28.8.10

Bicaraku...

Ya, Aku seorang Stranger

Yang tidak pernah mengerti kisahmu

Yang tidak akan mengerti

Dan yang tidak pernah mahu mengerti!

Kau tahu mengapa?

Pengertian yang bakal aku berikan

Akan menyemai benih-benih kisahku

Kerana disebalik kisahmu

Tersemat kisahku

Malah lebih pahit

Jiwaku tidak setegar jiwamu

Aku tak punya keberanian

Aku takut

Malah, aku seorang pengecut

Orang pengecut seperti aku

Hanya mampu menyimpan kisahnya

Jauh didasar hati

Kerana apa?

Aku tak mahu jadi lemah

Aku ingin jadi kuat

Jadi orang lain

Aku tidak mahu jadi seperti

Kisah semalamku

Aku mahu jadi seperti hari ini

Aku kira

Setelah kubuang jauh

Kisah lalu

Aku dapat hidup terang

Ternyata aku silap

Sejarah tetap sejarah

Yang berlaku telah berlaku

Tapi...

Malam tadi

Aku kalah dalam pertempuran jiwa

Kalah dengan diri sendiri

Malam tadi

Bicaramu melangkaui egoku

Aku kalah dalam kebatuanku

Menyedarkan aku dari sandiwara

Lakonan pentas yang aku cipta

Kisah yang aku tanam di dasar

Akhirnya timbul ke permukaan

Aku sedar

Aku tidak mungkin lari dari kenyataan

Tidak ada komentar: