9.1.12

Lost & Found

Kejadian ni berlaku setelah seminggu aku berada di kampung. Aku dapat panggilan dari mama yang menyatakan bahawa kereta rosak teruk akibat kemalangan. Kerosakkan kereta terlalu teruk sehinggakan syarikat insurans pun tak dapat nak recover balik semua kerosakkan tersebut. Kalau ikutkan hati, memang lah aku marah. Marah yang amat sangat. Lebih2 lagi aku tau siapa yang bawa kereta ketika kejadian tu berlaku. Mama pun tahu yang aku pasti akan mengamuk sebab tu dia tak nak cerita panjang pasal kes kemalangan tu. Dah takdir katanya, iye, memang takdir. Tak siapa dapat menduga setiap perkara buruk yang bakal menimpa kita.

Tak cukup dengan itu, waktu di kampung, tiba-tiba je hand phone Vivas aku rosak. Dem je. Tak dapat la nak menangkap gambar dengan menggunakan teknologi 8 megapixel. Terpaksa lah aku guna kamera biasa. Hand phone dah nak rosak, nak buat macam mana kan. Takpe2, BB torch 9810, here i come.

Tambah satu lagi insiden yang menyesakkan perut aku. 'Kamera biasa' yang aku gunakan untuk mengambil gambar sepanjang di kampung pun tiba-tiba ditakdirkan untuk rosak. Rosak kerana dengan tidak sengaja terjatuh ke pasir pantai. Dan lensa nya rosak termasuk pasir pantai yang halus.

Ye lah, tak guna disesalkan dengan apa yang dah terjadi. Macam mana kita marah sekalipun, perkara dah nak jadi, tak mungkin ia akan kembali menjadi sediakala. Setiap perkara yang terjadi tu dah ditetapkan, mungkin hari ini kita hilang sesuatu yang bermakna dalam hidup kita, tapi tak bermakna ianya perkara buruk bagi kita. 

Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti kita di hari mendatang. Buktinya kereta yang aku pakai sekarang, jauh lebih bagus dari kereta sebelum ini. Sporty sei! Ekzos besar, sport rim, fully designed seat, ada power M dan beberapa lagi appearance yg memang dari dulu aku nak letak kat kereta lama. Dan dengan tidak semena2 semuanya ada didepan mata dan yang paling bestnye semua tu dibayar penuh oleh pihak insurans. Mujur aku sempat menukar premium insurans kereta aku, (dpt ilham, instinct. :P) kalau tak merana juga nak cari duit untuk beli kereta baru. Kes aku ni bukan nya boleh nak buat pinjaman, aku bukannya orang tempatan. Apa2 je semua nak kena ada "cash". Walaubagaimana pun, aku bersyukur sekurang-kurangnya masih ada kenderaan yang boleh aku gunakan.

Untuk kes hand phone dan kamera aku, perhaps tidak lama lagi aku leh la merasa pakai BB torch and dslr. Kalau aku nak beli sekarang pun bukannya nak guna sangat, Xperia ni pun elok lagi, kamera pun masih belum perlu sangat sekarang. So tak yah nak membazir. Bukannya untung pun kalau nak melaram tak memasal. Duit habis, tp tak 'utilize'. 

Apa yang penting aku kena sentiasa bersabar. Tak guna juga kalau nak mendesak tak tentu fasal. Nak merungut pun bukan nya berbaloi. Menyusahkan orang lagi ada lah. Adakalanya sabar itu lebih mendatangkan keberuntungan. 

I lost something but i found lots of thing

Lost & Found

8.1.12

Silver Jublee!!

Okay....
8 Januari, tarikh keramat ni datang lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali tarikh ini menjelma, setiap kali itu juga lembaran baru kehidupan aku bermula.

Setuju tak kalau aku katakan yang tahun baru kita akan bermula setiap kali kita menyambut ulang tahun kelahiran kita? Hmm itu pendapat aku. 

Sedar tak sedar, rupa-rupanya aku dah masuk 25 tahun. Dah suku abad!! (itu kata adik bongsu aku)

Waduh-waduh, udah tua rupanya aku ini. (bestfriend aku la yang suka wish "selamat hari tua" kat aku)

Apa memori land yang boleh aku kenang sepanjang 25 tahun ni? hmm banyak aku rasa, tak tertulis kot. kalau pun aku boleh tulis, nanti la, aku jadikan novel, silap2 aku buat movie terus, mana tau dapat tayangan pecah panggung. Well who know.

Sepanjang kehidupan ini, macam-macam perkara juga yang aku dah lalui. Pahit, manis, masam, masin semuanya ada. Kalau campur semua rasa tu dah boleh rasa macam Tomyam dah. hehehe

Aku ingat lagi, masa sekolah rendah, ada sorang cikgu ni pernah cakap yang aku ni berbeza dari murid yang lain. Katanya sikap aku agak pelik. Tak mudah teruja macam kanak-kanak lain. (ye ke?).

Mungkin benar apa yang dikatakan beliau, sebab dah banyak kali juga aku dengar kata-kata macam. Tidak mudah teruja dengan sesuatu perkara. Aku rasa mungkin ianya berpunya dari faktor genetik barangkali (yolah tu). Mana taknya, Waktu aku balik kampung tempoh hari, dengan secara rasminya atuk aku mengesahkan bahawa aku lah generasi ketiga yang mewarisi sifat-sifat beliau, dan papa aku merupakan generasi yang kedua. Maksudnya ialah, dalam ramai-ramai cucu yang dia ada, aku merupakan salinan (fotokopi) beliau. Walaupun aku cucu perempuan, tetapi sifat keras hati dan degil aku saling tak tumpah seperti beliau ketika muda. Dahsyat!! Aku dilabel seperti Sutan Tumanggun super junior, tapi versi wanita. 

Berbalik pada topik tidak mudah teruja, aku akui yang aku bukanlah individu yang mudah teruja. Sebabnya, hanya aku saja yang tahu kenapa. Mungkin kerana aku membesar dengan suasana yang sangat tegar. 

Walaupun 25 tahun telah berlalu, namun segalanya masih segar dalam kotak ingatan aku. Boleh dikatakan, aku masih ingat lagi peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup aku sedari 22 tahun yang lalu, yang lagi 3 tahun tu aku tak ingat apa-apa. (Hahaha budak kecik kan).

Mama aku pernah cakap, aku ni boleh dikategorikan sebagai orang yang pendendam! Wah ganas betul label yang mama bagi kat aku. Katanya, pendendam kerana suka memendam segala peristiwa didalam memori ingatan aku. Kalau aku jadi komputer, mesti dah lama 'hang' sebab terlalu banyak sangat item yang yang disimpan ke dalam memori. Hahaha. Ganas tak analogi yang mama aku bagi. 

Walau apa pun, yang berlalu biarkanlah ia berlalu, simpan saja kedalam salah satu lagi 'folder' yang  ada dalam 'hard disk'. Hahaha. 

"semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok...... harap2 biarlah indah."

6.1.12

Politic Maniac!! Dem!!

Mungkin tidak terlalu keterlaluan kalau aku katakan yang ada segelintir manusia yang terlalu taksub terhadap sesebuah persatuan atau perikatan. Tahap ketaksuban mereka kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan jengkel dalam diri aku.

Aku paling tak suka kalau ada orang nak hentam aku tanpa sebab, lebih-lebih lagi melibatkan perkara2 yang aku sendiri tak tahu pangkal hujungnya. Sangat tidak matang sikap manusia yang suka menghentam orang mem*&%$ buta ni. Dan sebabnya hanyalah kerana satu, iaitu kerana POLITIK!!! DEM!!

Tahu lah yang anda tu TAHI politik, tapi jangan la bersikap terlalu bengap sehingga menyebabkan orang lain menyampah dengan anda. Kalau pun anda nak berdebat mengenai soal politik, sila la pastikan dahulu yang anda tahu dahulu fakta2 yang tepat mengenai sesuatu perkara tu, jangan main HANTAM KEROMO saja. Ianya hanya akan menunjukkan yang anda sebenarnya adalah seorang TAHI POLITIK yang suka duduk melepak kat kedai kopi, dan terhangguk2  bila orang tengah  bincang pasal politik. 

TOLONG lah.... make sure that you are at least a little bit literate about politic before you can argue about it!!

Ni tak, nak berdebat pasal politik, tapi nama wakil rakyat tak ingat, lepas tu boleh pula main serkap jarang je dok kutuk2 orang2 yang tak berkenaan. Memang la ada wakil rakyat yang punya nama sama, tapi tak bermakna orangnya sama. Kelakar, bila tiba2 ada manusia dengan penuh emosinya cuba untuk berdebat kerana tidak puas hati wakil rakyat kesayangnya dikutuk oleh seorang ahli politik yang bernama ******* (nama tidak boleh didedahkan) dari parti bebas yang juga kebetulan namanya sama dengan nama seorang lagi ahli politik dari parti yang berlainan (kebetulan aku suka mengikuti entri wakil rakyat yg sorang ni). Akibat dek terlalu taksub dengan pemimpin yang beliau hormati, dan berasa marah kerana pemimpin agung beliau diburuk2kan, maka beliau dengan kurang sopannya telah mengajak aku berdebat dengan mempersoalkan kenapa aku suka baca blog orang yang suka kutuk2 pemimpin beliau. ???? WTChocolate?

Beliau persoalkan, apa yang aku lihat kat blog orang tu sampai aku bleh jadi followernya, (BTW, sukahati aku la nak baca blog siapa, dan setahu aku penulis blog yang aku follow ni tak pernah pula kutuk orang). Dipendekkan cerita, beliau sempat membentak2 aku kerana aku menyangkal segala tuduhan beliau. WTPrada!! Untuk memastikan agar keadaan tidak bertambah tegang, aku pun buat la "google search" mengenai tuduhan yang beliau utarakan, ternyata orang yang beliau maksudkan bukanlah orang yang sama. Secara kebetulan, dua orang ahli politik ni mempunyai nama yang sama, cuma BIN je lain. Rasa macam nak bom je beliau tu dengan C4 bila dah tahu perkara yang sebenar. (lama sangat tak update berita2 terkini sebab tgh outstation)

Betul2 TAHI POLITIK la orang macam ni. Kalau jadi wartawan, sure2 fail sebab salah sampai maklumat, tak pasal2 bleh mencetuskan perang saudara. Aku pun ape lagi, bila dah tahu perkara yang sebenarnya, hmmm seperti biasa, bertubi2 la aku lepaskan serangan balas. Puas hati aku.

Walau apapun, aku just nak share, kalau nak jadi "politic followers" ni, make sure la at least diri tu ada serba sedikit pengetahuan mengenai politik, jangan berlagak pandai, takut nanti dicop sebagai bodoh sombong. Dan kalau nak follow seseorang ahli politik tu make sure kita nilai dulu siapa orangnya. Tak semestinya semua orang dari parti politik yang sama mempunyai sifat dan manifesto yang sama. Kadang2 parti je sama, tapi tujuan adakalanya beberza juga. Jadi renung2 kan lah. Jangan sampai jadi TAHI POLITIK.

5.1.12

"Someone Like You"



I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You'd know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."







Notes: I dedicate this to someone who has reigned in my heart since 6 years ago. Although the person will get marry with someone else, I still feel happy for him. Might be she is the best person for him. 

17.10.11

Seeing Allah..

Could you keep your heart in wonder at the daily miracles of your life,
your pain would not seem less wonderous than your joy,
and your would accept the seasons of your heart,
even as you have always accepted the seasons that pass over your fields, 
and your would watch with serenity through the winters of your grief.

8.10.11

Antara dua sifat..(yang mana satu jadi pilihan?)

individu pertama:

Punya latar belakang agama yang mantap. Tamatan sekolah agama. Menyambung kuliah juga dalam bidang agama. Satu ketika dulu, penampilannya sangat mengkagumkan. Aura dari dirinya dapat memberi impak kepada orang sekelilinya. Namun begitu, ada beberapa khilaf, tutur katanya kurang dijaga. Sering menduga jiwa wanita. Baginya, setakat bual kosong, tidak memberi apa2 makna. Banyak perkara yg dipandang mudah dan dianggap gurau senda. Tampaknya sukar menghormati wanita.

Dari segi fizikal dan intellektual, insan ini memang bisa dihandalkan. Sikap dan semangat juangnya untuk menjadi seorang pemimpin amat deras dan berkobar-kobar. Namun dari segi emosional dan spiritual, insan ini agak sedikit tewas, nilai empatinya agak sedikit dangkal. 

individu kedua:

Berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Tidak terlalu kaya, cukup segalanya. Tidak pula berasal dari aliran agama. Pada dasarnya hanya bersekolah biasa. Tampaknya begitu sederhana. Penampilannya juga kelihatan begitu bersahaja. Bersyukur dengan apa yang ada. Namun ada keindahan disebalik tutur katanya. Setiap perkara yang diutara kebanyakkannya berkisar soal semasa. Lebih aplikasi dari teori. Pendekatan tetang agama yang diberi amat menenangkan jiwa. Santapan rohani yang dikongsi melekat di jiwa.

Keperibadian emosional dan spriritual insan ini amat mengkagumkan, setiap bait kata yang dikongsi hanyalah sekadar untuk keperluan. Tidak pernah memperpanjangkan persoalan dan permasalahan. Pun begitu, secara fizikal dan intelektualnya tidak begitu dapat dibanggakan. Banyak kepincangan dari sudut pandang mata azali.

*sekadar perkongsian




7.10.11

Tujuh punca cepat lapar


Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.
nota kaki: ketujuh2 punca ini pernah menjadi punca atas kenaikan berat badanku yang mendadak... huhuhu... Harus hijrah segera. Makan adalah ibadah, maka seharusnya makan memberi kebaikan pada badan bukan kerosakkan.  

Pasrah.



pasrah

Hampir tak ada beza
Antara pasrah dan putus asa
Keduanya hanya bisa dirasa
Namun tak bisa diraba
Kepasrahan adalah penyerahan
Setelah terkumpul semua usaha
Keputusasaan adalah penyerahan
Setelah semua usaha dianggap sia-sia





Jauh di sudut hatiku.

"aku mencintai mu kerana agamamu, jika hilang nilai agama dalam dirimu, maka hilang juga lah rasa cintaku padamu"

"aku menghormati mu kerana sifat malumu, jika hilang sifat malu dalam dirimu, maka hilang juga lah rasa hormatku pada mu"

"aku mengagumi mu kerana sifat rendah dirimu, andai kata hilang sifat itu, maka turut hilang jugalah rasa kagumku padamu"


Kang abik' poem

Sekalipun cinta telah kuuraikan 
dan ku jelaskan panjang lebar
Namun ketika cinta ku datangi 
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih tenang
Sementara pena
begitu tergesa-gesa menuliskan

Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai pada cinta
Dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai berbaring dalam lumpur
Cinta itu sendirilah yang mampu menerangkan cinta

~ketika cinta bertasbih~


Istiqamah vs Futur

"futur adalah satu penyakit yang amat berbahaya. jangan sesekali antum menjadi futur dalam apa jua keadaan. Andaikata sekali antum futur (terputus) dari pegangan dan prinsip yang antum pegang, nescaya satu persatu bala yang akan menimpa diri antum."

~Kebenaran kata-kata itu jelas ternyata. Futurnya sebuah perjuangan mengakibatkan sumbingnya sebuah perjalanan~

Kata2 Kak Aisyah masih terngiang2 di telingaku. Sayup...

Aku masih lagi duduk di sudut bilik sambil membelek2 buku nota yang aku gunakan sewaktu usrah satu ketika dulu.

"Ari, harus ingat, walau apa pun yg Ari lakukan, jangan pernah sesekali futur pada pegangan hidup. 
Tiada apa yang baik akan berlaku andai yang haram dan yang halal dicampur adukkan menjadi satu."

"Tiada akan berkesan sebuah dakwah andai perkara lagha jadi landasan."

"Andaikata nasihat mu tidak memberi apa kesan pada orang yang kamu nasihatkan, maka periksalah dirimu terlebih dahulu, mungkin ada kekurangan yang harus diperbaiki."

Aku termangu tatkala kata2 itu menusuk hebat kedalam hatiku. 

Benar, seseorang itu bukan dilihat melalui kepetahanannya berkata2, tapi dari keperibadiannya yang mulia.

Kak Aisyah, ketegasannya jelas tergambar melalui tingkah lakunya.
Aku sering berazam ingin jadi sepertinya, punya aura yang kuat. Tanpa perlu bersuara, hanya dengan pandangan, segala maksud yang tersirat dlm fikirannya jelas tergambar di matanya. 

Namun aku masih belum mampu jadi sepertinya, Istiqamahnya Kak Aisyah membuatkan aku kagum. Baginya sebuah perjuangan itu tiada titik hentinya. Pun begitu aku masih lagi berazam utuk jadi sepertinya.


Pernah satu ketika itu, sebelum pulang dari usrah, tatkala bersalaman, Kak Aisyah menggenggam erat tanganku, sambil tersenyum dia menenpuk2 bahuku lalu berkata

"Mantap!!"

Aku tercengang, bingung dengan apa yang cuba disampaikan oleh Kak Aisyah. Belum sempat aku bertanya, Kak Aisyah lantas memelukku lalu membisikkan sesuatu ketelingaku

"Ari, Istiqamah itu penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. There is something in you!! Kuncinya jangan pernah futur dari amalan harian, Andaikata Ari menjaga semuanya, InsyaAllah.... You'll be somebody. Mantap di hari kelak."

pengajaran yang aku dapat;- 

-If you want to make a changes, you have to change first

-istiqamah dalam setiap perkara baik ianya sekecil2 perkara. 

-jangan pernah futur dari prinsip hidup

-yang batil tidak mungkin selari dgn yang haq, tidak mungkin dakwah akan berkesan dalam sebuah kemungkaran.



nota kaki:
perlu banyak belajar perbaiki diri sendiri terlebih dahulu





Erti sebuah pencarian

"apa sebenarnya yang kamu cari dalam kehidupan ini?"

Aku mencari sebuah kebenaran
Aku mencari sejalur ketulusan
Aku mencari secebis keikhlasan

Pencarian ini bukan satu agenda yang mudah
Tertutur mungkin usai, 
Terlaksana belum tentu

Demi sebuah pencarian
Satu per satu langkah diatur
Adakalanya sumbang
Adakalanya sumbing

"Adakah langkah yang sumbang bisa dijadikan panduan?"

Biar langkah itu sumbang
Agar bisa jadi pedoman
Bukankah pengalaman itu pintu kematangan?
Dan cabaran itu pintu kejayaan?

Tersenyumlah dengan indah
Demi sebuah perjalanan yang berkah
Demi sebuah pencarian nan mawaddah

Andai kemenangan itu  tidak hadir kini
Tidak bererti ia tidak bakal muncul lagi
Berpegang pada satu landasan
Yang Haq tetap menongkah kebenaran
Yang batil terus tenggelam kelemasan

..........................................................