2.11.10

Pahit jadi Manis

Walaupun aku sudah cukup dewasa, namun masih banyak yang harus aku pelajari. Ilmu yg ada didada ini masih dangkal. Buktinya, semakin dekat hari penentuan, semakin kucar-kacir pemikiran aku. Segalanya jadi kacau. Tidak tentu arah. Agaknya langkah aku pun dah semakin sumbang sekarang ini. Barangkali aku terleka atas sesuatu. Inilah natijahnya.

Selalu sahaja aku membelakangkan gerak hati, walhal kebanyakkan daripada yg aku rasa itu selalunya benar. Namun keinginan itu lebih melangkau akal yg waras. Makanya aku sering tersasar. Akhirnya, kekesalan melanda jiwa. Itulah akibatnya membelakangkan ilham yg diberikan. Maka aku dapatlah pahitnya.

Hari ini fikiran aku cukup kacau. Hinggakan aku tidak menghadirkan diri untuk satu temuduga yg kukira penting, kerana ianya melibatkan masa depan aku. Untung saja mama memahami situasi aku. Jadi ada kelegaan sedikit disitu. Kenapa aku jadi begini. Sedangkan sebelum ini aku baik-baik saja. Optimis dalam setiap hal. Barangkali belum terluah apa yang dipendam, belum terjawab segala keraguan, makanya banyak sangat persoalan bersarang difikiran.

Dalam kekacauan jiwa yg melanda, untung sahaja ada yg mahu meluangkan masa untuk berbual dengan aku. Berbual mengenai perkara2 menyenangkan. Walaupun masalah tadi masih berbuku dihati, sekurang-kurangnya fikiran ku teralih kepada topik yg lebih menenangkan jiwa.

Dalam ramai2 yg berbual dengan aku hari ini, ada dua org insan yg telah membuat jiwaku terbangun. Mungkin aku sering sahaja berbual dengan mereka sebelum ini, namun kata2 kali ini sangat terkesan dalam diriku. Kata2 yg dilontarkan sangat tepat mengenai mukaku. Aku tidak terasa, malah aku bersyukur sangat kerana akhirnya ada juga faktor yg mampu membuatkan aku terbangun dari lena.

"sekiranya kita merasakan sesuatu perkara itu tidak elok, dan kita menjauhkan diri dari melakukannya, maka kita akan mendapat ganjaran yg lebih baik. Dan sekiranya kita mengikuti juga sesuatu yg pada awalnya kita rasa ianya tidak elok, maka akhirnya kita sendiri yang akan terima natijahnya".

"Jadi kalau boleh lepas ni, nak buat sesuatu, fikir dulu dalam2, baru tentukan"

" usah dirunsingkan sgt, belum tentu perkara tu benar. banyak lagi perkara yg lebih penting yg harus kita fikiran dlm hidup. itu cuma satu "distraction". fokus pada tujuan utama"

"bila kita luahkan perasaan marah itu, kita akan sentiasa melakukan kesilapan. tapi kalau kita tenggelamkan perasaan marah itu, kita akan jadi lebih tenang".

Sungguh dalam maknanya. Ianya membuat aku terdiam seketika. Aku renung kembali kata2 itu. Ada benarnya. Kesimpulannya, kekacauan yg melanda dlm diri aku adalah berpunca dari aku sendiri. Kerana pada awalnya sudah diberi segala petunjuk agar aku membuat pilihan yg tepat, namun kerana tidak mengikut gerak hati dan akal yg waras, maka inilah jadinya.

Jadi, sekarang ini, aku harus berpaksi semula pada tujuan asal aku. Henti semua faktor LAGHA..
Fokus pada apa yg penting, apa yg utama. Bagi mereka yg berjaya menjentik hati aku, terima kasih diucapkan. Dan aku tidak pernah menyesal punya sahabat seperti mereka. Berani berkata benar demi satu kebenaran.

~Ingin menyusun semula langkah2 yg telah sumbang. Mengatur kembali gerak tari yg pincang. Moga sentiasa berpaksi pada satu arah yang lurus... Mudah-mudahan...~





Tidak ada komentar: