4.3.11

Perhatian tidak perlu dituntut

"Bila semua yg kamu inginkan tak berlaku seperti apa yg kamu harapkan, wajarkah kamu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku keatas kamu? Fikirkan semula sebelum menuding jari kearah orang lain."

Ya, memang sebagai manusia, bila kita sedih, kecewa atau berduka, kita memang akan sentiasa memerlukan sokongan dari orang yg rapat dengan kita. Tak kiralah sama ada sokongan itu dari ibu bapa, teman2, sahabat handai, mahupun saudara mara. Yang paasti kita tidak akan dapat hidup sendirian tanpa mendapat sokongan dari "mereka" semua.

Namun begitu, kira seringkali terlupa. Bukan semua dari mereka mampu untuk memberi sokongan seperti apa yg kita harapkan. Ada diantara mereka, mungkin tidak mampu untuk meluangkan sepenuh masa terhadap tuntutan yg kita pinta. Pun begitu, tidak bermakna sekiranya mereka tidak dapat meluangkan masa bersama kita, mereka tidak peduli akan kisah kita. Mungkin jauh disudut hati, sebenarnya mereka ingin sekali berada disamping kita dan memberikan sokongan yang kita pinta.

Pun begitu, ada segelintir dari beberapa individu yg aku kenal. Seringkali menginginkan perhatian yang penuh. Permintaan yg dituntut kadang kala sukar untuk ditunaikan. Keperihatinan yg dituntut, adakalanya diluar kemampuan. Walaupun sudah berulang kali diterangkan keadaan yg sebenarnya, namun masih juga tidak dapat memberi sedikit pengertian kepada individu2 tersebut.

Kadang2 bila tidak diturutkan kemahuan yg dipinta, rajuk yg akan diaju. Membuatkan diri seringkali jadi serba salah sekiranya tidak ditunai permintaan. Tidakkah individu2 ini mengerti yang setiap orang punya tanggungjawab yg lainnya. Tidak semata hanya ditumpukan pada kehendak mereka sahaja. Jadi tidakkah mereka mampu mengerti atau memberi sedikit pengertian atas keadaan orang lain? Atau mereka tidak pernah langsung memikirkan keadaan orang lain, sebaliknya hanya memikirkan keadaan mereka sahaja.

Bukankah itu satu tindakkan yang mementingkan diri sendiri? Sungguh tidak adil aku kira.
Bagi aku, untuk mendapatkan sebuah perhatian itu, tidak perlu dituntut, tetapi tidak salah sekiranya untuk meminta sedikit perhatian. Pun begitu, tidak seharusnya kecewa atau berduka sekiranya tiada siapa yg ingin mendengar keluh kesah kita, kerana sedar atau tidak sedar DIA sentiasa mendengar keluh kesah kita tanpa perlu dipinta. Cuma kadang2 kita yang tak pernah sedar dan sering kali terlupa akan keberadaanNYA sebagai MAHA MENDENGAR dan MAHA MELIHAT.


Tidak ada komentar: