4.7.11

Jalan terbaik.

Aku tak tahu apa yang aku harus perbuat untuk melarikan diri dari semua perkara yang aku benci. Ironinya, semakin aku menjauh dari perkara2 yang sering membuat aku tak selesa, semakin itu juga perkara2 tersebut menerjah menghujani pemikiran aku.

Bukan aku ingin menjadi primitif, tapi menurut sudut pandang aku, perkara ini harus dititik beratkan. Mungkin tidak semua orang sependapat dengan aku, namun bagi aku bila mana perkara2 seperti ini dipandang remeh, maka bagaimana pula agaknya perkara2 yang lebih besar dan lebih berat.

Lebih kurang setahun, aku tidak dihujani dengan perkara2 sebegini, tiba2 kali ini ianya muncul kembali. Malah kali ini ujiannya lebih berat kerana aku tidak boleh lari kemana2. Kalau sebelum ini, andai kata aku tak suka, aku akan mengasingkan diri tanpa perlu memikirkan perasaan orang2 yang terlibat. Namun kali ini dugaannya sungguh berat apabila ianya melibatkan insan2 yang dekat dengan aku.

Tidak tahu mana silapnya, tapi aku berasa amat sedih dan kecewa dengan tindakkan mereka. Acapkali aku menegur dan menegur, namun ianya seolah2 bagai tiada erti bagi mereka. Perjalanan mereka tetap diteruskan. Bukan aku tidak suka melihat situasi yang berlaku diantara mereka, namun perlaksanaan itu yang aku tidak suka. Andai kata kalau perkara itu baik, maka jalanilah dengan langkah yang baik. Bukan dengan langkah yang sumbang. Mungkin bagi mereka apa yang mereka perbuat tiada apa yang salah. Perkara tersebut adalah "biasa2 saja" bagi mereka. Namun bagi aku, perkara2 sebegini lah yang banyak membuatkan orang2 yang aku kenal sebelum ini jatuh tersembam tersungkur ke bumi dek akibat perbuatan sendiri.

Mulanya memang tiada apa2 yang serius, namun sudah dikatakan, syaitan itu akan sentiasa menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun, maka perkara yang tadinya pada dasarnya biasa2 saja akan menjadi lebih serius. Pun begitu, walaupun ada perkara yang melampaui batas sudah berlaku, ianya tetap akan dianggap sebagai "biasa2 saja". Apa nak buat, mata hati dah tertutup dan dah terbuai dek keasyikkan khayalan yang disembamkan oleh Syaitan Laknatullah.

Bukan aku ingin menjadi seorang berfikiran sempit, namun sepanjang perjalanan hidup aku, lebih tepat lagi, sedari aku mengenal dunia remaja hingga menjangkau dewasa, belum pernah lagi aku melihat pengakhiran yang baik bila sesuatu perjalanan itu dimulai dengan langkah yang sumbang. Pasti ada pengakhiran yang menyedihkan atau menyakitkan jiwa.

Pun begitu, jarang sekali kesedaran itu timbul, malah ada yang mengambil keputusan untuk menutup mata dan pandangan sahaja walau mereka tahu akan kebenaran dan hakikat yang mana perkara yang kecil boleh mengakibatkan kerosakkan dihari kelak.

"api yang kecil boleh membakar seluruh kawasan"



nota kaki:

Saya amat menghormati dan menyayangi kamu, namun kamu tampaknya tidak menghormati prinsip hidup saya. Andai kata kita tidak dapat sependapat, dan demi mengelakkan masing2 saling melukai antara satu sama lain, lebih baik kiranya kita mengambil jalan hidup masing2. Mungkin ini adalah jalan terbaik demi mengelakkan pertengkaran dan perselisihan faham. Kamu sudah pun dewasa, tidak perlu rasanya untuk saya menegur banyak kali. Andai kata teguran itu acapkali diulang, risau kalau2 melampau batas pula. Namun saya ada prinsip hidup, bila mana saya tidak suka, maka saya akan menjauhkan diri. Saya tidak mahu melampaui batas dan hak2 kamu. Mungkin memperkasakan perasaan kamu itu lebih penting dari menghormati prinsip orang lain. Itu pilihan kamu, 


"Cintailah seseorang itu secara diam-diam,
seperti kisah cinta suci Saidatina Fatimah r.a dan  Saidina Ali k.w,
yang akhirnya Allah pertemukan jua.
Sesungguhnya mereka yang mencintai secara diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri.
Menundukkan nafsu hati."

Langkah MenujuMu...


Langkah Menuju ALLAH..

..mulailah dengan sabar sehingga dirimu mampu melangkah dengan redha..Akhirnya, dirimu akan memahami kehendak ALLAH kepadamu..

Kemesraan ALLAH...

"jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengannya"
(Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli )

Takutkan ALLAH..

Memetik kata-kata Al Hafiz Sakhnawi;
'...tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu, melainkan setelah aku persiapkan jawapanku di hadapan ALLAH SWT kelak..'nilah sebuah perjalanan hidup..Jika ALLAH SWT menghendaki siapa di antara hambanya yang akan mendapatkan kemuliaan walaupun pada akhir hayatnya... Seorang hamba yang pasti dalam hidupnya diisi dengan iman,amal..dengan sabar dan tawakkal...

Nilai sebuah kegembiraan


"Untuk gembira, kita menggembirakan insan lain..
 Namun, adakalanya kita terpaksa menangis
demi membuat insan lain tersenyum..

Apapun, senyumlah walaupun sukar..
kerana pasti ada insan lain yang telah menangis
demi membuat anda tersenyum..

Apabila anda menderita, bersyukurlah..
kerana itu tandanya anda hidup.."

16.6.11

Lupakah Aku????

"Adakah dengan ungkapan,
tulisan,
kata-kata,
utusan berita,
baru boleh menggambarkan hati ?

maafkan aku..

aku belum sempurna dan terbaik untukmu."

*memetik sebuah ungkapan dari blog seorang sahabat. Sungguh terkesima dengan ketabahan beliau mengharungi kegusaran jiwa yang melanda walhal beliau baru sahaja mahu belajar bertatih dalam dunia kedewasaan.
........................................................................................................................................

Kepala masih celaru dengan bacaan yang terhadap didepan mata. Banyak topik2 yang harus dibaca dan dicerap ke dalam minda. Al-maklum, exam terakhir bakal menjelma, maka segala persediaan harus disusun rapi.

Pun begitu, minda sedikit lelah dengan input2 yang sedari tadi asyik dicerap hinggakan terasa kehausan di sudut jiwa. Maka tangan dengan pantasnya mencapai laptop. Facebook dilog in, setiap notifikasi dibaca (hmmm tiada yang menarik hati), blog teman2 dilayari, satu demi satu entri ditelaah. Sedang asyik mengamati satu demi satu entri yang diterbitkan oleh teman2, tiba2 mata tertumpu pada satu entri. Entrinya tidak panjang, namun makna tajuknya cukup mendalam.

Sejenak terfikir, terimbas saat2 ketika aku dan beliau berkongsi rasa. Masing2 berkongsi cerita kisah suka dan duka. Juga teringat disaat sang sahabat menitis air mata meluah rasa yang terbuku dijiwa. Rasa kagum terapung didada, terharu melihat beliau begitu ampuh dalam menjaga jiwa dari dinista. Tiba2 rasa malu menerpa diri. Tidak tergambar rasanya bagaimana beliau bisa menjadi begitu tegar dalam mengharungi hari2 yang mencabar. Mungkin umur beliau lebih muda, namun sikapnya lebih waja. Aku merasa kalah dengan diri sendiri.

Tiba2 terlintas satu seru dalam minda. Bergema2 dalam jiwa. Seru yang berupabisikan, bisikan yang berbunyi:

"Mungkin dirimu bukan yang terbaik dan tidak sempurna, menjadi tidak sempurna itu merupakan satu lumrah, namun ianya tidak bererti kamu harus menjadi seorang yang tidak bermaruah".

Terasa seperti tengkuk meremang, aliran darah menjadi deras. Baru aku teringat akan sesuatu, sesuatu yang aku pernah terlupa dan tertinggal seketika. Prinsip hidup!!!

Prinsip hidup yang selama ini aku genggam, tiba2 hilang entah kemana. Makanya hati dan jiwa jadi huru-hara. Bukan keadaan yang harus dipersalahkan, namun kealpaan diri yang sepatutnya diperbetulkan. Andaikata bisa kembali menggapai dan menggenggam Prinsip Hidup, maka perjalanan dan pengembaraan akan menjadi lebih teratur dan tersusun.

Pesanan yang pernah disiulkan ketelinga aku satu ketika dulu,

"Sekiranya kita menginginkan seorang yang terbaik menjadi pasangan kita, maka kita terlebih dahulu memperbaiki diri agar menjadi seorang insan yang terbaik".

Harus sentiasa ingat akan perkara tersebut!!! Gambate!!!

10.3.11

Lupa asal usul

"Kadang2 aku menyampah tengok "foreigner "yang datang belajar kat negara ni. Terutamanya yang ada kat kampus aku sekarang ni. Berlagak sangat. Tak tahu nak hormat orang".

Itu merupakan statement yang diajukan oleh seorang kawan aku ketika aku melawat beliau dikampusnya.

Baik, tidak dinafikan, ada benar kata2 yang beliau ucapkan. Memang ada segelintir "foreigner" yang berperangai menyakitkan hati. Namun bukan itu yang aku ingin persoalkan disini.

Persoalannya ialah, orang yang mengeluarkan statement itu sendiri. Pertama, tidakkah dia sedar yang aku juga merupakan seorang "foreigner". Kedua, lupakah dia yang mana ibu dan bapanya juga seorang "foreigner".

Memang benar, dia lahir disini. Tapi itu tidak bermakna yang dia punya hak untuk memburukkan orang yang berasal dari negara lain. Yang paling menjengkilkan ialah, ibu dan bapanya masih lagi memegang status penduduk tetap di negara ini. Aku rasa orang macam ni memang lupa daratan betul.

Cara dia bercakap mengenai "foreigner" seolah2 mereka itu terlalu rendah martabatnya. Orang seperti ini boleh aku kategorikan sebagai orang yang tak sedar diri. Lupa asal keturunan, lupa jati diri dan salahsilah keluarga.

Yang peliknya, beliau merupakan mahasiswa dari sebuah pusat pengajian yang agak ternama. Tapi persepsi beliau terhadap perkara tersebut seolah2 seperti remaja yg sedang belajar di sekolah menengah.

Aku tersenyum sendirian tatkala mendengar beliau mempertikaikan bagaimana pelajar2 "foreigner" di kampusnya berpakaian, makan, berbual, bersosial. Seolah2 ianya tradisi baru di mata beliau. Aku tak dapat bayangkan betapa dangkalnya tahap pemikiran seorang mahasiswa sperti beliau yang sewenang-wenangnya menyalahkan "foreigner" akibat kerosakkan akhlak yang berlaku dikalangan remaja sekarang. Hanya itu sahaja ke satu-satunya jalan pencerapan kemunduran budaya yg terlintas difikiran beliau sebagai seorang mahasiswa?

Antara kenyataan beliau tempoh hari:-
"kenapa dorang ni suka pakai baju2 yg pelik2? terutama pelajar muslimah. tak boleh ke dorang pakai baju kurung macam kita kat sini? kan lebih menutup aurat. Ni tak, pakai jubah tah apa2, tudung lilit2 kepala. Teruk betul cara mereka berpakaian! Bagi pengaruh yang tak elok untuk remaja2 kat sini"

Persoalannya, ada ke baju kurung kat tempat asal diorang?? Kadang2 aku fikir balik, aku tengah bercakap dengan seorang mahasiswa ke atau seorang pelajar sekolah rendah??? Aku sendiri pun tak pasti.

Namun perkara yang paling utama ialah, beliau sedar ke tidak, yang beliau juga berasal dari sebuah keluarga yg terdiri daripada sang "foreigner". Cara beliau seolah-olah "meludah kelangit, akhirnya tepalit ke muka sendiri juga".

Bak kata Buya Hamka
"Orang yang melupakan sejarah tidak akan pernah maju kerana dia bakal mengulangi sejarah yang sama yang pernah dilakukan oleh orang2 yg terdahulu".

Bagai tiada erti

8 tahun dah kita kenal. Ianya bukan satu tempoh yg singkat. Cukup lama untuk kita mengenali hati budi masing2. Namun tempoh yg cukup lama ini seolah2 bagai tiada erti bila kau meletakkan pertaruhan diatas sebuah nama persahabatan.

Aku cukup teruja tatkala menerima panggilan telefon dari kau. Aku kira ada sesuatu yg ingin dikongsikan. Manalah tahu, kerana bukan selalu kita berbual di telefon. Namun jangkaan ku ternyata meleset. Bukan perkongsian yang ingin kau bicarakan, tapi sebuah hamburan amarah yg membuatkan aku terdiam seketika. Aku yg tadinya gembira, tatkala melihat nama kau tertera di skrin telefon, kini menjadi hampa dan kecewa.

Salam bicara awalmu sungguh dingin. Bagaikan menahan gelombang taufan yg melanda. Dengan penuh kedinginan bicara dan tanpa bertanya terlebih dahulu adakah aku maklum atas apa yg berlaku, kau terus menyatakan kekesalanmu kepadaku. Puncanya? kesalmu bukan disebabkan aku, namun ianya disebabkan seseorang yg ada kaitan dengan aku. Dan atas sebab itu, aku dipersalahkan atas segalanya.

............................................................................................................................................................................
Ya, seingat aku, memang aku yg memula bicara untuk meminta bantuan darimu untuk membantu beliau. Aku kira, kerana persahabatan yg terjalin sekian lama, aku bisa menaruh kepercayaan terhadap kau. Sangkaku. Dan awalnya juga, hatiku tidak tenteram tatkala aku meminta bantuan dari kau kerana aku sudah cukup masak dengan sifat2 kau. Namun, kerana keadaan tengah mendesak, aku terpaksa meminta bantuan dari kau. Dan seingat aku, itulah kali pertama aku meminta kau membantu aku untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh seseorang yg aku sayang.

Aku kira pertolongan yg aku pinta tidak menjadi persoalan besar bagi kau. Kerana sebelum ini kau juga pernah meminta pertolongan yg sama. Malah sepanjang perkenalan kita, ada sahaja pertolongan yg kau pinta. Tanpa ada seribu persoalan, aku berusaha membantumu agar kepayahanmu berkurang.

Namun pada hari aku meminta kau membantuku, seribu pertanyaan yg kau ajukan. Seolah2 kau tidak percaya pada aku. Seolah2 kau baru mengenali aku. Setelah negosiasi yg panjang, akhirnya kau bersetuju juga untuk membantu aku. Namun aku agak sedikit kecewa, kerana begitu kau tidak mempercayai aku. Pun begitu, aku tetap berterima kasih kerana kau mahu juga menghulurkan bantuan.

..........................................................................................................................................................................

Tiba2 kelmarin, kau menelefon aku dan menyatakan rasa kesalmu terhadapku. Dan setiap bait kata yg kau ucapkan meranapkan rasa penghargaan aku kepada kau sebagai seorang sahabat. Ya, kau sedang marah kerana kecewa dengan apa yg telah dilakukan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Namun adakah wajar untuk kau menghamburkan amarahmu pada aku? Aku ke yg bersalah??? persolan itu aku tanyakan pada kau. Namun kau menjawab, "memang bukan kau yg buat, tapi dia kan ada kaitan dengan kau, jadi kenapa kau tak alert? kenapa kau tak amik tahu. Kau sepatutnya alert dengan perkara2 mcm ni. aku tak nak nama aku buruk. So sekarang ni aku nak kau selesaikan masalah ni cepat. Jangan sampai disebabkan dia, persahabatan kau dan aku terjejas".

"TERJEJAS"???

Aku benar2 kecewa dengan perkataan kau. Sepanjang aku kenal kau, semarah-marah aku pada kau pun, belum pernah aku meletakkan nama persahabatan sebagai satu bahan ugutan. Dan bukan sekali dua kau buat aku kecewa, bukan sekali juga kau sebabkan reputasi aku jatuh, dan bukan sekali juga disebabkan kau nama baik aku buruk. Tapi pernah aku tengking kau? pernah aku maki kau? pernah aku ugut kau atas nama persahabatan? tidak pernah sekali. Namun cara kau melepaskan rasa kecewa kau pada aku seolah2 aku tiada harga dimata kau.

Seingat aku, masalah yg kau haru birukan ini bukannya besar mana. Ya, aku tahu kau tak mahu nama baik kau tercemar hanya disebabkan "saman parking" yg tidak disengajakan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Cuma "saman parking". Bukan saman mahkamah!! Namun pernahkah terlintas difikiran kau bagaimana perasaan aku tatkala reputasi dan nama baik aku terjejas akibat dari sikap kurang matang "kekasih" kau yg sedang menganggur satu ketika dulu? Bagaimana kau minta aku tolong carikan dia kerja. Dan setelah mendapatkan kerja, dia buat perangai, sampaikan dia berhenti kerja pun aku tak tahu. Yang paling menyakitkan hati ialah berhenti tanpa notis. Dan akibatnya, aku yg harus menjawab dengan pihak syarikat. Yang amat2 mengharukan ialah syarikat itu kepunyaan teman baik mamaku. Aku ingat lagi bagaimana mama memarahi aku akibat perbuatan "kekasih" kau. Dan aku ingat lagi bagaimana mama tidak mahu mendengar penjelasan aku. Dan bagaimana mama mengatakan bahawa dia malu dengan perbuatan "kekasih" kau. Dan akibat itu juga, mama dan temannya hampir2 hilang kepercayaan terhadap aku.

Dan ketika aku bertanya kenapa dia berhenti? kau jawab "abang kata kerja kat situ tak best, memenatkan, gaji kecil, tak sesuai dengan kelulusan dia". Kepala aku bagai dipanah petir tatkala mendengar jawapan dari kau. Macam nak pitam bila aku bayangkan muka kau ketika mempertahankan "kekasih" kau. Allah je lah yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Namun aku tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan aku pada kau kerana aku tahu, yg bersalah adalah "kekasih" kau, bukannya kau. Ada aku ugut kau seperti mana kau ugut aku?

Mungkin ada benarnya kata2 Mama dan Naim. Orang macam kau tak tahu apa nilai sebenar sebuah persahabatan. Rupanya mereka telah lama menilai kau seawal kita berteman lagi, cuma aku sahaja yg masih buta. Aku kira aku dah cukup mengenali kau, ternyata aku salah.

Aku kira sejak awal perkenalan kita, ini merupakan kali pertama aku meminta pertolongan dari kau untuk seseorang yg aku sayang. Dan kali pertama juga dia melakukan kesalahan. Namun tanpa ada toleransi kau meletakkan aku sebagai seorang yg bersalah besar dan bagai tiada harga dimata kau.

Mungkin ada baiknya juga perkara ini berlaku. Ada hikmah yg cukup besar bagi aku. Sekurang-kurangnya aku sedar siapa kau yg sebenarnya. Hal ini membukakan mata aku tentang dimana taraf kau sebagai seorang manusia atau lebih tepat lagi sebagai seorang sahabat.

Sungguh aku katakan yang aku amat kecewa pada kau. Amat kecewa, malah terlalu kecewa kerana hanya disebabkan oleh sekeping "saman parking" yg bernilai RM60, kau sanggup pertaruhkan nilai sebuah persahabatan.

Aku ingat kau dah cukup mengenali aku, kau percayakan aku sebab aku tak pernah berkira pun dengan kau. Tapi kau...... sungguh mengecewakan aku. Aku rasa, segala apa yang kau dan aku lalui sepanjang perkenalan kita bagai tiada erti dimata kau.

.......................................................................................................................................

mode: kecewa
1) aku benci berurusan dengan orang yg ada kekasih. Buta!!
2) betul ke orang benar2 ikhlas berkawan dengan aku atau ada sebab disebaliknya?
3) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
4) mana perginya gelak ketawa tatkala kaki aku tersandung dan jatuh?
5) Macam sia2 je buat baik pada orang yg tak tahu menghargai kebaikan kita.

Pengajaran: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis terlalu sukar untuk diperolehi". Tidak semua orang yg sudi ketawa dengan kita sanggup untuk membantu kita tatkala kesusahan. Renung2kan.

4.3.11

Perhatian tidak perlu dituntut

"Bila semua yg kamu inginkan tak berlaku seperti apa yg kamu harapkan, wajarkah kamu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku keatas kamu? Fikirkan semula sebelum menuding jari kearah orang lain."

Ya, memang sebagai manusia, bila kita sedih, kecewa atau berduka, kita memang akan sentiasa memerlukan sokongan dari orang yg rapat dengan kita. Tak kiralah sama ada sokongan itu dari ibu bapa, teman2, sahabat handai, mahupun saudara mara. Yang paasti kita tidak akan dapat hidup sendirian tanpa mendapat sokongan dari "mereka" semua.

Namun begitu, kira seringkali terlupa. Bukan semua dari mereka mampu untuk memberi sokongan seperti apa yg kita harapkan. Ada diantara mereka, mungkin tidak mampu untuk meluangkan sepenuh masa terhadap tuntutan yg kita pinta. Pun begitu, tidak bermakna sekiranya mereka tidak dapat meluangkan masa bersama kita, mereka tidak peduli akan kisah kita. Mungkin jauh disudut hati, sebenarnya mereka ingin sekali berada disamping kita dan memberikan sokongan yang kita pinta.

Pun begitu, ada segelintir dari beberapa individu yg aku kenal. Seringkali menginginkan perhatian yang penuh. Permintaan yg dituntut kadang kala sukar untuk ditunaikan. Keperihatinan yg dituntut, adakalanya diluar kemampuan. Walaupun sudah berulang kali diterangkan keadaan yg sebenarnya, namun masih juga tidak dapat memberi sedikit pengertian kepada individu2 tersebut.

Kadang2 bila tidak diturutkan kemahuan yg dipinta, rajuk yg akan diaju. Membuatkan diri seringkali jadi serba salah sekiranya tidak ditunai permintaan. Tidakkah individu2 ini mengerti yang setiap orang punya tanggungjawab yg lainnya. Tidak semata hanya ditumpukan pada kehendak mereka sahaja. Jadi tidakkah mereka mampu mengerti atau memberi sedikit pengertian atas keadaan orang lain? Atau mereka tidak pernah langsung memikirkan keadaan orang lain, sebaliknya hanya memikirkan keadaan mereka sahaja.

Bukankah itu satu tindakkan yang mementingkan diri sendiri? Sungguh tidak adil aku kira.
Bagi aku, untuk mendapatkan sebuah perhatian itu, tidak perlu dituntut, tetapi tidak salah sekiranya untuk meminta sedikit perhatian. Pun begitu, tidak seharusnya kecewa atau berduka sekiranya tiada siapa yg ingin mendengar keluh kesah kita, kerana sedar atau tidak sedar DIA sentiasa mendengar keluh kesah kita tanpa perlu dipinta. Cuma kadang2 kita yang tak pernah sedar dan sering kali terlupa akan keberadaanNYA sebagai MAHA MENDENGAR dan MAHA MELIHAT.


1.3.11

Boleh ke?

Bila ada sesuatu perubahan berlaku dalam hidup pasti ambil masa nak sesuaikan diri. Namun bila semuanya sudah menjadi lebih selesa, perubahan lain pula yang berlaku, dan ketika itu, diri perlu menyesuaikan diri sekali lagi dengan perubahan baru.

Bagaimana agaknya aku akan menyesuaikan diri bila waktu itu tiba nanti. Adakah aku tabah untuk menghadapinya, atau aku akan kalah dengan keadaan? Aku sendiri pun tak pasti. Harap2 aku mampu untuk menghadapinya...

Timer: 5 months from now....

28.2.11

"Pengganti"???

Apa perasaannnya sekiranya ada orang dengan sesuka hati sahaja meletakkan nama kita sebagai satu pilihan jawapan untuk permasalahan yg dihadapinya??

Mesti rasa bengang yang teramat sangat bukan??

Ya!!! itulah yang aku rasa bila aku dapat tahu ada seorang manusia ni dengan sesuka hati sahaja "mencalonkan" nama aku sebagai solusi untuk menyelesaikan masalah yg sedang dihadapinya.

Mungkin perkara ni nampak enteng, namun persoalannya bukan setakat disitu sahaja. Masalahnya aku tak pernah kenal pun dengan manusia tu. Ya, mungkin berjumpa tu pernah lah sekali dua. Tapi seingat aku kalau dia jumpa aku, tak pernah pula rasanya dia pandang aku, tegur apatah lagi. Jadi aku simpulkan kat sini yg kitorang memang tak rapat dan tak ada kena mengena.

Yang lebih menyakitkan hati, bilamana nama aku dicalonkan hanya semata2 untuk melepaskan sesak yg dia alami. Sungguh teruja bila aku dapat tahu perkara tu.

Sesak yg aku maksudkan boleh aku ibaratkan seperti contoh di bawah (analogi sahaja):

Manusia yg aku maksudkan ni tengah sesak duit, jadi nak tak nak, dia terpaksa jual kereta dia. So untuk jalan mudah, dia tawarkan kat kawan2 yg dia kenal, jadi mudah sikit bila nak buat urusan jual beli kereta nanti. Kebetulan ada seorang kawan ni, memang tengah mencari kereta terpakai. Jadi, dia pun beriya2 lah tawarkan keretanya pada kawan dia yg seorang ni. Masalahnye, sebelum dia tawarkan nak jual kereta, kawan dia ni terlebih dahulu dah berkenan dengan sebuah kereta yg lain, malah, dah terbayar deposit dah. Jadi, amatlah mustahil untuk kawan dia menerima tawaran dia sebab bukan senang nak dapatkan semula deposit kereta tersebut.

Tiba2 telintas satu idea "hebat" dalam kepala otak manusia ni, dia cuba untuk memujuk kawan dia ni mencari seseorang untuk dijadikan "pengganti". (bagi menggantikan kawan dia sbg pembayar deposit kepada kereta yg telah dipilih sebelum tu). Dan dengan bijaknya, tiba2 sahaja dia mengusulkan nama aku sebagai "pengganti" tersebut. ERK!!! Apasal pula aku?? Apa kes!!!

Nasib baik kawan dia tu matang dan beretika. Memang la, ianya terpulang pada aku sama ada aku sanggup atau tak untuk jadi "pengganti" tersebut. Tapi persoalannya di sini ialah bukan pada sanggup atau tak sanggup, tapi pada sikap dia yg "bijak bestari" tu. Apa kes dia nak kaitkan aku?? Sungguh pun nak kaitkan aku, tak boleh ke cakap sendiri??

Kenapa aku?? Kenapa tak orang lain? Walhal, ada lagi orang lain yg dia lebih kenal dan rapat dari aku. Sebab apa? sebab dia tak rapat dengan aku?? jadi senang lah untuk dia jadikan aku sebagai "pengganti"?? Sebab kalau orang yg dia kenal, tak mungkin dia sanggup untuk jadikan sebagai "pengganti" kan???.
Sungguh mudah dia mengusulkan nama seperti melepaskan kentut sahaja.

Yang aku betul2 pelik. Dia kenal aku rupanya. Aku ingatkan tak kenal, sebab seingat aku kalau berjumpa, tak pernah pula dia menegur aku melainkan kalau kawan dia yg kenalkan aku dengan dia. itu pun setakat berjabat tangan dan bertanya khabar. Selebihnya, aku akan dianggap sebagai orang yg tak wujud disitu. Dan sekarang, dengan tiba2 nama aku terpacul dari mulut dia sebagai satu "objek" yg ingin dia jadikan sebagai "galang ganti". Bertuah betul dapat kenal dengan orang macam tu.

Maaf, Aku tak berniat nak jadi "over emo". Kalau perkara mcm ni baru pertama kali terjadi, aku tak berapa kisah sangat. Tapi kalau dah banyak kali, siapa boleh diam mcm tu je. Seolah2 dia mengagap aku begitu murah sampaikan begitu mudah untuk diajukan kesana kemari. Sadisnya.

Namun ada hal yg lebih menyakitkan. Hal yg membuatkan aku sangat kecewa bila memikirkan macam mana aku nak hadapinya. Kalau boleh aku tak nak ada kaitan dengan orang macam ni. Tapi amat mustahil, sebab dia merupakan salah seorang teman rapat kepada beberapa orang yang aku sayang. Jadi kemungkinannya, aku akn sentiasa berhadapan dengan manusia ni tak kira sejauh mana pun aku nak mengelak dari dia. Sakit sangat, tapi tak dapat diluahkan secara terang.




23.2.11

Aku hanya sebagai satu option??. Mungkin.

Don't make someone your priority, when they only make you as an option.

Aku amik quote ni dari blog sorang sahabat. Terpanggil pula nak menyelami maksud tersirat disebalik quote yg ditulis oleh sahabat aku ni. (mohon izin Copy ye?)

Bila aku baca je frasa kat atas, tiba2 aku tersentap sendiri. Aku selalu buat orang macam tu ke? Mesti sedih bila fikirkan kalau ada orang buat kita sebagai satu option sahaja. Cari kita apabila diperlukan sahaja. SEDIHNYA!!!!

........................................................................................................................................

Minggu ni betul2 menyesakkan jiwa. Aku memang sangat terasa bila orang menganggap aku sabagai satu pilihan sahaja. Sakit hati kan bila orang cuma cari kita apabila diperlukan sahaja.

Memang sedih bila memikirkan keadaan macam tu berlaku kat kita. Tapi pernah terfikir tak, "Whats goes around comes around". Selalunya kita akan terasa diri dijadikan sebagai satu option hanya kerana kita sering memperlakukan orang lain macam tu juga.

Aku rasa mesti aku selalu buat orang macam tu kan? Sebab kali ni aku betul2 rasa sedih. Aku rasa seolah2 aku diperlakukan macam satu option. PILIHAN:A,B,C,D??
Aku pilihan yang mana? Aku sendiri pun tak pasti.

Memang sedih sangat bila ada orang buat kita macam tu.

Tapi nak buat macam mana. Bukan semua perkara orang boleh dahulukan kita. Mungkin sebab kita pun selalu buat orang macam tu.

Tapi kenapa aku perlu terasa sangat. Kenapa aku perlu terasa. Hak masing2 la nak dahulukan siapa. Tak ada sebab pun kenapa aku perlu nak rasa sedih.

Peduli lah...

Rasa macam useless je

Banyak perkara datang sekaligus yg membuatkan aku lelah. Kadang aku rasa macam nak larikan diri sebentar. Nak cari balik semangat yg hilang.

Aku terasa dengan sape? Dengan ramai orang. Paling yang aku tak boleh terima, staff aku. Dorang fikir dorang lebih dewasa, dorang boleh permainkan aku? Dah lah cuti tak bagitau, suka2 je datang lewat. Mentang2 sekrang ni mama takda, dorang suka2 buat hal.

Aku memang marah dan memang teringin nak marah orang yang kurang ajar macam tu. Cuma bila aku mengingat kembali pesan mama, aku kena tahan hati. Sebab aku dah janji dengan mama, biar dia je yg uruskan mengenai hal ehwal pekerja yg tak berdisiplin tu. Aku tahu mama tak bagi aku marah dorg sebab, tak ada sorang pun yang pernah tahan bila dengan aku marah. Dan aku pun tak nak terus2 jadi annoying.

Cuma bila aku jadi linear, macam2 perangai pula yg ditunjukkan. Takpe, memang satu hari nanti dorang akan kena juga dengan aku. Tunggu masa je lagi.

Boleh pula yang si "kakak murai" tu nak banding2 kan aku dengan adik aku. Yang paling menyakitkan hati, siap mengadu dengan adik aku lagi, motif?? nak laga2kan aku dengan adik aku ke?? Sengal!!!

Aku rasa macam useless je kali ni. Tak boleh menggalas amanah mama dengan jaya.

20.2.11

Sangat beradap

Tahu apa perkara yang aku paling suka?? Aku paling suka berjumpa dengan orang yang sangat "beradap"

Hari ni, pagi2 lagi dah dapat message dari sorg staff ni, dia kata tak dapat datang hari ni sebab tak sihat. Ok aku terima sebab dia bagitau aku awal2. At least aku dapat la standby nak datang kedai pukul berapa.

Beberapa ketika lepas tu. Dapat satu panggilan dari supervisor kat kedai. Ada sorang lagi staff tak datang. Wah, ini tak boleh jadi ni. Sekali dua orang cuti dalam masa satu hari. Hari Ahad pula tu. Time2 orang tengah ramai la dorg ni nak cuti.

Yg msg aku pagi tadi, ok lagi. Aku boleh terima, dia bagitau aku awal2. Yg sorg lagi ni, sgt "beradap". dah la aku dapat tahu, dia cuti tak inform, masuk hari ni dah dua hari dah dia tak masuk kerja. Wah, sangat besar dia punya kepala!!!

Sungguh beradap staff aku yg sorang ni.

Nak dijadikan cerita, ada lagi satu insiden yg paling "beradap" yg pernah aku tgk. Oleh kerana 2 org staff tak masuk, aku pun terpaksa melompat dengan lebih tinggi bagi memastikan aku segera sampai ke kedai. Sesampai je aku kat kedai, belum sempat nak bernafas (sebab baru lepas mengangkat stok barang2 yg baru dibeli), dtg pula sorg staff ni, dengan muka selamba badaknya berkata:

"Kak, saya nak gaji saya hari ni."

Aku pandang muka dia balik, pastu aku tanya balik, "gaji?"

"Haah, saya gaji saya. Sekarang kan 20hb. Sepatutnya dah hari untuk gaji. saya nak guna duit ni"

hampir tercekik juga aku, bila dengar dia cakap macam tu. Tapi takpe, aku tarik nafas dulu, sebab semput sangat akibat mengangkat barang yang bergitu banyak sebelum tu. Agak2 dah reda sikit sistem pernafasan, aku tanya dia balik,

"kenapa nampak tergesa2 je ni, dari mana tadi?"

selamba je dia jawab, "ada je duduk lepak2 kat depan tu" (dia baru abis shiff kerja)

Aku angkat kening sambil tepat memandang ke arah mata dia. "ada kat depan? lepak? jadi nampak la saya turunkan barang2 dari kereta tadi?"

"nampak" jawabnye selamba.

"dah nampak, kenapa tak tolong angkat barang2 tu tadi?"

"Saya dah abis waktu kerja"

Dengar dia cakap macam tu, apa lagi, menggelegak la angin dalam kepala aku, WAH, hebat sungguh jawapan dia. Tanpa ada rasa segan mahupun adap sopan. Hampir saja aku melenting, tapi takpe, kena kool dulu, tak boleh melenting tak tentu pasal. Dengan senyum aku jawab,

"owh begitu, dah abis time kerja, tak boleh la nak tolong angkat barang?, apa tadi? awak nak gaji, kejap ye"

Aku pun keluarkan buku nota, bila aku selak je kat rekod dia, aku tersenyum, kembang rasanya hati ni. Dalam kepala aku dah set "ada point ni". Ko nak gaji ye????

"berdasarkan rekod awak, sepatutnya awk terima gaji 23hb, sekarang baru 20hb. dan dalam rekod ni juga ada tunjukkan yg awk dah dua kali ambil cuti tanpa sebab. Awk juga tak pernah punctual, selalu masuk lambat. Bukan ke sepatutnya awak masuk kerja pukul 6ptg? kenapa dlm rekod ni tulis, selalu masuk pukul 8.30, kadang2 pukul 9mlm. Macam mana saya nak kira gaji awak ni??" Dengan satu jelingan yg tajam, aku soal dia.

"So? macam mana??, sepatutnya awk terima gaji 2 hari lagi. Tapi awk dah minta sekarang. Dalam rekod, kedatangan pun mengecewakan. Pelik kan awak ni, kerja selalu dtg lewat, gaji nak cepat. Bangga saya dapat pekerja macam awak ni."

Dia terdiam seketika, lepas tu baru dia bersuara "kak, sebenarnya saya nak guna duit. saya nak kena bayar hutang kat orang. tolong la saya kak."

Wah!!! reti rupanya nak cakap lembut, ingatkan dah tak ada budi bahasa. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku maki2 dia kat situ. Tapi, memandangkan nak jaga status, kena la maintain. Cuma aku bagi sentap sikit, agar lain kali dia beringat.

"hmm, pasal duit awk tu, besok je la ye. Sebab sy kena ambil duit kan bank, lagi pula awk mendadak je kan minta hari ni."

dengan muka yg sangat hampa, dia pun beredar.

Tu la, lain kali "beradap" lagi.

14.2.11

Kembar ke??????

"Awak berdua ni kembar ye?"

Masing2 saling berpandangan dan senyum sesama sendiri. Aku pula hanya tersenyum dan tersengih. Pembantu jualan tu mengerutkan dahi lalu bertanya semula

"Kembar kan? Nampak sama je muka yang dua orang ni"

Ayu dan Chia, masing2 tak menjawab. Mereka hanya tersenyum dan memandang ke arah aku mengharapkan aku memberi respon pada soalan yang diajukan.

Aku tertawa kecil... sambil menganggukkan kepala.

"Patutlah sama. Tu la dari tadi perhati, muka yang dua orang ni sama je"

Yang budak dua orang ni, tak habis2 ketawa. Geli hati dengan statement yang diajukan oleh pembantu jualan kat Focus Point.

Insiden ni berlaku dua hari lepas, masa tu Ayu dan Chia temankan aku pergi amik cermin mata yang baru aku tempah.

mengenangkan semula kejadian tu, kami tak henti2 ketawa. Hatta masa makan malam tu pun kami masih lagi ketawa mengingatkan kembali dengan statement pembantu jualan tu.

KEMBAR ke????

Persoalannya.....

Dorang ni nampak sama ke?

Hahahaha



10.2.11

Perlu rasanya.

Semakin hari aku rasa semakin terbeban dengan rasa sakit yang melanda kat tengkuk ni. sampaikan kalau aku duduk lama2 terasa macam nak patah tengkuk ni. Nak gi wat medical check up, tapi bilanya? semalam je dah abis satu hari suntuk kat bengkel. Kedai tak boleh tinggal sangat. Hari2 kena beli barang. Nak buat medical checkup kat hospital kerajaan? Alamatnya berjinggut la aku tunggu.

Ingat lagi masa mata aku kena cakar dengan kucing hari tu, punya la lama nak tunggu giliran untuk rawatan. Nasib baik, masa aku masuk ER, nurse dah bagi ubat tahan sakit. Kalau tak mengerang kesakitan la aku menunggu dari pukul 4 pagi sampai pukul 12 tengah hari. Ye 12 tengah hari ye. Aku pun dah bosan menunggu. Nasib baik masa tu adik aku ada temankan, mama terpaksa tinggalkan aku kat hospital, ada urusan sebentar katanya kat kedai. Tapi kesian la kat mama. Dia tunggu aku kat hospital dari pukul 4 pagi, pastu tak tidur, terus pegi kedai.

Sepanjang menunggu rawatan diberikan, aku terpaksa membuli adik aku. Kesian juga tengok dia. Sampai tahap tersengguk2 kat bahu aku menahan ngantuk. Aku pula, dengan mata yang berbalut sebelah ala2 lanun tetap menggagahkan diri untuk menonton televisyen. Bosan tahap gila waktu tu. Nasib baik hospital pasang NTV7, dapat juga la tengok kartun. (hahahaha).
Akhirnya dekat jam 12 tgh hari, baru lah aku berjaya mendapat rawatan. huhuhuh.... sepanjang seminggu mata aku berbalut macam lanun. huhuhu, dah macam Kapten Jack Sparrow dah... (betul ke aku eja ni?)

Tu lah antara pengalaman aku mendapat rawatan di hospital kerajaan. Nak pegi hospital swasta? Alamatnya kopak la poket aku.

Aku rasa, sakit kat tengkuk ni mungkin sebab aku selalu sangat membongkok kot. (kata mama la). Tapi tengok la macam mana, kalau ada masa nanti aku pergi wat check up. Kalau terlebih masa, aku pegi spa wat rawatan urutan. Hahahha, lagi best, kena urut..


9.2.11

Mampukah aku??

Terkedu seketika tatkala mendengar usul yg mama utarakan. Usul yg mana, mama akan menetap di jakarta untuk seketika, manakala segala hal pengurusan kedai dan rumah diamanahkan kepada aku.

Persoalannya, mampukah aku untuk melaksanakan tanggungjawab yg begitu berat? Mampukah aku melakukannya sendirian???

Banyak hal yang bermain difikiran aku. Aku sendiri belum yakin samada aku mampu untuk melaksanakan tugas ini. Usul yg mama utarakan itu ibarat satu bola gergasi yg bergolek kearah aku. Hatta sepanjang malam tadi, aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran asyik terganggu dengan amanah yg diberi.

Ya Allah, mampukah aku melaksanakan amanah yg begitu besar???

Mama kata, dia tak akan berani biarkan aku buat semua ni kalau dia tak yakin dengan aku. Mama begitu yakin dengan aku. Masalahnya, aku yang belum yakin untuk menggalas tanggungjawab ini.

Mama kata, "inilah cabaran pertama bagi kakak, kalau kakak benar2 mahu menyabung pelajaran ditempat yg bagus, buktikan, yang kakak mampu untuk melaksanakan apa yg mama amanahkan. Kalau cabaran ini pun kakak tak mampu nak laksanakan, makanya kakak belum bersedia untuk berjuang ditempat orang. Buktikan kemampuan kakak selari dengan azam."

Sekali lagi aku termenung,

Benarlah, Kesenangan tidak akan dikecapi dengan senang. Kejayaan tidak akan diperoleh dengan mudah.

Benar kata mama. Kalau cabaran ditempat sendiri pun aku dah mengalah, manakah mungkin aku mampu untuk mengharungi cabaran ditempat orang. Jadi, untuk itu, aku harus semangat, harus mampu buktikan yg aku boleh melaksanakan tugas yg diamahkan. Ini aku anggap sebagai satu stimulasi sebelum aku melangkah ke jalan yang lebih berliku. Mudah-mudahan dengan berjayanya aku mengharungi stimulasi ini, aku akan berjaya mengharungi cabaran yg sebenar ditempat orang kelak.

Mudah-mudahan ya Allah.....

8.2.11

Akhirnya, Aku juga yang harus mengalah....

Walaupun sakit hati, terpaksa juga pendam.
Demi menjaga perasaan semua orang.

Malas nak cakap banyak. Nak buat macam mana kalau dah itu yang difikirkan. Takkan nak suruh ubah pula kot. Lantak lah, malas nak fikir. Satu hari nanti dia sendiri akan sedar betapa apa yg dia katakan itu salah sama sekali. Biarlah aku mengalah saja. Untuk sekian kalinya.

29.12.10

Bulan yang Mesra

Ada bulan dimatamu
Sinarnya pancaran cahaya
Memanah cinta ke jiwa
Nur makrifat yang bernyala

Ada mesra diwajahmu
Senyum malaikat sang kekasih
Mengusap syahdu wajahku
Wajah seorang musafir

Bulan yang mesra
Mengintai dari jendela
Aku terpaku melangkah
Siapa sebenar didalam rumah

Bulan yang mesra
Menyapa aku dengan indah
Terbisu aku dari kalimah
Membuat hatiku resah
Sinar dalam cerah




4.12.10

Kekacauan melanda...

Malam ni aku rasa semuanya serba tak kena. Fikiran jadi tak menentu sangat. Walhal pagi tadi segalanya tampak normal sahaja.

Segalanya kekacauan bermula apabila aku bangun dari tidur petang tadi. Migrain menyerang kembali. Mungkin kerana terlalu penat barangkali. Aku berusaha sedaya upaya untuk meredakan kesakitan kepala. Namun masih juga tidak reda. Malah kesakitan bertambah teruk bilamana aku mendengar satu khabar berita yang amat menyakitkan hati aku. Berita yang tidak pernah buat aku tenang untuk bernafas.

Aku tak mengerti kenapa tiada titik noktah bagi persoalan ini. Tidak cukup ke dengan apa yang pernah aku alami dulu???

Kenapa masih lagi ingin menyiksa pemikiran yang kian tenang ini? Tolong la bagi ruang untuk aku bernafas. Sudah ku katakan, aku tidak mampu untuk memberi apa2 ruang lagi dalam hati ini. Sudah terlalu lelah untuk memikirkan semuanya. Bagiku cukuplah sekadar aku bisa bernafas dan hidup normal tanpa perlu memikirkan semua hal yang tidak bermakna dalam jiwaku.

Bukan ingin berlaku kejam. Tapi semuanya berbalik pada puncanya. Kalau satu ketika dulu egomu mengalah, mungkin hari ini aku tidak akan jadi begini keras. Namun segalanya telah terlambat, kau terlalu menurut egomu. Tanpa peduli kesengsaraan orang lain. Tanpa peduli kesakitan yang orang lain alami. Jadi, mengapa perlu kau menangisi segalanya sekarang?

Kau menangis? Hmmm sudah!!! cukup dengan air mata gombalmu. Tidak akan aku tertipu lagi dengan sumpah dan janji. Kau tidak pernah menepati janji. Bagimu janji adalah sekadar satu alasan bagi kau melepaskan diri. Kau bijak bermain dengan kata-kata. Kau ingat kau bisa meracuni fikiran yang lainnya? Malangnya, ketika ini mereka semua telah sedar akan bicara palsumu. Kau tidak lagi bisa menguasai semuanya. Tembelangmu sudah terbongkar.

Tidak perlu untuk kau menyesali segalanya kini. Tiada sedikit pun nilai simpati yang bisa kau cari dalam hatiku. Malah aku lebih suka untuk tidak mengingat apa yang berkenaan dengan dirimu. Sebab setiap kali aku fikirkannya, hanya satu rasa saja yang bisa aku luahkan, iaitu rasa marah!!! mungkin ianya bisa juga ditambah dengan geram dan kecewa.

Ya!! Aku cukup marah dengan dirimu... Berapa lama?? tidak perlu kau tahu... Kerana kemarahan ini sudah terlalu lama tersimpan. Terlalu dalam terpendam.. bukan bermaksud untuk berdendam, tapi biarlah masa yang mengubati segalanya. Ruang dan masa yang aku perlukan mungkin lebih lama daripada apa yang kau pernah bayangkan, kerana luka yang kau berikan cukup dalam... Maaf aku belum bersedia untuk melupakan...





1.12.10

Penatlah macam ni

Kadang-kadang bosan tengok sikap sesetengah pihak yang tidak pernah memikirkan perasaan orang lain. Asyik fikir diri sendiri saja yang betul. Orang lain semuanya salah. Itu tidak kena, ini tidak kena, semua serba tidak kena. Apa dia ingat dia sorang saja ke yang tinggal kat atas muka bumi ni. Hello! concern la sket. bukan awk sorg je yg ade perasaan. org lain pun ade perasaan juga. Kalau tak suka dengan apa yang orang buat, tinggal kat planet lain. Kawan dgn alien.

Sangat "busy body" sibuk sangat nak jaga hal orang. Tapi hal sendiri tak pula terjaga. Sibuk mempertikai apa orang buat, hal sendiri pun tak terurus. Lain kali, uruskan dulu tepi kain yg tak berlipat, baru pertikai kain orang lain.

Dah kena sergah, baru reti nak diam. Ingatkan tak reti nak diam... Puas hati aku.