18.10.10

45 hari dlm ingatan.. (1)

Semalam, waktu pulang kerja, tatkala membuka pintu bilik, suasana terasa amat janggal. Tiada lagi insan yang berebut-rebut nak masuk bilik dengan aku, tiada lagi insan yang terus me”landing”kan diri atas katil kerana kepenatan. Sangat janggal....kerana aku sendiri saja semalam.... tidak seperti hari lainya.

Selalunya, setiap kali balik kerja, orang pertama yang akan “landing” kat atas katil adalah “orang tu” (hehe...jgn marah ye dik). Maklum, kepenatan setelah seharian penat di “buli” oleh aku. Aku tahu dia penat sangat sebab ianya jelas terserlah diwajahnya, pun begitu dia masih lagi mampu untuk senyum. Senyuman yang berjaya buat aku tertawa meskipun didalam kepenatan.

(hmmm malam ni aku tak dapat tengok senyuman tu lagi.... :( ).

Mungkin pertemuan ini satu pertemuan yang singkat. Namun begitu, ianya telah mengukir banyak memori dalam hidup aku. Segalanya jelas tergambar dalam kotak memori aku dari hari pertama dia tinggal dengan aku, hinggalah petang semalam. (petang sebelum dia bertolak pulang).

......................................

Setelah sekian lama, aku jarang terkesan dengan mana2 perpisahan. Ya, aku berasa sedih dengan setiap perpisahan, namun perpisahan kali ini amat berbeza. Amat menyakitkan (mungkin). Tidak seperti perpisahan lainnya, yang mana aku mampu untuk berkata2, memberi kata2 semangat pada orang lain serta diri aku sendiri agar tidak sedih, namun kali ini, aku berasa amat lelah, lelah yang tidak dapat diungkapkan. Walhal, sebelum ini pernah saja aku melihat dia pergi, malah ketika itu, aku mampu untuk berucap, memberi kata2 semangat agar pemergian itu harus diiringi dengan senyuman. Namun kali ini, aku sendiri yang kalah dengan situasi. Dan buat pertama kalinya air mata aku benar2 menitis atas perpisahan ini. Mudah-mudahan aku akan kuat menghadapinya.

........................................

Sukar untuk dikupas apa yang bermain di fikiranku ketika ini. Aku rasa 45 hari berlalu seperti satu mimpi saja. Mungkin sebelum ni, memang sudah jadi kebiasaanku duduk di dalam bilik sendirian, namun kali ini, rasa janggal menerpa dalam diri. Rasa janggal sangat. Kerana kelmarin dan 45 hari sebelumnya aku tidak sendirian, punya teman, teman yg sudi jadi pendengar ceritaku, (sampai jemu kot), teman yang selalu tersenyum walapun penat dan keletihan tatkala pulang bersama dari kerja, teman yang tidak pernah membuatkan aku bosan bila berada disampingnya.

........................................

Terima kasih atas pengertian yg pernah diberikan.




Tidak ada komentar: