8.1.12

Silver Jublee!!

Okay....
8 Januari, tarikh keramat ni datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali tarikh ini menjelma, setiap kali itu juga lembaran baru kehidupan aku bermula.

Setuju tak kalau aku katakan yang tahun baru kita akan bermula setiap kali kita menyambut ulang tahun kelahiran kita? Hmm itu pendapat aku. 

Sedar tak sedar, rupa-rupanya aku dah masuk 25 tahun. Dah suku abad!! (itu kata adik bongsu aku)

Waduh-waduh, udah tua rupanya aku ini. (bestfriend aku la yang suka wish "selamat hari tua" kat aku)

Apa memori land yang boleh aku kenang sepanjang 25 tahun ni? hmm banyak aku rasa, tak tertulis kot. kalau pun aku boleh tulis, nanti la, aku jadikan novel, silap2 aku buat movie terus, mana tau dapat tayangan pecah panggung. Well who know.

Sepanjang kehidupan ini, macam-macam perkara juga yang aku dah lalui. Pahit, manis, masam, masin semuanya ada. Kalau campur semua rasa tu dah boleh rasa macam Tomyam dah. hehehe

Aku ingat lagi, masa sekolah rendah, ada sorang cikgu ni pernah cakap yang aku ni berbeza dari murid yang lain. Katanya sikap aku agak pelik. Tak mudah teruja macam kanak-kanak lain. (ye ke?).

Mungkin benar apa yang dikatakan beliau, sebab dah banyak kali juga aku dengar kata-kata macam. Tidak mudah teruja dengan sesuatu perkara. Aku rasa mungkin ianya berpunya dari faktor genetik barangkali (yolah tu). Mana taknya, Waktu aku balik kampung tempoh hari, dengan secara rasminya atuk aku mengesahkan bahawa aku lah generasi ketiga yang mewarisi sifat-sifat beliau, dan papa aku merupakan generasi yang kedua. Maksudnya ialah, dalam ramai-ramai cucu yang dia ada, aku merupakan salinan (fotokopi) beliau. Walaupun aku cucu perempuan, tetapi sifat keras hati dan degil aku saling tak tumpah seperti beliau ketika muda. Dahsyat!! Aku dilabel seperti Sutan Tumanggun super junior, tapi versi wanita. 

Berbalik pada topik tidak mudah teruja, aku akui yang aku bukanlah individu yang mudah teruja. Sebabnya, hanya aku saja yang tahu kenapa. Mungkin kerana aku membesar dengan suasana yang sangat tegar. 

Walaupun 25 tahun telah berlalu, namun segalanya masih segar dalam kotak ingatan aku. Boleh dikatakan, aku masih ingat lagi peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup aku sedari 22 tahun yang lalu, yang lagi 3 tahun tu aku tak ingat apa-apa. (Hahaha budak kecik kan).

Mama aku pernah cakap, aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang pendendam! Wah ganas betul label yang mama bagi kat aku. Katanya, pendendam kerana suka memendam segala peristiwa didalam memori ingatan aku. Kalau aku jadi komputer, mesti dah lama 'hang' sebab terlalu banyak sangat item yang yang disimpan ke dalam memori. Hahaha. Ganas tak analogi yang mama aku bagi. 

Walau apa pun, yang berlalu biarkanlah ia berlalu, simpan saja kedalam salah satu lagi 'folder' yang  ada dalam 'hard disk'. Hahaha. 

"semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok...... harap2 biarlah indah."

Tidak ada komentar: