Aku tak tahu apa yang aku harus perbuat untuk melarikan diri dari semua perkara yang aku benci. Ironinya, semakin aku menjauh dari perkara2 yang sering membuat aku tak selesa, semakin itu juga perkara2 tersebut menerjah menghujani pemikiran aku.
Bukan aku ingin menjadi primitif, tapi menurut sudut pandang aku, perkara ini harus dititik beratkan. Mungkin tidak semua orang sependapat dengan aku, namun bagi aku bila mana perkara2 seperti ini dipandang remeh, maka bagaimana pula agaknya perkara2 yang lebih besar dan lebih berat.
Lebih kurang setahun, aku tidak dihujani dengan perkara2 sebegini, tiba2 kali ini ianya muncul kembali. Malah kali ini ujiannya lebih berat kerana aku tidak boleh lari kemana2. Kalau sebelum ini, andai kata aku tak suka, aku akan mengasingkan diri tanpa perlu memikirkan perasaan orang2 yang terlibat. Namun kali ini dugaannya sungguh berat apabila ianya melibatkan insan2 yang dekat dengan aku.
Tidak tahu mana silapnya, tapi aku berasa amat sedih dan kecewa dengan tindakkan mereka. Acapkali aku menegur dan menegur, namun ianya seolah2 bagai tiada erti bagi mereka. Perjalanan mereka tetap diteruskan. Bukan aku tidak suka melihat situasi yang berlaku diantara mereka, namun perlaksanaan itu yang aku tidak suka. Andai kata kalau perkara itu baik, maka jalanilah dengan langkah yang baik. Bukan dengan langkah yang sumbang. Mungkin bagi mereka apa yang mereka perbuat tiada apa yang salah. Perkara tersebut adalah "biasa2 saja" bagi mereka. Namun bagi aku, perkara2 sebegini lah yang banyak membuatkan orang2 yang aku kenal sebelum ini jatuh tersembam tersungkur ke bumi dek akibat perbuatan sendiri.
Mulanya memang tiada apa2 yang serius, namun sudah dikatakan, syaitan itu akan sentiasa menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun, maka perkara yang tadinya pada dasarnya biasa2 saja akan menjadi lebih serius. Pun begitu, walaupun ada perkara yang melampaui batas sudah berlaku, ianya tetap akan dianggap sebagai "biasa2 saja". Apa nak buat, mata hati dah tertutup dan dah terbuai dek keasyikkan khayalan yang disembamkan oleh Syaitan Laknatullah.
Bukan aku ingin menjadi seorang berfikiran sempit, namun sepanjang perjalanan hidup aku, lebih tepat lagi, sedari aku mengenal dunia remaja hingga menjangkau dewasa, belum pernah lagi aku melihat pengakhiran yang baik bila sesuatu perjalanan itu dimulai dengan langkah yang sumbang. Pasti ada pengakhiran yang menyedihkan atau menyakitkan jiwa.
Pun begitu, jarang sekali kesedaran itu timbul, malah ada yang mengambil keputusan untuk menutup mata dan pandangan sahaja walau mereka tahu akan kebenaran dan hakikat yang mana perkara yang kecil boleh mengakibatkan kerosakkan dihari kelak.
"api yang kecil boleh membakar seluruh kawasan"
nota kaki:
Saya amat menghormati dan menyayangi kamu, namun kamu tampaknya tidak menghormati prinsip hidup saya. Andai kata kita tidak dapat sependapat, dan demi mengelakkan masing2 saling melukai antara satu sama lain, lebih baik kiranya kita mengambil jalan hidup masing2. Mungkin ini adalah jalan terbaik demi mengelakkan pertengkaran dan perselisihan faham. Kamu sudah pun dewasa, tidak perlu rasanya untuk saya menegur banyak kali. Andai kata teguran itu acapkali diulang, risau kalau2 melampau batas pula. Namun saya ada prinsip hidup, bila mana saya tidak suka, maka saya akan menjauhkan diri. Saya tidak mahu melampaui batas dan hak2 kamu. Mungkin memperkasakan perasaan kamu itu lebih penting dari menghormati prinsip orang lain. Itu pilihan kamu,
Tidak ada komentar:
Posting Komentar