20.2.11

Sangat beradap

Tahu apa perkara yang aku paling suka?? Aku paling suka berjumpa dengan orang yang sangat "beradap"

Hari ni, pagi2 lagi dah dapat message dari sorg staff ni, dia kata tak dapat datang hari ni sebab tak sihat. Ok aku terima sebab dia bagitau aku awal2. At least aku dapat la standby nak datang kedai pukul berapa.

Beberapa ketika lepas tu. Dapat satu panggilan dari supervisor kat kedai. Ada sorang lagi staff tak datang. Wah, ini tak boleh jadi ni. Sekali dua orang cuti dalam masa satu hari. Hari Ahad pula tu. Time2 orang tengah ramai la dorg ni nak cuti.

Yg msg aku pagi tadi, ok lagi. Aku boleh terima, dia bagitau aku awal2. Yg sorg lagi ni, sgt "beradap". dah la aku dapat tahu, dia cuti tak inform, masuk hari ni dah dua hari dah dia tak masuk kerja. Wah, sangat besar dia punya kepala!!!

Sungguh beradap staff aku yg sorang ni.

Nak dijadikan cerita, ada lagi satu insiden yg paling "beradap" yg pernah aku tgk. Oleh kerana 2 org staff tak masuk, aku pun terpaksa melompat dengan lebih tinggi bagi memastikan aku segera sampai ke kedai. Sesampai je aku kat kedai, belum sempat nak bernafas (sebab baru lepas mengangkat stok barang2 yg baru dibeli), dtg pula sorg staff ni, dengan muka selamba badaknya berkata:

"Kak, saya nak gaji saya hari ni."

Aku pandang muka dia balik, pastu aku tanya balik, "gaji?"

"Haah, saya gaji saya. Sekarang kan 20hb. Sepatutnya dah hari untuk gaji. saya nak guna duit ni"

hampir tercekik juga aku, bila dengar dia cakap macam tu. Tapi takpe, aku tarik nafas dulu, sebab semput sangat akibat mengangkat barang yang bergitu banyak sebelum tu. Agak2 dah reda sikit sistem pernafasan, aku tanya dia balik,

"kenapa nampak tergesa2 je ni, dari mana tadi?"

selamba je dia jawab, "ada je duduk lepak2 kat depan tu" (dia baru abis shiff kerja)

Aku angkat kening sambil tepat memandang ke arah mata dia. "ada kat depan? lepak? jadi nampak la saya turunkan barang2 dari kereta tadi?"

"nampak" jawabnye selamba.

"dah nampak, kenapa tak tolong angkat barang2 tu tadi?"

"Saya dah abis waktu kerja"

Dengar dia cakap macam tu, apa lagi, menggelegak la angin dalam kepala aku, WAH, hebat sungguh jawapan dia. Tanpa ada rasa segan mahupun adap sopan. Hampir saja aku melenting, tapi takpe, kena kool dulu, tak boleh melenting tak tentu pasal. Dengan senyum aku jawab,

"owh begitu, dah abis time kerja, tak boleh la nak tolong angkat barang?, apa tadi? awak nak gaji, kejap ye"

Aku pun keluarkan buku nota, bila aku selak je kat rekod dia, aku tersenyum, kembang rasanya hati ni. Dalam kepala aku dah set "ada point ni". Ko nak gaji ye????

"berdasarkan rekod awak, sepatutnya awk terima gaji 23hb, sekarang baru 20hb. dan dalam rekod ni juga ada tunjukkan yg awk dah dua kali ambil cuti tanpa sebab. Awk juga tak pernah punctual, selalu masuk lambat. Bukan ke sepatutnya awak masuk kerja pukul 6ptg? kenapa dlm rekod ni tulis, selalu masuk pukul 8.30, kadang2 pukul 9mlm. Macam mana saya nak kira gaji awak ni??" Dengan satu jelingan yg tajam, aku soal dia.

"So? macam mana??, sepatutnya awk terima gaji 2 hari lagi. Tapi awk dah minta sekarang. Dalam rekod, kedatangan pun mengecewakan. Pelik kan awak ni, kerja selalu dtg lewat, gaji nak cepat. Bangga saya dapat pekerja macam awak ni."

Dia terdiam seketika, lepas tu baru dia bersuara "kak, sebenarnya saya nak guna duit. saya nak kena bayar hutang kat orang. tolong la saya kak."

Wah!!! reti rupanya nak cakap lembut, ingatkan dah tak ada budi bahasa. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku maki2 dia kat situ. Tapi, memandangkan nak jaga status, kena la maintain. Cuma aku bagi sentap sikit, agar lain kali dia beringat.

"hmm, pasal duit awk tu, besok je la ye. Sebab sy kena ambil duit kan bank, lagi pula awk mendadak je kan minta hari ni."

dengan muka yg sangat hampa, dia pun beredar.

Tu la, lain kali "beradap" lagi.

3 komentar:

NBB mengatakan...

asam garam dunia perniagaan..i2 belum masok dunie koprat lg..sume pngalaman tu akan mematangkan kita. sabarlah kak put..ada sesuatu y Allah nak kita pelajari tu..

rindu awak..

Violet Gurl mengatakan...

poji: biasa la, bila fikir semula, kalau dah tempatnya disitu, maka disitulah ia, tidak mungkin akan berubah, malainkan kita yg merubahnya.

Violet Gurl mengatakan...

gha: Yup! absolutely right!!
dunia perniagaan mmg bnyak cabaran, apatah lagi dunia korporat. kalau cabaran kecil macam ni pun tak mampu nak hadapi, macam mana nak berangan masuk dunia korporat. Mungkin ini satu titik mula sebagai induksi latihan seblm melangkah kearah yg lebih mencabar. Harus ambilm cabaran sebagai satu suntikan. Ya, Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita.

p/s: I miss you too