Mungkin entri aku untuk seminggu dua ni akan lebih bersifat sentimental. Sebabnya, terlalu banyak perkara yang berlaku mengganggu emosi aku. Perkara yang membuatkan aku jadi sangat emosional berbanding biasa. Aku pun tak tahu berapa lama entri yang berunsur sentimental ni akan melekat di dinding blog aku. Aku rasa aku akan terus menerus menulis sehingga hati aku benar-benar stabil. (sebab kalau dah stabil, aku jarang menulis perkara yang sentimental).
"Setiap yang sakit, perlukan waktu untuk sembuh, begitu juga dengan hati ini."
Seingat aku, aku jarang menulis entri sebab kebanyakkan waktu aku terisi dengan kesibukkan diri yang tak pernah merelakan aku untuk bersenang-lenang. Walaupun ada sedikit waktu terluang, waktu itu akan aku pergunakan sepenuhnya samada untuk berehat atau ber"poya" bersama rakan2. Jadi, tiada ruang sedikit pun dalam minda ini yang membenarkan aku untuk menulis apatah lagi mengelamun.
Namun kali ini, walau sesibuk mana pun aku, walau sekerap mana pun aku bersama rakan2, namun aku tetap terasa ada satu kekosongan dalam hati ini. Aku jadi sering mengelamun, berbagai perkara menancap kedalam minda untuk difikirkan. Mungkin sebab aku jarang rasa macam ni. (mungkin). Selalunya aku akan tepis segala masalah, kesedihan, dan segala ion negatif jauh dari aku dengan aktiviti yang boleh membuatkan aku sibuk. Pun begitu, segalanya tidak sama dengan situasi sekarang. Aku mungkin boleh memenuhkan jadual aku dengan kerja, namun aku tak mampu mengisi ruang2 kosong di dalam hati ini. Aku merasa amat kehilangan!!!
Aku sendiri tak pasti kenapa tiba-tiba aku berasa sangat lemah dan tak berdaya seperti sekarang. Seingat aku, perasaan "kehilangan" seperti ni tak pernah wujud dalam hati aku melainkan ketika aku berada di tingkatan 4. Saat itu merupakan satu ujian yang paling besar dalam hidup kerana, teman yang paling rapat dengan aku terpaksa berpindah sekolah. Dan sepanjang tahun itu juga lah aku jadi tak tentu arah. Tidak dinafikan, aku masih lagi sibuk dengan aktiviti sekolah, namun setiap yang aku lakukan terasa amat kosong. Aku tidak lagi mempunyai semangat untuk beraktiviti, segalanya ku lakukan hanya kerana terpaksa. Keadaan yang sama berlarutan sehingga aku menjejakkan kaki ke tingkatan 5. Keadaan masih lagi sama, suram, sepi, sunyi. Walaupun kadang2 hari2ku dihiasi dengan gelak tawa bersama2 rakan2 yg lain, namun ianya tidak sama kerana aku tidak punya perasaan ketika itu. Keadaan mula beransur pulih, hanya ketika aku berada di kolej. Satu permulaan baru bagi aku ketika itu. Dan ketika itu juga aku tekadkan dalam hati, yang aku tidak akan mudah untuk kalah dengan perasaan. Kalah dengan perasaan merupakan satu penyakit yang amat melumpuhkan jiwa. (TEKAD)
Setelah sekian lama, aku tidak pernah merasa kehilangan. Walau sekerap mana pun rakan2 ku datang dan pergi, namun aku masih lagi mampu untuk meneruskan hari2 ku, kerana aku telah menetapkan satu frasa dalam diri, "setiap pertemuan pasti ada perpisahan". Kata2 keramat yang aku ukir dalam hati agar aku tidak mudah lagi untuk mengalah dengan perpisahan. Tidak dinafikan, ada beberapa perpisahan yang berjaya mencubit hati aku, namun aku masih lagi boleh bertahan. Aku berjaya menggagahkan diri walaupun hati aku terluka kerana terpaksa menghadapi perpisahan ini disaat kemuncak perkenalan. (tribute to Miss "S" & "N", my dearies frens yg bnyk memberi aku semangat dan inspirasi). Malah pada ketika itu, aku mampu memberi kata2 semangat pada mereka, berpesan agar mereka tidak merasa sedih dan meneruskan perjuangan hidup ditempat baru. (Aku mampu untuk berkata-kata?)
Kini, situasi yang aku hadapi amat berbeza, walaupun sudah 3 hari berlalu, namun aku masih lagi belum berdaya mengumpulkan kekuatan diri untuk meneruskan hidup. (adakah ini satu ujian yg dtg disaat2 akhir pengajianku? gangguan emosi yg bakal memudaratkan hari2 terakhir aku di kolej?) Aku masih lagi merasakan ianya bagai satu mimpi yg singgah dalam hidup aku sepanjang 45 hari yang telah berlalu (sangat sentimental bunyinya.... but this is the real me). SANGAT CEPAT KENAL, SANGAT CEPAT MESRA DAN SANGAT CEPAT BERPISAH (aku petik kata2 ni dari msg seorang teman). Ianya berlaku terlalu pantas, tanpa aku diberi peluang untuk menyedarinya. Alangkah bagusnya kalau masa dapat dilambatkan untuk seketika, alangkah bagus jika aku punya peluang yang lebih banyak untuk menghargai setiap detik. Namun perkara seperti itu tidak mungkin berlaku, ianya amat MUSTAHIL!
Mungkin aku terlalu terkesan dengan perpisahan ini kerana aku jarang menghargai apa yang ada di depan aku. Aku jarang meluangkan masa. Aku sering sibuk dengan tugasan yang selalu menanti di depan mata. Malah yang membuat aku lebih kesal kerana, di saat2 akhir waktu bersama, banyak kekangan yang berlaku yang membuatkan aku terpaksa memilih, dan aku terpaksa membuat pilihan yang aku sendiri tidak suka. (I'm really sorry because failed to be a good friend).
Memang sukar menerima perpisahan tanpa kerelaan, tapi ianya telah pun berlaku dan berlalu... dan aku.... aku harus merelakannya.... merelakan segalanya... agar aku tidak lagi terposok di dalam gelombang emosi yang amat menyakitkan ini....(KEEP MOVING FORWARD!!!!)
Cuma yang menjadi persoalan sekarang ini ialah, berapa lama ianya akan pulih seperti sedia kala?? aku sendiri pun tak pasti, dan aku pun tak tahu berapa lama....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar