salam...
hari ni aktiviti semunya macam biasa hingga lah ade sorg member aku ni dtg kat aku. dia kate dia sedih, nak borak dgn aku kejap. so aku pun spend la mse dgn dia. sebenarnya sebelum dia start buka mulut lagi aku dah agak mesti dia nk cerita pasal boyfriend dia. dan jangkaan ku mmg tepat. mmg dia nk cerita mengenai boyfriend dia pun. aku pun jadi lah pendengar setia.
berckp tntg kawan aku sorg ni, aku sbnrnye kesian dgn dia. x abis2 bermasalah dgn bf dia. masalahnye kdg2 bukan nye besar sgt pun, tapi mesti nk gaduh juga. kadang2 aku heran, dah gaduh2 macam tu pun dia ttp ckp dia syg. Agaknye ni lah yg di katakan cinta itu buta. uups bukan cinta yg buta, tp org yg bercinta tu yg xde mata. hehehe. (opps panas gitu)
hmm bila difikirkan balik, mcm mne dia leh tahan dgn bf dia yg panas baran mcm tu. ade masalah sket je nk melenting. kadang2 pening pula aku nk fikir pasal tu. (knp pula aku yg kene pening ni). sebenarnya salah dia juga, knp xnak fikir secara waras. boleh je kan. pegang pada satu pendirian. xkan nk mengalah je kot. umur masih muda. peluang masih ada, bukan ada satu kumbang je dalam dunia ni. hari2 gaduh pun x elok juga. pointnye kat sini, mesti buat pilihan yg tepat
ada juga aku nasihatkan dia. cuba ubah haluan. jangan tertumpu pada satu sudut pandang je. last2 aku juga yg kena balik. "ko tak paham Jay, ko tak rasa ape yg aku rasa. Aku syg kat dia, cuma kadang2 perangai dia tu buat aku sakit hati". hmm sabar je la kan.
pointnye kat sini, knpe? knpe mesti nk berdrama? kalau syg then trima je lah serba serbi. tak perlu nk mengadu sana mengadu sini. kalau dah fed up, then cri je la org lain. perlu ke nak jadi mangsa keadaan pula. macam sinetron. tak mahu, tapi suka. hmm pelik2
pelik sungguh bila tgk gelagat org yg bercouple ni. jarang sgt aku dgr yg aman. hmmm mne tak nye, jalan pun dah salah, mne nk dtg betolnye. start perhubungan pun dah x betol, nak kecap bahagia jauh sekali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar