Bismillah...
Tanpa sedar, hari ni merupakan hari terakhir bulan Oktober, bermakna penghujung tahun ini dah semakin hampir. Cuma tinggal dua bulan sahaja untuk tahun baru menjelma. Tatkala tahun baru memunculkan dirinya, ketika itu juga lah umur aku akan meningkat setahun lagi.
Memikirkan keadaan ini, aku jadi gusar, apa perancangan aku untuk tahun depan? eh, adakah segala "Master Plan" aku tahun ini telah terlaksana? Bila difikirkan kembali, masih banyak yang belum terkota, masih banyak yang tergendala, kenapa? sedangkan segalanya telah dirancang dan diatur sejak awal tahun lagi.
Bila aku amati semunya, baru aku sedar, banyak perancangan yang aku atur, tapi bila tiba waktu untuk melaksanakannya, segalanya jadi lain... mungkin ada yg berjalan seperti yg dirancang, namun tidak semuanya begitu. Akhirnya, aku sedar yg kita hanya mampu merancang, namun DIA lah yang menentukan segala yg telah terancang di Luh Mahfuz.
Benar....
Sedari aku kecil hingga sekarang banyak perkara berlaku diluar jangkaan aku. Mengenangkan segala yg pernah berlaku tanpa dipinta, aku jadi kesal, namun apakah daya, semua itu sudah ditentukan.
Seperti yang pernah berlaku satu ketika dulu, ketika aku masih berkobar2 untuk berjuang dlm kehidupan, satu persatu musibah dan perkara yg tidak diingini melanda. Dan diantara semua yg pernah terjadi, ada satu perkara yg membuatkan aku masih terkesan sehingga sekarang, "Kehilangan sumber inspirasi aku", pemergian org yg aku sayang, kembali ke Rahmatullah. Kehilangan yg tidak dapat dicari ganti. Dia telah pergi untuk selama-lamanya. Aku terus cuba untuk berjuang walaupun sumber inspirasiku telah tiada. (insan yg bnyk memberi inspirasi dalam hidup kami sekeluarga)
Yang lebih menyakitkan, tatkala aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tiada siapa yang menyokong. Malah ada yg mengeji, mana tidaknya, ketika itu orang tuaku hanya peniaga kecil, punya kehidupan yg tidak stabil. Namun anak mereka punya impian tinggi melangit. Jumlah biasiswa yang aku terima ketika itu belum tentu dapat menampung kehidupan aku selama berada di negara orang. Nak diharapkan pendapatan yg tak seberapa dari orang tua, aku tak rasa mereka mampu. ketika itu juga, aku harus melepaskan impian aku. Seperti Gelas yg berkecai.
Waktu itu aku sangat terkesan dengan kehilangannya. Sekiranya "dia" ada ketika itu, pasti sokongan padu yg diberi. Mungkin dia akan turut bergolok-gadai bersama orang tuaku agar aku bisa melanjutkan pelajaran. Namun itu semua hanya sekadar impian. Apa yg terjadi tidak seperti yg diharapkan. Aku Redha.
Dan sesungguhnya "Allah itu Maha Adil", kini aku bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran, malah aku juga dapat belajar banyak perkara yg tidak mungkin aku dpt hanya dgn belajar di universiti. Mungkin ini kehidupan yg telah dirancang untukku olehNya. "Allah itu Maha Adil", "peluang" itu datang sekali lagi, walaupun dalam situasi yg berbeza. Situasi dimana aku mampu untuk melaksanakannya. Cuma kali ini, aku tidak mahu terlalu berharap. Aku pasti, jika itu yg terbaik bagiku, maka ianya akan menjadi milikku.
Kadang-kadang kemungkinan itu memang menyakitkan, namun ia juga mengajar aku untuk menjadi lebih tegar menghadapi hidup. Lebih ampuh jika apa yang aku inginkan tidak termakbul. Walhal sedari awal aku banyak merancang, apa yg aku akan dan ingin lakukan sepanjang tahun ini. Pun begitu, aku sering meletakkan kayu ukur yg minima pada setiap perkara. Bagiku, mana terbaik untukku pada ketika itu, maka itulah keputusan yang akan aku ambil. Maka dengan itu, aku sering membuat banyak pilihan dalam sesuatu perkara, motifnya: agar aku tidak berputih mata jika termaktub dengan satu pilihan sahaja.
Hakikatnya, setiap orang pasti akan sedih bila impiannya tidak termakbul, begitu juga aku. Namun itulah kehidupan, harus ada keseimbangan. Seperti dalam teori ekonomi, untuk mendapatkan sesuatu kita harus melepaskan sesuatu (opportunity cost). Kita tidak boleh mendapatkan semuanya kerana sumber yg terhad (scarcity of resources). Apa yg kita perlu lakukan adalah berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yg kita inginkan. Pun begitu, ketentuan tetap di tanganNya. Dan aku amat bersyukur kerana, dalam aku belajar EKONOMI, aku juga belajar KEHIDUPAN.
"Tidak salah untuk mencuba, daripada terus berputus asa"
Aku akan terus mencuba walaupun keputusannya masih belum jelas.
“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar