28.3.10

Book Fair.....

Bismillah......

Adapun nak dijadikan cerita, hari jumaat yg lalu (26.3.10), aku dengan adik aku pergi ke pesta buku kat PWTC. kitorang teruja sangat bila sampai kat sana. Rambang mata jadinya bila tengok banyak sangat buku2 yang ada kat sana. Dari mana aku nak mula dulu ni ye? tingkat bawah ke atas, ataupun dewan Tun Razak. argh.... dah la masa terhad. kitorang sampai 4.30. pukul 8 dah kene masuk kerja. hish, mana cukup nak ronda satu pesta buku ni.

Tanpa melengahkan walau sesaat masa, kitorang pun pergi cari buku yang diidam2kan selama ni. Destinasi pertama kitorang ialah PTS publisher. Adik aku la, sibuk sangat nak cari buku Dear Yayah, karya Farihah Iskandar. Belek punya belek, sekali dia bawak mari 7 buku.
"haah... cukup ke bajet yg mama bagi?"
boleh ke dia dengan selambernye menjawab, "hehehe.. pakai duit kakak dulu leh tak?"
hmm nak tak nak, kene la bagi. tak pasal2 je aku kene pau dengan adik sendiri. abis lah bajet buku aku.

sebenarnye, sebelum aku datang pesta buku ni, aku dah bajet nak beli kurang2 10 buku. penat tau kompol duet. alik2 belum pape lagi dah kene pau. hmmm....

setelah adik aku selesai membeli buku2 nyer, sekarang tibalah giliran aku pula yang mengganas.(dasyat tol metafora yang aku guna). takde lah. masa dah tinggal kurang 1 1/2 jam je lagi. mane sempat nak pergi dua tiga publisher. so aku ambil keputusan untuk cari buku kat tempat yg sama dengan adik aku. sedang ligat mata aku menelaah buku2 yang ada, tetiba aku ternampak buku yang aku cari2. sebenarnya buku ni aku x tau publishernye sape. tak tau la pulak nasib menyebelahi aku kali ni, tak payah penat2 nak cari. Buku yg menjadi perhatian aku ialah, Yakjud dan Makjud, dan Alexander adalah Zulkarnain, karya Muhammad Zulkarnain. buku ni jadi target aku, sebab aku dah pernah terbaca sinopsisnye dlm blog sorg member ni. menarik. tu lah sebabnye aku nak sangat buku ni.

Dua buah buku dah ada dalam tangan. 8 lagi mahu mari... hehhe
Aku terus ligat mencari-cari. kalau aku ingat kembali gelagat aku hari tu, boleh ketawa sendiri jadinye. mana tak nye, speed eku mencari buku bukan macam orang2 yang ada kat sana. orang lain cari buku pelan2, belek satu2. aku. pusing2 berenti, tgk2 letak balik. adik aku pun naik pelik tgk aku. dia pun dah senyum sumbing je kat tepi kaunter tu.

satu persatu buku aku campak (letak) dalam bakul yang disediakan. akhirnya setelah penat memilih, kaki pun dah lenguh, (cukup kot ni) aku pun pergi la kat kaunter pembayaran. punye lah aku x check balik buku2 yg aku pilih tadi. main letak je kat atas kaunter tu. sekali lebih target daaa....
13 buku!!!! cukup ke duit aku ni. tadi dah kene pau, mesti x cukup ni....
mata aku pun tertumpu kat screen mesin duit.... saja nak standby, kalau lebih limit, aku suruh je casher tu stop scan. casher tu lak macam tau je ape yg aku fikir, dia sempat lagi nak menyakat aku "shopping sakan nampak kak, macam dah standby bajet je... hehhe" boleh dia sengih2 lak. aku dah menggelabah dah ni. scan je lah buku tu.

aku dah agak dah. memeng x cukup bajet. bukan aku xnak stop casher tu, tapi semua buku yg dia scan tu aku rasa penting. last2 over bajet. mne nak korek duit cik kak oii.. time2 aku tgh resah tu, boleh pulak mata aku terpandang satu promotion ni, (Student yg ade student card dapt diskaun 30%) sepantas kilat aku terus membelek dompet aku, mne la tau kau terbawa kad metrik, sebab seingat aku, kad tu aku gantung kat dalam keta je. belek punye belek... treng teng teng... ada rupanya. nasib baik... aku pun ape lagi, sambil tersenyum macam kerang busuk, terus hulur kad metrik berserta duit tunai. ( tak perlu la nak sebut jumlah kat sini). keching...keching... casher tu pun menghulurkan semula baki+resit+kad. baki yg aku dapat balik pun 50 sen je.. Nasib baik cukup, kalau tak mesti malu punye...kene cancel buku2 yg x penting sangat. (hakikatnye semua buku yg dibeli tu penting2 belaka) kalau nk beli kat luar mesti mahal.

Akhir kata, pesta buku ni setiap tahun makin meriah. aku harap sangat pesta buku ni terus diadakan n sering diadakan (lebih dari 2 kali setahun). baru lah puas pembeli2 macam aku ni beli buku. huhuhuhu

Aku gembira walaupun duit habis. (Nasib baik ada transport sendiri, kalau tak mesti pergi kerja menapak jalan kaki)

Tidak ada komentar: