minggu ni merupakan "language week". so macam2 lah aktiviti yang diadakan oleh CEL (Center of Languange). Antaranya, pertandingan karoke, deklamasi sajak, pidato spontan, tilawah Al-quran, Explorace, and banyak lagi la.
dan hari ni, secaara tidak sengajanye, aku masuk pertandingan Explorace. last minit registration. pada mulanya, group explorace ni utk bebudak SRC jer, tapi dah tak cukup orang, dan aku pula yang tgh bertegek kat SAR (saje menyibuk kat situ) dipelawa lah join sekali bagi menyukupkan anggota. mase si Syafiq ajak, aku terkejut lah. giler ke, mne la aku bawa baju sukan. tak kan lah aku nak berlari2 dengan baju kurung yang aku tgh pakai. then, lepas bernegosiasi sesama bebudak dlm bilik tu, dan dikomfimkan lagi dengan si Wafa, (pun masuk pakai baju kurung juga) aku pun setuju. dah la baju kurung yg aku pakai ni semata2 untuk interview yg sepatutnya ade hari ni, tapi di postpone kan. xpe lah, kalau tak seronok sekarang, nak seronok bile lagi kan. boleh lah aku exercise sekali.
group2 yg lain, semuanya macam dah ready dgn baju sukan masing2. tapi group SRC ni lain pula ceritanya, yang si Syafiq dan si Arip je betul2 mcm nk bersukan, yg lain semua pakai baju yg sedia ada kt badan je. so nak dijadikan cerita, antara banyak2 group, group kitorang lah yang paling formal and elegance sekali. baju kurung, kemeja, slack, kasut kulit. dah nampak macam executive. (sebelum pertandingan la)
setelah, diberi taklimat, permainan pun dimulakan. 1....2.....3.....MULA!!!!!! maka berpusu2 lah semua orang berlari menuju check point yg pertama. aku pun ape lagi, lari la sekali. (fuh...banyangkanlah, berlari dengan memakai baju kurung yg ditempah khas). setiap check point, ada peristiwa menarik. yang paling aku ingat, mase kitorg kene menari tarian india, susun perkataan tamil, berlakon babak romeo n juliet, dan yg paling lucu mase si Pali kene makan 3 biji buah sorg2. sampai licin buah2 tu di makannye. (Pali2, makan ke telan).
setelah merentasi, semua check point, akhirnya ktorg pun sampai kat check pint terakhir dimana kitorg kene main galah panjang. dalam seronok2 tu, tetiba berlaku satu kemalangan, one of our member group tergelincir and terseliuh. kesian kat dia. kene lah bawak pegi hospital. ye la takut ape2 jadi pula kat kaki dia.
overall, aktivity explorace tu mmg menyeronokan. fun sgt2. cuma ada satu perkara je yg mematahkan semanagt kesukanan aku. sebenarnya kami group yg permata sekali sampai kat check point terakhir. so kalau nk ikutkan kami dah menang la. tetiba sir kate ade satu soklan terakhir untuk menentukan sape yg menang. rase macam tak adil je, tapi ok la, soalan pun soalan la. yang jadi tak puas hati tu bila mase soklan ditanyakan, ade la sorg lecture ni pegi bisikan jawapan kat satu group ni, and dorg jawab betul. so sure2 lah dorg jadi pemenang pertama.(walaupun kitorg sampai dulu). and kitorg dpt no 2. ok la, menang la juga. cuma aku macam nak sound je lecture tu. GAME NI UNTUK STUDENT, SO BIAR JE LA STUDENT YANG JAWAB. TAK PAYAH SEBOK-SEBOK NAK BAGI JAWAPAN. "CHEATER"!!! MEROSAKAN SEMANGAT KESUKANAN BETUL!!
Kalau tak fikirkan pasal tu. kitorg mmg enjoy sangat. boleh dikatakan 1st time la kolej betul2 meriah macam tadi. so enjoy!! overall MANTOP!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar