menjaga perasaan semua orang.

Malas nak cakap banyak. Nak buat macam mana kalau dah itu yang difikirkan. Takkan nak suruh ubah pula kot. Lantak lah, malas nak fikir. Satu hari nanti dia sendiri akan sedar betapa apa yg dia katakan itu salah sama sekali. Biarlah aku mengalah saja. Untuk sekian kalinya.

29.12.10

Bulan yang Mesra

Ada bulan dimatamu
Sinarnya pancaran cahaya
Memanah cinta ke jiwa
Nur makrifat yang bernyala

Ada mesra diwajahmu
Senyum malaikat sang kekasih
Mengusap syahdu wajahku
Wajah seorang musafir

Bulan yang mesra
Mengintai dari jendela
Aku terpaku melangkah
Siapa sebenar didalam rumah

Bulan yang mesra
Menyapa aku dengan indah
Terbisu aku dari kalimah
Membuat hatiku resah
Sinar dalam cerah




4.12.10

Kekacauan melanda...

Malam ni aku rasa semuanya serba tak kena. Fikiran jadi tak menentu sangat. Walhal pagi tadi segalanya tampak normal sahaja.

Segalanya kekacauan bermula apabila aku bangun dari tidur petang tadi. Migrain menyerang kembali. Mungkin kerana terlalu penat barangkali. Aku berusaha sedaya upaya untuk meredakan kesakitan kepala. Namun masih juga tidak reda. Malah kesakitan bertambah teruk bilamana aku mendengar satu khabar berita yang amat menyakitkan hati aku. Berita yang tidak pernah buat aku tenang untuk bernafas.

Aku tak mengerti kenapa tiada titik noktah bagi persoalan ini. Tidak cukup ke dengan apa yang pernah aku alami dulu???

Kenapa masih lagi ingin menyiksa pemikiran yang kian tenang ini? Tolong la bagi ruang untuk aku bernafas. Sudah ku katakan, aku tidak mampu untuk memberi apa2 ruang lagi dalam hati ini. Sudah terlalu lelah untuk memikirkan semuanya. Bagiku cukuplah sekadar aku bisa bernafas dan hidup normal tanpa perlu memikirkan semua hal yang tidak bermakna dalam jiwaku.

Bukan ingin berlaku kejam. Tapi semuanya berbalik pada puncanya. Kalau satu ketika dulu egomu mengalah, mungkin hari ini aku tidak akan jadi begini keras. Namun segalanya telah terlambat, kau terlalu menurut egomu. Tanpa peduli kesengsaraan orang lain. Tanpa peduli kesakitan yang orang lain alami. Jadi, mengapa perlu kau menangisi segalanya sekarang?

Kau menangis? Hmmm sudah!!! cukup dengan air mata gombalmu. Tidak akan aku tertipu lagi dengan sumpah dan janji. Kau tidak pernah menepati janji. Bagimu janji adalah sekadar satu alasan bagi kau melepaskan diri. Kau bijak bermain dengan kata-kata. Kau ingat kau bisa meracuni fikiran yang lainnya? Malangnya, ketika ini mereka semua telah sedar akan bicara palsumu. Kau tidak lagi bisa menguasai semuanya. Tembelangmu sudah terbongkar.

Tidak perlu untuk kau menyesali segalanya kini. Tiada sedikit pun nilai simpati yang bisa kau cari dalam hatiku. Malah aku lebih suka untuk tidak mengingat apa yang berkenaan dengan dirimu. Sebab setiap kali aku fikirkannya, hanya satu rasa saja yang bisa aku luahkan, iaitu rasa marah!!! mungkin ianya bisa juga ditambah dengan geram dan kecewa.

Ya!! Aku cukup marah dengan dirimu... Berapa lama?? tidak perlu kau tahu... Kerana kemarahan ini sudah terlalu lama tersimpan. Terlalu dalam terpendam.. bukan bermaksud untuk berdendam, tapi biarlah masa yang mengubati segalanya. Ruang dan masa yang aku perlukan mungkin lebih lama daripada apa yang kau pernah bayangkan, kerana luka yang kau berikan cukup dalam... Maaf aku belum bersedia untuk melupakan...





1.12.10

Penatlah macam ni

Kadang-kadang bosan tengok sikap sesetengah pihak yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain. Asyik fikir diri sendiri saja yang betul. Orang lain semuanya salah. Itu tidak kena, ini tidak kena, semua serba tidak kena. Apa dia ingat dia sorang saja ke yang tinggal kat atas muka bumi ni. Hello! concern la sket. bukan awk sorg je yg ade perasaan. org lain pun ade perasaan juga. Kalau tak suka dengan apa yang orang buat, tinggal kat planet lain. Kawan dgn alien.

Sangat "busy body" sibuk sangat nak jaga hal orang. Tapi hal sendiri tak pula terjaga. Sibuk mempertikai apa orang buat, hal sendiri pun tak terurus. Lain kali, uruskan dulu tepi kain yg tak berlipat, baru pertikai kain orang lain.

Dah kena sergah, baru reti nak diam. Ingatkan tak reti nak diam... Puas hati aku.

29.11.10

akhirnya...dpt gak jawab.

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup ?
Duit... hahaha

2. Benda terakhir yang kau beli guna duit sendiri ?
mp4, tu pun sampai 18 kali fikir.

3. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan
Tepi pantai, Beach garden wedding

4. Adakah kau sedang bercinta sekarang ?
Sentiasa.... ^__^!

5. Berapa lama kau akan mencintai kekasih kau ?
Selama dia mencintai aku...huhuhu

6. Novel/buku/majalah terakhir y kau beli ?
Think like Donald Trump...

7. Antara mak dan ayah yang mana lebih mesra ?
Mia madre..

8. Namakan orang yang betul-betul kau nak jumpa dalam hidup ?
my future husband!!!

9. Adakah kau basuh baju sendiri ?
mesin yg basuh

10. Tempat yang kau betul2 nak pergi?
yg betul2, baitullah. yg main2, zurich

11. Pilih satu peluk atau cium ?
dua2 pon bleh

12. Tiga benda orang yang tag kau ?
A) Gha..
i- Sangat suke senyum... tak kira apa pun situasi beliau ketika itu
ii- Sangat tegas dengan pendirian... kadang2 takut juga nak provok
iii- sensitif dan penyayang... suka sgt bermanja2... ahaks!!
'
'
B) Aie
i- first tyme jumpe, nmpk matang... dah kenal... huhuhu... Allah je la yg tau
ii- takmo mengaku kalah... pantang tol nk surrender
iii- tak suka mee kuning, suka kepek pisang (???) suke amik gambar...

ok? anda ok? masih boleh bernafas?? .. .

13. Benda yang kau sangat-sangat sayang dalam hidup ?

lappy+car+mp4... menangis kot cari duit nak beli.... (benda kan?)

14. Lima lagu paling suka dan selalu dengar ?
i- A moment like this-Kelly
ii- Because of you-Kelly
iii- Albi nadak-Fares
iv- Suara-hijau daun
v- Kiya karo-maher

15. Bila tarikh lahir dan dekat mana sambut tahun lepas ?
8 januari 1987, tahun lepas...tak ingt la.... selalu naim blanja makan kek ngan tgk wayang je la... tp kitorg dorg je...takpun my mom blanja makan....(tak prnah celebrate formal)



16. Lima blogger yang kau nak tag ?
urm...urmm......urmmmm....sape lagi y ada blog? blum tag???
i- poji (anda kata nk jawap)
ii- naim.... kalau rajin online sila la jawap
iii- wafy, jawap kat blog satu lagi... Harus!!
iii- teha... lau bace... anda diharuskan jawab
v- kelly....aku nak paksa kau jawap


Cik Blog
1. nama2 panggilan:
  • formal=putri
  • kat umah=ayi
  • kat kedai=kakak
  • kat kolej=kat put
  • kt kg=eyi@ayi
  • gha=kak ciput
  • kt skolah=rie,putri, janno
  • aku suka=sari nover....
Nama penuh: PUTRI SARI JANNOVER... berjela la nama aku kalau bakal suami nak sebut masa akad nikah nnt.
Bagi yg belum kenal aku, mesti org akn anggp aku ni sombong and tak mesra alam. (Selalu je dgr mcm tu). Tapi mmg aku ni sorg yg pendiam n suka menyendiri. (sgt!!). aku cuma akn beramah mesra dgn org yg aku betul2 kenal @ betul2 nak kenal. lain dr tu, sorry... bukan sombong tapi, saya ni pemalu orangnya.(ehehe).

2. Tak suka bila tgk ader org sedih kt sekeliling aku, sebab aku senang sgt serap tenaga org... so kalau suasana tu suram, mood aku pun jadi suram. sebb tu aku lebih suka dok ditempat2 yg dpt bg aku inspirasi...bg aku semngat...

3. bercita2 nk ade bisnes sendiri, tulis buku sendiri, ade pusat pendidikan sendiri. bnyk perkara yg aku nk kongsi dgn org kat luar sana.

4. suka sgt tgk wayang sorg2, pegi jalan2 sorg, (mcm yg aku ckp, aku ni sorg yg pendiam n suka menyendiri).

5. Romantik, penyayang, tapi selalu tak dpat nk tunjuk. kadang2 org akn anggp aku berjiwa batu. tade perasaan. tapi mana dorg tahu...

Hobi
i-Membaca
ii-suka dgr lagu
iii-suka ketuk2 apa saja yg boleh diketuk... (mcm men percussion)
iv-makan @ jalan2 cari makan
v-tgk wayang


Blog
1. "Hijrahku kerana cinta". dapt inspirasi bila baca blog sorg shbt ni... dia kata, dia tak bnyk ckp, tapi ade bnyk benda nk dickp. so blog merupkan satu medium untuk dia berkata2. Dan aku, mmg suka menulis. seawal 12 tahun lagi aku dah tulis macam2, cuma slalu jd tatapan sdn bhd je la. bila dah tahu pasal blog, aku pun berhijrah dr diari ke blog..hijrah kerana cinta... untuk menulis, berkongsi. cuma kdg2 aku lebih suka tulis kat diari, sbb ade perkara yg peribadi.

2. setakat ni, ni la layout yg wat aku puas hati, tenang memandang. mungkin satu hari nanti aku akn improvasikan blog aku dgn layot yg lebih mantap.... kene bnyk belajar ni.

3. bnyk perkara yg aku nk kongsi kat dlm blog ni. tapi selalu xde masa nk tulis. selalunya aku akn tulis kt note book yg aku slalu bwk je... setakat ni, ni je la yg aku mmpu kongsi...



Nota Kaki :


1- kalau nk ikutkan, aku tak brapa ska sgt jwp soklan2 mcm ni. tapi sbb dah dua org tag, kena la jwab kan... ni pon amik masa lama sgt nk jwab.

2- penat sgt la nk fikir utk jawap tag ni.... tp xpe la... dah jawap dah pon...

12.11.10

Sakit hati + Geram

Dalam minggu ni je bnyak sangat perkara yg buat aku geram. Kadang2 aku fikir kenapa orang suka sangat membuat andaian sesuka hati? Mengandaikan sesuatu perkara itu berlaku berdasarkan persepsi mereka sahaja. Sedangkan kejadian sebenar amatlah bertentangan dengan apa yg mereka andaikan. Sangat mengecewakan bila berada disekeliling mereka yg punya anggapan sedemikian. langsung tidak menghormati perasaan orang lain.

Sepanjang minggu ni, banyak benar insiden yg benar2 buat aku terkilan. Terkilan kerana menjadi mangsa persepsi2 murahan sang manusia yang gemar membuat andaian. Kenapa tak ambil je jurusan Sains atau teknologi ke? Sekurang2nya bermanfaat la juga kebolehan andaian mereka tu. Sayangnya mereka telah menyalah gunakannya.

Antara kata2 yg buat aku sangat terkilan:

1) "Kenapa kau sanggup buat macam tu? kau tak kasihan ke tengok dia? Tolonglah beri sedikit rasa simpati kau pada dia. Jangan turutkan rasa hati, takut nanti kau akan menyesal"

2) "Aku tak sangka hati kau keras macam batu. Tak punya rasa belas kasihan langsung!"

3) "Kenapa? dah tak ada orang lain ke yg dia nak cari"? kenapa perlu cari kau? tengah2 malam buta pula tu? Tolongla jangan bagi alasan."

4) "kenapa tiba2 saja berubah hati, sebelum ni tak pernah pun baik macam ni. Ke ada udang disebalik batu? Jangan nak berpura2 la."

Aku rasa macam nak ucap tahniah saja pada mereka2 yg telah berjaya mengutarakan kata2 seperti di atas. Tahniah kerana mereka sangat hebat, tahu perkara sebenar yg berlaku, dan akhirnya membuat kesimpulan mudah. Dan kata2 diatas merupakan kesimpulan yg mereka berikan. Sungguh "gembira" mendengarnya.

ni adalah bidasan aku untuk kata2 bijak pandai diatas:

1) Perlu ke aku rasa kasihan pada orang yg tak pernah mengasihani keadaan orang lain? perlu ke aku bagi simpati pada orang yg egois, yg tidak pernah bersimpati pada keadaan orang lain?
dan yg paling penting. kenapa minta pengertian dari aku? Sedangkan dia sendiri tidak pernah mengerti akan kesusahan orang lain.

2) Kau tahu ke sebab kenapa hati aku jadi keras macam ni? pernah kau tanya puncanya? tidak bukan? jadi tidak adil sekiranya kau membuat andaian tanpa mencari punca terlebih dahulu. Tidak adil sekiranya kau menuduhku seorang yg kejam, sedangkan kau sendiri tidak tahu apa yg pernah aku alami.

3) Kenapa perlu mempersoalkan siapa yg dicari? kenapa tidak persoalkan apa yg terjadi? Sedangkan dia yg mengalami situasi itu, bukan kau. Jadi tidak perlu mempersoalkan itu ini. Aku kira, aku mengerti apa yg sedang dia hadapi, kerana aku juga pernah mengalaminya. Aku rasa, kalau kau sendiri yg berada dalam situasinya, mungkin kau juga akan melakukan tindakkan yg sama. Dalam situasi kecemasan, yg mana kau amat2 memerlukan bantuan, dan malangnya orang yg kau harapkan boleh membantu gagal untuk melakukannya. Pastilah, dalam situasi kecemasan, kau akan mencari siapa sahaja yg kau rasa dapat membantu bagi menyelesaikan masalah. Begitu juga dengan dia. Jadi, aku kira, tidak adil sekiranya kau menuduh melulu tanpa mempertimbangkan situasi yg berlaku.

4) Perlu ke setiap kebaikkan itu punya maksud tersembunyi? Adakah kau kira setiap orang yg melakukan perkara baik itu punya udang disebalik batu? Sungguh dangkal tahap pemikiranmu. Biar apa pun niat yg ada dlm hatinya. Itu antara dia dengan Allah. Kalau buruk niatnya, semoga dia diberikan kesedaran, kalau baik niatnya, semoga dia diberikan ganjaran. Jadi tidak perlu untuk berfikir buruk atas setiap tindakkan seseorang.

Walaupun aku bisa menjawab setiap kata2 yg diutarakan, tapi aku lebih memilih untuk diam. kerana aku tahu, ianya tidak akan memberi apa2 kesan pun keatas mereka. Sebab aku rasa, aku dah pernah berulangkali menerangkan perkara yg sama. namun hasilnya tetap sama. Pun begitu aku tetap rasa kesal kerana insan2 ini tidak pernah mahu berubah. Sungguh aku amat geram dan kesal pada mereka2 ini.

Moga mereka menemukan jalan yg terbaik untuk mereka berubah. Dan aku juga berharap agar aku tidak punya pemikiran seperti mereka...

3.11.10

Maaf... Aku belum bersedia

Petang tadi, aku menyempatkan diri untuk "dating" dengan mama.

Lokasi: bertempat di Giant
Durasi masa: lebih kurang 2 jam.
Tujuan: Membeli belah

Sejurus selesai membeli belah, kami singgah di KFC giant, kerana perut pun sudah mula mendendangkan keroncong yg agak kurang merdu.

Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba saja mama tanya aku, betul ke kakak belum ada teman istimewa?

Erkk!!! tersedak aku. Hampir tersembur kentang putar yg ada dlm mulut aku. Aku diam sejenak, mata aku lebih terfokus pada kentang putar yg sedang aku makan.

"Aik? diam pula dia. Mama tanya ni?" sekali lagi soalan diajukan.

"Kenapa mama tanya macam tu?" aku pula yang mengajukan soalan

" hish, budak ni, orang tanya dia, dia tanya kita balik. Tak menjawab soalan langsung."

" ye la, selalunya kalau mama tanya soalan pelik2, mesti ada sebab. Dan soalan kali ni atas sebab apa?"

" aik? mesti ada sebab ke atas setiap soalan?"

" yep, harus! kenapa mama tanya?"

" takda la, dari tadi mama perhatikan gelagat anak2 muda yang ada didalam Giant ni, kebanyakkannya jalan berpasangan. Sama ada dah kahwin ke belum itu mama tak pasti."

" dah tu kenapa??" (seperti lazimnya aku memberi respon)

"Mama terfikir, macam mana kalau tiba2 mama ternampak kakak diantara pasangan2 yg ada kt sini. Apa yg mama patut rasa waktu tu. Marah, sebab anak mama tak jujur, atau gembira sebab anak mama dah punya teman istimewa."

"mama jgn risau lah. mama takkan jumpanya, boypren pon takda lagi.. hehehe" aku tersengih

" mana la tau, kakak nak berahsia dengan mama, tak nak bagitau, padahal dah ada." perli mama

"hish, mama ni. pernah ke kakak berahsia dengan mama? semua orang yg kakak minat, semua kakak cerita kat mama. Takkan tak percaya dengan anak sendiri kot?"

"bukan tak percaya, tapi macam tak boleh nak bayangkan, seramai2 tu insan yg bercouple, takkan kakak tak teringin nak bercouple?" sekali aku diterjah dengan soalan cepu cemas.

" tak nak lah. nak buat apa bercouple2 ni? bukannya ada faedah pon"

"abis tu, macam mna nak kawin? kalau takda boypren?"

"nak kawin tak semestinya kena ada boypren, boleh je ikhtiar lain"

"kalau tak ada boypren, macam tu macam mana nak kenal lelaki tu? takkan la nak kawin terus?" mama sengaja menguji aku.

"ada banyak cara nak kenal, tak semestinya kena bercouple2 segala."

"contonhnya?"

"mula lah dengan mengenalinya sebagai seorang teman, kawan atau rakan. Lagipun, istilah bercouple zaman sekarang ni dah terlalu salah konsep. Kalau couple je, mesti nak kena keep in touch selalu. tak tau la kalau ada pasangan yg boleh berlaku normal, sebab kebanyakkan couple banyak yg tak normal. Semua perkara nak kena report, nak tido mesti kena ckp gudnite, kalau tak merajuk. Sambut anniversary lah. Dinner sama2 la. Semua tu perkara2 yg kita buat dengan suami kita, bukan dengan org lain. Lagipun belum pasti lagi kan kita akan kawin dengan org yang couple dengan kita. Jadi perlu ke nak ucap "sayang2"? Nak kena panggil sayang2 la, abang2 la. Dah terlalu mengikut cara org barat.

"itu la caranya yg membuktikan dia bersungguh nak kat kita" bidas mama

"banyak lagi cara untuk buktikan dia benar2 ada komitmen dengan kita. Tidak semestinya dengan kata2 manis segala. kadang2 kalau terlebih manis boleh mendatangkan penyakit."

"bukan semua org yg bercouple mcm tu." mama terus membidas

"boleh jamin ke org yg bercouple tak buat semua tu? dan kakak tak boleh nak jamin kakak boleh jauhkan semua perkara2 tu kalau kakak dah mula bercouple. Jadi lebih baik kakak jauhkan hubungan "bercouple" daripada mengambil risiko."

"jadi, macam mana kakak nak cari pasangan hidup? Suami takkan jatuh dari langit?"

"ntah la ma, buat masa ni kakak tak terfikir lagi. Bagi kakak, ada atau tak ada sama saja. Mungking sebab dah biasa solo dari sekolah dulu lagi. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti agaknya. Tapi percayalah, kakak memang punya impian untuk semua tu.

"Janganlah ambil masa terlalu lama untuk fikirkan. Kita ni bukannya semakin muda."

"bukan taknak fikir, Tapi kan ma, "Allah tidak akan memberi sesuatu perkara itu kepada hambanya sekiranya dia belum bersedia melaluinya". Jadi, mungkin sebab kakak belum bersedia lagi untuk menghadapi semua tu, makanya ianya belum dtg" Allah maha mengetahui ma. Jgn risau. Satu hari nanti."

"betul juga. tapi kakak tak fikirkan ke umur kakak yg semakin meningkat ni? bila masa nak bersuai kenal, bila masa pula nak kawin?"

"ala ma, untuk berkenalan tak perlu ambil masa lama2, tak perlu ambil masa betahun2. Cukup sekadar kita taaruf kedua2 belah pihak dan kedua2 keluarga. tapi tak juga perlu terburu-buru, perlu juga ambil masa untuk masing2 taaruf. tapi tak bermakna harus dating atau segala. Belum tentu org yg dah kenal atau bercouple bertahun2 tu dah saling mengenali. Selagi dorng belum hidup serumah dan tidur sebilik, terlalu bnyk jurang antara mereka yg mereka tak sedar." Jurang yang timbul dek kerana terlalu lama sangat keluar bersama sebelum kawin, hingga timbul isu2 bosan kepada pasangan bila dah kawin 2 3 tahun. Betul ke org yg kita jumpa kt luar rumahnya, sama wataknya bila berada didalam rumah. Semua tu tak dapat nak dipastikan sebab masing tinggal asing2. Jadi, sama saja lah yg dorg belum saling mengenali. Perlu masa untuk saling memahami kononnya, tapi tetap belum kenal juga."

"kalau kakak dah kata macam tu, nak buat macam mana. Takkan mama nak paksa kot"

"Aik, jgn la kecil hati ma. Susah2 sangat, mama je la carikan untuk kakak! ye la, ntah2 mama kot yg tak sabar2 nak terima menantu." selorohku

"betul ni? Mama memang dah ada calon untuk kakak. Family dia pun dah setuju, cuma mama kena pastikan dulu dengan kakak. Takkan la mama pula yg nak bagi kata putus. Sebab itu nak pastikan kakak dah ada teman istimewa ke belum. Ha? Macam mana?? nak ke??"

ERRKKK!!!!!

Sekali lagi aku tercekik!!!
kali ni terus tersimpul lidah, terus tersurut segala kata2..
Tanpa memberi sebarang jawapan kepada soalan mama, aku terus mengajak mama pulang, memandangkan dan hampir 1 jam kami duduk kat situ.

"jom la ma, balik. malam ni kakak nak kerja, nnt tak dapat rehat pula"

sambil tersenyum, mama pun bangun. Aku tahu, mama senyum sebab tengok respon aku yg tiba jadi kelam kabut.

dan aku, apa lagi, merah padam la muka, macam orang pakai "blusher"

Arghhhh!!!!! rasa macam nak menyorok je dari mama. Sebab sepanjang perjalanan pulang mama tak habis2 menyakat aku. Bencinya!!!


Kau di hatiku...

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tangan ku dan digenggam erat
Ku melindungi mu dari apa yang datang
Berhentilah menangis
Tubuh kecil bertenaga
Dalam dakapan ku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau di hati ku
Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Kau di hati ku
Walau apa katanya
Kau di hati ku, Selamanya
Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan walau apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami tiada apa yang berbeza

Kau di hati ku
Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu saling membantu
Di suatu masa tahu
Destinasi tiba kau harus tabah (selama)
Ku tak bersama mu
Bersabarlah
Di suatu masa tahu buktikan bersama

Kau di hati ku
Yakin kau di hati ku
Di sini hari ini dan selamanya

Kau di hati ku (kau tetap di hati ku)
Walau apa katanya
Di sini.. oh.. kau di hati ku selamanya
Selamanya
Bersama mu (ku selalu bersama)
Pandanglah ke bahu mu
Selama-lamanya.. di sini mu selamanya

2.11.10

Pahit jadi Manis

Walaupun aku sudah cukup dewasa, namun masih banyak yang harus aku pelajari. Ilmu yg ada didada ini masih dangkal. Buktinya, semakin dekat hari penentuan, semakin kucar-kacir pemikiran aku. Segalanya jadi kacau. Tidak tentu arah. Agaknya langkah aku pun dah semakin sumbang sekarang ini. Barangkali aku terleka atas sesuatu. Inilah natijahnya.

Selalu sahaja aku membelakangkan gerak hati, walhal kebanyakkan daripada yg aku rasa itu selalunya benar. Namun keinginan itu lebih melangkau akal yg waras. Makanya aku sering tersasar. Akhirnya, kekesalan melanda jiwa. Itulah akibatnya membelakangkan ilham yg diberikan. Maka aku dapatlah pahitnya.

Hari ini fikiran aku cukup kacau. Hinggakan aku tidak menghadirkan diri untuk satu temuduga yg kukira penting, kerana ianya melibatkan masa depan aku. Untung saja mama memahami situasi aku. Jadi ada kelegaan sedikit disitu. Kenapa aku jadi begini. Sedangkan sebelum ini aku baik-baik saja. Optimis dalam setiap hal. Barangkali belum terluah apa yang dipendam, belum terjawab segala keraguan, makanya banyak sangat persoalan bersarang difikiran.

Dalam kekacauan jiwa yg melanda, untung sahaja ada yg mahu meluangkan masa untuk berbual dengan aku. Berbual mengenai perkara2 menyenangkan. Walaupun masalah tadi masih berbuku dihati, sekurang-kurangnya fikiran ku teralih kepada topik yg lebih menenangkan jiwa.

Dalam ramai2 yg berbual dengan aku hari ini, ada dua org insan yg telah membuat jiwaku terbangun. Mungkin aku sering sahaja berbual dengan mereka sebelum ini, namun kata2 kali ini sangat terkesan dalam diriku. Kata2 yg dilontarkan sangat tepat mengenai mukaku. Aku tidak terasa, malah aku bersyukur sangat kerana akhirnya ada juga faktor yg mampu membuatkan aku terbangun dari lena.

"sekiranya kita merasakan sesuatu perkara itu tidak elok, dan kita menjauhkan diri dari melakukannya, maka kita akan mendapat ganjaran yg lebih baik. Dan sekiranya kita mengikuti juga sesuatu yg pada awalnya kita rasa ianya tidak elok, maka akhirnya kita sendiri yang akan terima natijahnya".

"Jadi kalau boleh lepas ni, nak buat sesuatu, fikir dulu dalam2, baru tentukan"

" usah dirunsingkan sgt, belum tentu perkara tu benar. banyak lagi perkara yg lebih penting yg harus kita fikiran dlm hidup. itu cuma satu "distraction". fokus pada tujuan utama"

"bila kita luahkan perasaan marah itu, kita akan sentiasa melakukan kesilapan. tapi kalau kita tenggelamkan perasaan marah itu, kita akan jadi lebih tenang".

Sungguh dalam maknanya. Ianya membuat aku terdiam seketika. Aku renung kembali kata2 itu. Ada benarnya. Kesimpulannya, kekacauan yg melanda dlm diri aku adalah berpunca dari aku sendiri. Kerana pada awalnya sudah diberi segala petunjuk agar aku membuat pilihan yg tepat, namun kerana tidak mengikut gerak hati dan akal yg waras, maka inilah jadinya.

Jadi, sekarang ini, aku harus berpaksi semula pada tujuan asal aku. Henti semua faktor LAGHA..
Fokus pada apa yg penting, apa yg utama. Bagi mereka yg berjaya menjentik hati aku, terima kasih diucapkan. Dan aku tidak pernah menyesal punya sahabat seperti mereka. Berani berkata benar demi satu kebenaran.

~Ingin menyusun semula langkah2 yg telah sumbang. Mengatur kembali gerak tari yg pincang. Moga sentiasa berpaksi pada satu arah yang lurus... Mudah-mudahan...~