10.3.11

Bagai tiada erti

8 tahun dah kita kenal. Ianya bukan satu tempoh yg singkat. Cukup lama untuk kita mengenali hati budi masing2. Namun tempoh yg cukup lama ini seolah2 bagai tiada erti bila kau meletakkan pertaruhan diatas sebuah nama persahabatan.

Aku cukup teruja tatkala menerima panggilan telefon dari kau. Aku kira ada sesuatu yg ingin dikongsikan. Manalah tahu, kerana bukan selalu kita berbual di telefon. Namun jangkaan ku ternyata meleset. Bukan perkongsian yang ingin kau bicarakan, tapi sebuah hamburan amarah yg membuatkan aku terdiam seketika. Aku yg tadinya gembira, tatkala melihat nama kau tertera di skrin telefon, kini menjadi hampa dan kecewa.

Salam bicara awalmu sungguh dingin. Bagaikan menahan gelombang taufan yg melanda. Dengan penuh kedinginan bicara dan tanpa bertanya terlebih dahulu adakah aku maklum atas apa yg berlaku, kau terus menyatakan kekesalanmu kepadaku. Puncanya? kesalmu bukan disebabkan aku, namun ianya disebabkan seseorang yg ada kaitan dengan aku. Dan atas sebab itu, aku dipersalahkan atas segalanya.

............................................................................................................................................................................
Ya, seingat aku, memang aku yg memula bicara untuk meminta bantuan darimu untuk membantu beliau. Aku kira, kerana persahabatan yg terjalin sekian lama, aku bisa menaruh kepercayaan terhadap kau. Sangkaku. Dan awalnya juga, hatiku tidak tenteram tatkala aku meminta bantuan dari kau kerana aku sudah cukup masak dengan sifat2 kau. Namun, kerana keadaan tengah mendesak, aku terpaksa meminta bantuan dari kau. Dan seingat aku, itulah kali pertama aku meminta kau membantu aku untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh seseorang yg aku sayang.

Aku kira pertolongan yg aku pinta tidak menjadi persoalan besar bagi kau. Kerana sebelum ini kau juga pernah meminta pertolongan yg sama. Malah sepanjang perkenalan kita, ada sahaja pertolongan yg kau pinta. Tanpa ada seribu persoalan, aku berusaha membantumu agar kepayahanmu berkurang.

Namun pada hari aku meminta kau membantuku, seribu pertanyaan yg kau ajukan. Seolah2 kau tidak percaya pada aku. Seolah2 kau baru mengenali aku. Setelah negosiasi yg panjang, akhirnya kau bersetuju juga untuk membantu aku. Namun aku agak sedikit kecewa, kerana begitu kau tidak mempercayai aku. Pun begitu, aku tetap berterima kasih kerana kau mahu juga menghulurkan bantuan.

..........................................................................................................................................................................

Tiba2 kelmarin, kau menelefon aku dan menyatakan rasa kesalmu terhadapku. Dan setiap bait kata yg kau ucapkan meranapkan rasa penghargaan aku kepada kau sebagai seorang sahabat. Ya, kau sedang marah kerana kecewa dengan apa yg telah dilakukan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Namun adakah wajar untuk kau menghamburkan amarahmu pada aku? Aku ke yg bersalah??? persolan itu aku tanyakan pada kau. Namun kau menjawab, "memang bukan kau yg buat, tapi dia kan ada kaitan dengan kau, jadi kenapa kau tak alert? kenapa kau tak amik tahu. Kau sepatutnya alert dengan perkara2 mcm ni. aku tak nak nama aku buruk. So sekarang ni aku nak kau selesaikan masalah ni cepat. Jangan sampai disebabkan dia, persahabatan kau dan aku terjejas".

"TERJEJAS"???

Aku benar2 kecewa dengan perkataan kau. Sepanjang aku kenal kau, semarah-marah aku pada kau pun, belum pernah aku meletakkan nama persahabatan sebagai satu bahan ugutan. Dan bukan sekali dua kau buat aku kecewa, bukan sekali juga kau sebabkan reputasi aku jatuh, dan bukan sekali juga disebabkan kau nama baik aku buruk. Tapi pernah aku tengking kau? pernah aku maki kau? pernah aku ugut kau atas nama persahabatan? tidak pernah sekali. Namun cara kau melepaskan rasa kecewa kau pada aku seolah2 aku tiada harga dimata kau.

Seingat aku, masalah yg kau haru birukan ini bukannya besar mana. Ya, aku tahu kau tak mahu nama baik kau tercemar hanya disebabkan "saman parking" yg tidak disengajakan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Cuma "saman parking". Bukan saman mahkamah!! Namun pernahkah terlintas difikiran kau bagaimana perasaan aku tatkala reputasi dan nama baik aku terjejas akibat dari sikap kurang matang "kekasih" kau yg sedang menganggur satu ketika dulu? Bagaimana kau minta aku tolong carikan dia kerja. Dan setelah mendapatkan kerja, dia buat perangai, sampaikan dia berhenti kerja pun aku tak tahu. Yang paling menyakitkan hati ialah berhenti tanpa notis. Dan akibatnya, aku yg harus menjawab dengan pihak syarikat. Yang amat2 mengharukan ialah syarikat itu kepunyaan teman baik mamaku. Aku ingat lagi bagaimana mama memarahi aku akibat perbuatan "kekasih" kau. Dan aku ingat lagi bagaimana mama tidak mahu mendengar penjelasan aku. Dan bagaimana mama mengatakan bahawa dia malu dengan perbuatan "kekasih" kau. Dan akibat itu juga, mama dan temannya hampir2 hilang kepercayaan terhadap aku.

Dan ketika aku bertanya kenapa dia berhenti? kau jawab "abang kata kerja kat situ tak best, memenatkan, gaji kecil, tak sesuai dengan kelulusan dia". Kepala aku bagai dipanah petir tatkala mendengar jawapan dari kau. Macam nak pitam bila aku bayangkan muka kau ketika mempertahankan "kekasih" kau. Allah je lah yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Namun aku tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan aku pada kau kerana aku tahu, yg bersalah adalah "kekasih" kau, bukannya kau. Ada aku ugut kau seperti mana kau ugut aku?

Mungkin ada benarnya kata2 Mama dan Naim. Orang macam kau tak tahu apa nilai sebenar sebuah persahabatan. Rupanya mereka telah lama menilai kau seawal kita berteman lagi, cuma aku sahaja yg masih buta. Aku kira aku dah cukup mengenali kau, ternyata aku salah.

Aku kira sejak awal perkenalan kita, ini merupakan kali pertama aku meminta pertolongan dari kau untuk seseorang yg aku sayang. Dan kali pertama juga dia melakukan kesalahan. Namun tanpa ada toleransi kau meletakkan aku sebagai seorang yg bersalah besar dan bagai tiada harga dimata kau.

Mungkin ada baiknya juga perkara ini berlaku. Ada hikmah yg cukup besar bagi aku. Sekurang-kurangnya aku sedar siapa kau yg sebenarnya. Hal ini membukakan mata aku tentang dimana taraf kau sebagai seorang manusia atau lebih tepat lagi sebagai seorang sahabat.

Sungguh aku katakan yang aku amat kecewa pada kau. Amat kecewa, malah terlalu kecewa kerana hanya disebabkan oleh sekeping "saman parking" yg bernilai RM60, kau sanggup pertaruhkan nilai sebuah persahabatan.

Aku ingat kau dah cukup mengenali aku, kau percayakan aku sebab aku tak pernah berkira pun dengan kau. Tapi kau...... sungguh mengecewakan aku. Aku rasa, segala apa yang kau dan aku lalui sepanjang perkenalan kita bagai tiada erti dimata kau.

.......................................................................................................................................

mode: kecewa
1) aku benci berurusan dengan orang yg ada kekasih. Buta!!
2) betul ke orang benar2 ikhlas berkawan dengan aku atau ada sebab disebaliknya?
3) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
4) mana perginya gelak ketawa tatkala kaki aku tersandung dan jatuh?
5) Macam sia2 je buat baik pada orang yg tak tahu menghargai kebaikan kita.

Pengajaran: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis terlalu sukar untuk diperolehi". Tidak semua orang yg sudi ketawa dengan kita sanggup untuk membantu kita tatkala kesusahan. Renung2kan.

1 komentar:

NBB mengatakan...

sy jg tak ada jaminan utk menjanjikan bhw "sy adalah sahabat terbaik y akan selalu bersamamu tika saat susah n senang" krn hati manusia sentiasa dibolak-balikkan, bila2 boleh berubah..n kita takkan tahu apa y akan terjadi pd ms dpn.. tapi sy selalu bermohon pada Nya supaya pershabatan kita bukan sekadar di sini bahkan sy mahu ia semakin mekar di sana nanti..

sgt terkesan ngan citer kput..kalo sy..dah lame sy bwk diri.. +__+

sabar ye kput..