21.3.10

Mock Meeting


Mock meeting, for Business Communication subject.

Berdebar2 rasa jantung ni sebelum mock meeting. Tak ade idea mcm mne nk susun ayat. "Corporate Style" sentences. huh, berpoloh dahi. But, not bad. we did it.

Group aku wat kajian tentang keberkesanan teknologi solar di Malaysia. Adakah malaysia patut beralih kepada teknologi solar, berbanding dengan teknology yg sedia ada sekarang ni. hasil kajian sebulan lebih aku mengenai "Solar Technology System", akhirnya aku dapat juga menerangkan Strategy pemasaran dan target market dengan lancarnye. Alhamdulillah. Cuma mase aku terangkan, madam tak banyak tanya sangat, kalau member yang lain, bertubi2 dia tanya. persoalannye, adakah dia faham dengan presentation aku thats y dia x tanye, or dia x phm langsung. hehehe (ntah2 aku yg syok sendiri)
xpe2, nnti kite tgk result,

sebenarnya lepas buat kajian pasal solar ni, baru aku sedar sebenarnya teknologi macam ni wajar digunakan di malaysia. lebih2 lagi dikawasan perdalaman. jadi takde lah kite kene toreh sana, toreh sini untuk pasang wiring system untuk pengaliran elektrik. dengan menggunakan teknologi seperti solar ni, kita sebenarnye bukan sahaja dapat menjimatkan pengaliran dana untuk pemasangan kabel2 elektrik, malah kita juga dapat melindungi alam semula jadi dari terus di musnahkan untuk membangunkan kawasan pendalaman.

walaupun ianya memerlukan kos yang agak tinggi, namun kebaikan penggunaan solar dapat kita rasa keuntungannya untuk jangka masa yang panjang. dan kita tidak perlu untuk membongkar timbus tanah untuk menukar kabel2 elektrik di bawah tanah. kos2 seperti itu sebenarnya akan meningkatkan lagi kos kerajaan. dan sekarang ni dah banyak dah aku tengok pihak2 yang cuba mengaplikasikan teknologi ini di kawasan mereka, contohnya uiam, taman teknologi, dan majlis perbandaran selayang. hmm cukup advance. dan aku sendiri dah tengok penggunaan solar untuk system pengcahayaan. sangat menarik dan cantik.

Tidak ada komentar: