21.3.10

kemunculan semula

Assalamualaikum.

kalau dihitung, sejak kali terakhir aku menulis kat blog ni, boleh dikatakan hampir setahun juga aku tak singgah dan sentuh blog ni. sebenarnya setiap kali aku ingin berkata2 di blog ni, aku mati kata, adakah kerana tiada idea atau tiada jiwa? hmm aku sendiri pun tak pasti. yang aku pasti, sepanjang hari2 berlalu ini, jadual aku sangat penuh. kalau nak ikutkan, nak tulis blog ni pun aku malas. hehehe



tapi ada satu perkara yg mengganggu perasaan aku dua tiga hari kebelakangan ini. tiba2 aku rasa muncul satu perasaan, perasaan yang pernah muncul satu ketika dulu. aku rasa sangat tak tenang. kenapa ianya muncul di saat begini?



Ya Allah, aku sangat2 lemah bila berhadapan dengan perasaan yang semacam ini. rasanya jiwa ini masih belum cukup ampuh untuk membidas perasaan ini. aku tidak pasti, adakah ianya benar2 satu perasaan yang asli, atau sekadar mainan syaitan yang suka menyesatkan manusia. aku tidak mahu tertipu dengan perasaan aku sendiri, tetapi apalah dayaku untuk melawan perasaan yang membelenggu jiwa ku disaat ini.



kali terakhir aku merasai perasaan seperti ini kira2 4 tahun yang lalu, dalam tempoh itu, aku cuba untuk mengosongkan fikiran ku dari terus diganggu oleh perasaan tersebut. tetapi, pertemuan kedua tempoh hari, telah membuahkan satu perasaan tanpa aku sedari. yang aku tahu setiap kali aku bertemu denganya, aku rasa amat selesa dah gembira, dan setiap kali aku terpandang wajahnya, aku melihat satu pandangan yang padu, yang belum pernah aku lihat pada mana2 insan yang bergelar ADAM. pandangan yang membuatkan aku merasa selamat.



Astarghfirullah... adakah ini hanya permainan musuh anak adam semata2. kenapa aku diduga sebegini berat. sedangkan aku bertemu denganya baru hanya beberapa kali. sedangkan, dengan kawan2 lelaki yang lebih lama aku kenal, tidak pula aku rasa begini. ahhhh beratnya.



apa yang perlu aku lakukan.......

perasaan ini muncul kembali... dan aku masih kalah, tidak mampu untuk menghadapinya...
salahkan diriku???

Tidak ada komentar: