14.8.10

Mudah-mudahan hari esok merupakan satu permulaan baru

Setiap kali kita bangun dari tidur, kita rasa bersyukur kerana diberi satu lagi peluang oleh Allah untuk kita meneruskan perjuangan hidup. (wah mcm org sakit kronik pula). eh betul ape? cuba fikir, kalau tetiba je kita x bangun, walhal banyak lagi perkara yg belum kita selesaikan, bukan ke kita akan rasa satu kerugian yang amat besar. memang la ajal maut tu ketentuanNya, tapi sebagai hambaNya, kita dah pun diamanahkan satu tugas yang amat besar dari hari pertama kita lahir lagi. kita harus jadi Khalifah kat atas muka bumi ni.

(Mungkin semalam apa yang kita lakukan serba kekurangan, ada saja yg tidak sempurna. ye lah, mana lah kita tahu kan kalau-kalau ada lagi kerja yang masih tertangguh. tapi, dah nama pun manusia, mana ada yang sempurna. sebab itulah kita masih lagi diberi peluang satu hari lagi untuk menyelesaikan apa yang patut. Kalau hari ini pun masih ada yang tertangguh, mudah-mudahan kita dapat satu hari lagi.)

Walaupun kita sentiasa diberi peluang demi peluang, tapi kita masih juga belum selesai melaksanakan tugas yang diberi olehNya. Adakah kita ni merupakan orang yang tidak tahu bersyukur atas nikmatNya? Nauzubillah....

Tapi, seingat kita, semalam, kita banyak lakukan kesilapan. buat perkara2 yang lagha, kecilkan hati orang, mungkir janji dan adalah lagi perkara2 yang lain. seandainya hari ini kita tidak ada peluang untuk bangun, mungkin kita akan rasa menyesal tak sudah. macam mana kita nak membetulkan kesilapan yang kita lakukan semalam.

hari ini kita diberi peluang sekali lagi, tapi adakah kita dah betulkan kesilapan semalam? adakah kita dah tebus kesalahan semalam? atau kita menambahkan lagi kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan semalam, kelmarin dah hari2 sebelumnya?

kalau difikirkan semula, rupa-rupanya masih banyak tugasan kita yang tertangguh, sudah banyak kesilapan yang telah kita lakukan, dah sudah ramai hati orang yang telah kita kecilkan. Alangkah ruginya kita kalau Allah tak beri kita kesempatan untuk bangun hari ini. dan lebih rugi lagi kalau Allah tak bagi kita kesempatan untuk bangun esok dan hari2 seterusnya. Adakah kita akan diberikan peluang itu sekali lagi? mudah-mudahan kita diberikan kesempatan untuk menjalani hari esok dah seterusnya. Supaya kita dapat menggunakan hari2 itu sebagai permulaan baru dalam hidup kita.... InsyaAllah...

Tidak ada komentar: