Tujuan aku tulis entri kali ni bukan ingin memprovokasi sesiapa. Cuma aku perlu luahkan sesuatu yg telah lama terpendam dalam benak pemikiran aku.
Aku ingat lagi satu ketika dulu, aku terima satu msg kt fb mengenai " Gambar muslimah". Masa aku terima msg tu, aku terdiam seketika. Fikiran aku ligat memikirkan siapa gerangan 'si pengirim' msg tersebut. setelah diamati dgn teliti, barulah aku tahu identiti sebenar 'si pengirim'.
Pada awalnya, aku rasa msg yg aku terima tu satu sindiran yg sinis, kerana kebetulan pula ketika itu, bnyak juga gmbar2 aku diupload kat fb. Siap ada gmbr yg telah di'photoshop' lagi. Mmg sure2 lah aku fikir 'si pengirim' ni menyindir aku. Namun, aku baca semula msg yg dikirim, dan aku amati satu persatu bait2 kata dan cuba memahami maksud yg ingin disampaikan. Akhirnya, aku sedar bahawa apa yg disampaikan oleh 'si pengirim' itu ada benarnya. Lantas aku terus membuka file2 gmbr yg ada dlm fb dan mengedit semula gmbr2 yg ade kt dlm tu. (men'delete' mana yg patut). Aku rasa sgt berterima kasih kepada 'si pengirim' kerana telah menyedarkan aku tentang perkara ini.
Tidak lama selepas tu, nak dijadikan cerita, secara kebetulan aku dan si pengirim menyertai satu pertandingan ......(biarlah dirahsiakan shj). Pertandingan tersebut merupakan satu pertandingan secara berkumpulan. (so ramai la yg terlibat). Nak dipendekkan cerita, pada hari pertandingan kami telah menjadi johan. maka, semua org pun bergembira (dgn excited nye). Lalu acara gambar-menggambar pun berlaku. Namun disebalik kegembiraan yg dikecapi, berlaku beberapa perkara yg aku rasa tak berapa nak menyenangkan mata bila menontonya. (oz kof la perkara ni berkenaan dgn si pengirim). aku terfikir sejenak, biar betul????? adakah aku melihat org yg sama yg telah mengirim msg padaku tak lama dulu? berkerut juga lah dahi aku ketika itu..
Tak dapat nak digambarkan betapa aku rasa pelik dan heran.
Apa yg mengherankan aku? ada beberapa perkara yg berlaku ketika itu yg aku rasa tak harus dilakukan oleh si pengirim tersebut. antaranya ialah, acara bergambar berdua antara lelaki dan perempuan, acara bergambar dengan mempamerkan wajah2 yg tak sepatutnya, bersorak sorai antara lelaki dan perempuan tanpa batas, dan bnyak lagi perkara2 yg lagha....
persoalannya disini, si pengirim pernah mengirim msg kepadaku mengenai "gmbr2 muslimah" yg dipamerkan di fb yg boleh menimbulkan fitnah kepada sesetengah pihak, terutama sang lelaki. ok, aku faham kat situ, dan aku ambil nasihat tu. (secara peribadi, tak tau la kalau org lain). sehinggakan aku berasa amat malu bila nak berhadapan dgn si pengirim sepanjang proses latihan. Tetapi, setelah melihat kejadian yg telah berlaku antara si pengirim dgn rakan2 yg lain, aku terfikir, apa yg terlintas dlm fikirannya sekarang??? bukan kah apa yg telah dia lakukan akan lebih menimbulkan fitnah? lebih2 lagi dia merupakan seorg yg mmpunyai asas agama yg tinggi berbanding aku. Tidak kah dia sedar bahawasanya apa yg dia lakukan itu lebih memburukkan keadaan dia dan juga org yg terlibat dgnnya? Hanya dia yg mampu utk menjelaskan semua itu.
Jujur aku katakan, ketika aku membaca msg yg dikirimkan oleh si pengirim, terlintas dalam fikiran aku, bahawa org seperti aku mungkin tidak layak untuk bergandingan dgn org seperti dia, kerana aku tidak menjaga aibku dgn sempurna, hinggakan aku ditegur oleh sorg yg bukan dr kaumku sendiri... (Ajnabi). betapa aku rasa amat malu ketika itu...
Namun, setelah kejadian tempoh hari.... aku hnya mampu diam dan bebisik dlm hati, bahawa aku sgt bersyukur kerana dpt melihat kebenarannya..
Kesimpulannya, Aku......atau dia yang tidak layak????
Tidak ada komentar:
Posting Komentar