17.10.11

Seeing Allah..

Could you keep your heart in wonder at the daily miracles of your life,
your pain would not seem less wonderous than your joy,
and your would accept the seasons of your heart,
even as you have always accepted the seasons that pass over your fields, 
and your would watch with serenity through the winters of your grief.

8.10.11

Antara dua sifat..(yang mana satu jadi pilihan?)

individu pertama:

Punya latar belakang agama yang mantap. Tamatan sekolah agama. Menyambung kuliah juga dalam bidang agama. Satu ketika dulu, penampilannya sangat mengkagumkan. Aura dari dirinya dapat memberi impak kepada orang sekelilinya. Namun begitu, ada beberapa khilaf, tutur katanya kurang dijaga. Sering menduga jiwa wanita. Baginya, setakat bual kosong, tidak memberi apa2 makna. Banyak perkara yg dipandang mudah dan dianggap gurau senda. Tampaknya sukar menghormati wanita.

Dari segi fizikal dan intellektual, insan ini memang bisa dihandalkan. Sikap dan semangat juangnya untuk menjadi seorang pemimpin amat deras dan berkobar-kobar. Namun dari segi emosional dan spiritual, insan ini agak sedikit tewas, nilai empatinya agak sedikit dangkal. 

individu kedua:

Berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Tidak terlalu kaya, cukup segalanya. Tidak pula berasal dari aliran agama. Pada dasarnya hanya bersekolah biasa. Tampaknya begitu sederhana. Penampilannya juga kelihatan begitu bersahaja. Bersyukur dengan apa yang ada. Namun ada keindahan disebalik tutur katanya. Setiap perkara yang diutara kebanyakkannya berkisar soal semasa. Lebih aplikasi dari teori. Pendekatan tetang agama yang diberi amat menenangkan jiwa. Santapan rohani yang dikongsi melekat di jiwa.

Keperibadian emosional dan spriritual insan ini amat mengkagumkan, setiap bait kata yang dikongsi hanyalah sekadar untuk keperluan. Tidak pernah memperpanjangkan persoalan dan permasalahan. Pun begitu, secara fizikal dan intelektualnya tidak begitu dapat dibanggakan. Banyak kepincangan dari sudut pandang mata azali.

*sekadar perkongsian




7.10.11

Tujuh punca cepat lapar


Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?
(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.
nota kaki: ketujuh2 punca ini pernah menjadi punca atas kenaikan berat badanku yang mendadak... huhuhu... Harus hijrah segera. Makan adalah ibadah, maka seharusnya makan memberi kebaikan pada badan bukan kerosakkan.  

Pasrah.



pasrah

Hampir tak ada beza
Antara pasrah dan putus asa
Keduanya hanya bisa dirasa
Namun tak bisa diraba
Kepasrahan adalah penyerahan
Setelah terkumpul semua usaha
Keputusasaan adalah penyerahan
Setelah semua usaha dianggap sia-sia





Jauh di sudut hatiku.

"aku mencintai mu kerana agamamu, jika hilang nilai agama dalam dirimu, maka hilang juga lah rasa cintaku padamu"

"aku menghormati mu kerana sifat malumu, jika hilang sifat malu dalam dirimu, maka hilang juga lah rasa hormatku pada mu"

"aku mengagumi mu kerana sifat rendah dirimu, andai kata hilang sifat itu, maka turut hilang jugalah rasa kagumku padamu"


Kang abik' poem

Sekalipun cinta telah kuuraikan 
dan ku jelaskan panjang lebar
Namun ketika cinta ku datangi 
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih tenang
Sementara pena
begitu tergesa-gesa menuliskan

Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai pada cinta
Dalam menguraikan cinta
akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai berbaring dalam lumpur
Cinta itu sendirilah yang mampu menerangkan cinta

~ketika cinta bertasbih~


Istiqamah vs Futur

"futur adalah satu penyakit yang amat berbahaya. jangan sesekali antum menjadi futur dalam apa jua keadaan. Andaikata sekali antum futur (terputus) dari pegangan dan prinsip yang antum pegang, nescaya satu persatu bala yang akan menimpa diri antum."

~Kebenaran kata-kata itu jelas ternyata. Futurnya sebuah perjuangan mengakibatkan sumbingnya sebuah perjalanan~

Kata2 Kak Aisyah masih terngiang2 di telingaku. Sayup...

Aku masih lagi duduk di sudut bilik sambil membelek2 buku nota yang aku gunakan sewaktu usrah satu ketika dulu.

"Ari, harus ingat, walau apa pun yg Ari lakukan, jangan pernah sesekali futur pada pegangan hidup. 
Tiada apa yang baik akan berlaku andai yang haram dan yang halal dicampur adukkan menjadi satu."

"Tiada akan berkesan sebuah dakwah andai perkara lagha jadi landasan."

"Andaikata nasihat mu tidak memberi apa kesan pada orang yang kamu nasihatkan, maka periksalah dirimu terlebih dahulu, mungkin ada kekurangan yang harus diperbaiki."

Aku termangu tatkala kata2 itu menusuk hebat kedalam hatiku. 

Benar, seseorang itu bukan dilihat melalui kepetahanannya berkata2, tapi dari keperibadiannya yang mulia.

Kak Aisyah, ketegasannya jelas tergambar melalui tingkah lakunya.
Aku sering berazam ingin jadi sepertinya, punya aura yang kuat. Tanpa perlu bersuara, hanya dengan pandangan, segala maksud yang tersirat dlm fikirannya jelas tergambar di matanya. 

Namun aku masih belum mampu jadi sepertinya, Istiqamahnya Kak Aisyah membuatkan aku kagum. Baginya sebuah perjuangan itu tiada titik hentinya. Pun begitu aku masih lagi berazam utuk jadi sepertinya.


Pernah satu ketika itu, sebelum pulang dari usrah, tatkala bersalaman, Kak Aisyah menggenggam erat tanganku, sambil tersenyum dia menenpuk2 bahuku lalu berkata

"Mantap!!"

Aku tercengang, bingung dengan apa yang cuba disampaikan oleh Kak Aisyah. Belum sempat aku bertanya, Kak Aisyah lantas memelukku lalu membisikkan sesuatu ketelingaku

"Ari, Istiqamah itu penting dalam setiap perkara yang kita lakukan. There is something in you!! Kuncinya jangan pernah futur dari amalan harian, Andaikata Ari menjaga semuanya, InsyaAllah.... You'll be somebody. Mantap di hari kelak."

pengajaran yang aku dapat;- 

-If you want to make a changes, you have to change first

-istiqamah dalam setiap perkara baik ianya sekecil2 perkara. 

-jangan pernah futur dari prinsip hidup

-yang batil tidak mungkin selari dgn yang haq, tidak mungkin dakwah akan berkesan dalam sebuah kemungkaran.



nota kaki:
perlu banyak belajar perbaiki diri sendiri terlebih dahulu





Erti sebuah pencarian

"apa sebenarnya yang kamu cari dalam kehidupan ini?"

Aku mencari sebuah kebenaran
Aku mencari sejalur ketulusan
Aku mencari secebis keikhlasan

Pencarian ini bukan satu agenda yang mudah
Tertutur mungkin usai, 
Terlaksana belum tentu

Demi sebuah pencarian
Satu per satu langkah diatur
Adakalanya sumbang
Adakalanya sumbing

"Adakah langkah yang sumbang bisa dijadikan panduan?"

Biar langkah itu sumbang
Agar bisa jadi pedoman
Bukankah pengalaman itu pintu kematangan?
Dan cabaran itu pintu kejayaan?

Tersenyumlah dengan indah
Demi sebuah perjalanan yang berkah
Demi sebuah pencarian nan mawaddah

Andai kemenangan itu  tidak hadir kini
Tidak bererti ia tidak bakal muncul lagi
Berpegang pada satu landasan
Yang Haq tetap menongkah kebenaran
Yang batil terus tenggelam kelemasan

..........................................................

5.10.11

Pilihan....

"Sekiranya datang lamaran dari seseorang yang baik-baik kepadamu dan kamu menolaknya, maka tunggulah bencana yang bakal menimpamu"

"bukan bermaksud untuk menolak, jauh sekali terlintas dihati, dan juga tidak menyatakan persetujuan kerana belum mendapat ketetapan hati"

"jadi, sebaiknya kamu beristikarah terlebih dahulu. Mungkin kamu akan mempertemukan ketetapan dihatimu."

"bagaimana pula jika bukan ini yang terbaik bagiku?"

"sekiranya jika ini bukan yang terbaik bagimu, maka Allah lebih tahu segalanya, dan Dia juga yang akan membantumu untuk membuat keputusan, namun begitu, sekiranya kamu mencari yang lebih baik dari apa yang datang kepadamu kini, maka kamu harus terlebih dahulu menjadi yang terbaik."

"sesungguhnya perjalanan hidup itu tidak semudah yang disangka, kita tidak pernah menyangka kenapa setiap kejadian itu berlaku kepada kita. Siapa sangka, rupa-rupanya, ada sesuatu yang menanti disebalik setiap keputusan."

"Tapi sebaik-baiknya, berilah jawapan secepatnya. Sama ada kamu menerima atau menolak. Andaikata kamu menolak, maka jangan ditangguhkan jawapan itu, takut dia akan menyangka kamu meberi harapan kepadanya."

"InsyaAllah, semoga hati ini ditetapkan pendirian, dan semoga diri ini mudah menemui jawapan"

3.10.11

Great fullness

Knowing you is the great thing that ever happen in my life!!!
You had thought me a lot.
You thought me how be more patient, 
how to be more tolerate, 
how to be a good sister, 
how to be more empathy with people, 
how to reduce my egos, 
how to be not too dominant,
how to be not too freaking control  

The most important thing, I've learnt how to be pleased with every single thing that happen to me. 

How great Allah organized the good path for each of mankind to learn and educate themselves. 

  

Do what you say!!

"if you want to change the situation, you need to change first!!"

I do agree with these phrase, it is impossible to make any changes if we don't change ourselves. So, in a simple words, do what you say!! 

23.8.11

Adik-adikku sayang....


Dua orang budak nakal yang sentiasa mewarnai hidupku. Keletah mereka sentiasa membuatkan aku tak pernah berhenti belajar untuk menjadi seorang kakak yang sempurna buat mereka.

Banyak hal yang aku belajar sepanjang menjadi kakak mereka. Mungkin aku bukan kakak yang sempurna, namun aku mecuba untuk menjadi yang terbaik. 

Gambar ini diambil sewaktu hari convocation aku pada 30 July 2011.


Entah mengapa, malam ini tatkala aku membelek2 gambar2 yang diambil ketika convo tempoh hari, hati aku tersentuh melihat gambar mereka berdua. Tersentuh tatkala melihat senyuman yang terukir diwajah mereka. Luluh hatiku melihat mereka masih lagi mampu senyum walhal ada yg tidak sempurna pada hari kejadian. 

~I Love both of you my dear brother and sister~


22.8.11

Expo!!!!

Khamis....
Jumaat...
Sabtu....
Ahad....
Isnin....

Pejam celik pejam celik, dah lima hari rupanya aku ada kat sini. Dari hari pertama sampai, hingga la ke hari ini, semua kerja menyusun atur kanopi, meja, ampaian serta stok2 barang, dilakukan oleh kami adik-beradik serta seorang pembantu. Kami cuma bertiga, dengan tenaga kerja yang terhad mungkin ianya menjadi satu kekangan untuk segala gerak kerja disiapkan dengan pantas. Namun begitu, ianya bukan lah satu alasan untuk aku dan adik mengalah. 

Setelah bertungkus lumus hampir tiga hari, hamdillah segala kerja mengatur barang selesai dilaksanakan. Bahkan, sudah ada barang2 yang laku terjual. Pada awalnya aku agak gusar dengan sambutan pengunjung2 di kawasan ini. Hal ini disebabkan disini, taraf kehidupan mereka agak sederhana kalau nak dibandingkan dengan taraf hidup di Kuala Lumpur. Sedangkan barang2 yang aku bawa semuanya berkualiti. Bagaimana aku ingin menjual barang2 dengan harga yang tinggi. Kalau di Kuala Lumpur, sehelai baju melayu  yang dijual dengan harga RM40 adalah satu perkara biasa. Namun disini, harga sebegitu ternyata terlalu mahal bagi penduduk disini. Jadi, aku perlu membuat semula kira-kira agar harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah hingga merugikan aku.

Hamdillah, setelah segala perkiraan dibuat, dan harga yg berpatutan telah ditetapkan, sambutan pengunjung disini ternyata memberansangkan. Walaupun pada awalnya pengunjung yang datang tidak terlalu ramai, akibat beberapa  kekangan, contohnya hari yang sentiasa hujan, masih ramai yang bekerja dan yang paling penting mereka belum terima gaji. (highlight yg gaji sebab itu yang penting).

Apa yang buat aku teruja dengan expo kali ini adalah, ini adalah expo yang julung2 kali diuruskan secara total oleh ku. Kalau sebelum2 ini, aku hanya bertindak sebagai pembantu sahaja kerana hal2 lain telah pun diuruskan oleh mama, namun kali ini segala urusan dilaksanakan secara sendiri. Berdebar juga aku bila mengahadap segalanya sendiri. Kerana ini merupakan satu ujian bagi menilai tahap kecekalan aku dan sebagai satu titik mula bagi aku untuk membuktikan yang aku mampu berdagang setelah sekian tahun aku belajar dengan ramai orang.

Apa2 pun aku harap expo kali ini berjalan dengan lancar hendaknya.  Aku harap agar sambutan orang ramai menjadi lebih galak bila semakin hampir dengan hari raya. 

bersambung......

16.8.11

Menyingkap sebuah ketulusan didalam kehidupan adalah sesuatu yang 


sukar..


Kerana hati manusia sentiasa akan diselubungi dengan bayang-bayang 


hitam..


Bila mana sebuah bayangan menjadi kelam, tidak akan terlihat


apa yang terhampar dihadapan..


Maka, beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya..


Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya....~








Kemanisan dalam kepahitan

"Tanpa menghirup segelas kepahitan, mana mungkin kita akan menghargai secangkir kemanisan"

Begitu lah ungkapan yang terlintas difikiran ku tatkala aku merenung kembali hari2 yang telah  aku lalui selama setahun ini. Terlalu banyak peristiwa2 yang berlaku sepanjang setahun aku bergelar graduan.

Sungguhpun aku telah berjaya menamatkan pengajian, namun bagiku, sebagai seorang yang masih mentah dalam arena kehidupan ini, masih banyak yang harus aku pelajari, lebih2 lagi apabila menyingkap soal mempelajari bagaimana menilai sesebuah kejadian dan bagaimana hendak mengambil hikmah disebalik sesuatu kejadian itu.

Untuk mengambil hikmah disebalik sebuah kejadian itu bukanlah satu perkara yang mudah, bahkan aku acapkali mengeluh dan menyalahkan takdir kerana meratapi nasib diri yang malang. Pun begitu, tanpa aku sedar, pengalaman yang aku lalui tadi lah sebenarnya yang mematangkan aku dan membantu aku agar menjadi lebih dewasa dalam menghadapi sesebuah persoalan.

Mungkin aku tidaklah terlalu sempurna untuk berbicara mengenai hikmah sesebuah peristiwa kerana jujur aku katakan, yang aku sendiri juga acapkali mengeluh apabila diunjurkan dengan pelbagai permasalahan yang kadang2 tidak termampu untuk aku hadapi. 

Sungguh pun begitu, peristiwa2 ini juga lah yang mematangkan aku, juga membantu aku untuk mengenal hati budi orang disekeliling aku.
Banyak yang aku peroleh selama setahun ini. dan pengalaman setahun ini juga lah yang berjaya membuka mata aku seluas2 nya. Kesedaran hinggap di dalam jiwa sehinggakan aku akhirnya dapat membezakan antara hitam dan putih kehidupan. Tanpa aku sedar, sepanjang setahun ini jugalah aku belajar menyingkap nilai2 keikhlasan dan kesabaran. 


Benar kata orang, cabaran di alam remaja tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan cabaran di alam dewasa. Aku kira, aku sudah cukup berhati2 mengatur langkah agar tidak tersadung lagi, rupanya2 jalan yang dilalui tidak sama likunya, malah lebih hebat lagi cabarannya. Bahkan aku acapkali juga tersadung dan terus tersadung hingga akhirnya aku sedar, setiap perjalanan ada cabarannya tersendiri. Yang penting, kesedian diri sama ada sudah bersedia atau belum untuk mengharunginya. 


Mungkin apa yang aku lalui sepanjang setahun ini banyak pahitnya, namun, aku tidak pernah kesal kerana walau sepahit mana peristiwa yang aku lalui, aku bersyukur kerana aku dapat menikmati kemanisan pengalaman. Dan kini aku lebih celik untuk menilai sebuah kehidupan berbanding sebelumnya.

12.8.11

Sharing is caring

"Bukan cinta yang buta, tapi orang yang bercinta itu tidak bermata kerana mata hati telah tersumbat dek kerana asyik dibuai khayalan cinta"

Maka frasa yang tepatnya ialah, orang yang bercinta itu BUTA.

"Bercinta tidak salah, tapi orang bercinta itu banyak melakukan kesalahan kerana terhanyut di dalam khayalan dunianya sendiri"

Setepatnya boleh dikatakan orang bercinta itu BERSALAH.
(bersalah sekiranya tidak berlandaskan jalan yang dibenarkan. Kerana orang yang bercinta tanpa berlandaskan jalan yang betul selalu melakukan kesalahan.)

10.8.11

Membuat keputusan....???

Tiada siapa tahu apa yang dirancang Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di langit dan bumi. Dan sudah pasti juga, aku sendiri tidak tahu apa yang dirancang olehNya untukku. Namun yang pasti hatiku semakin berdebar2 menunggu tibanya detik yang dinantikan. Walaupun pada luarannya aku tekad untuk meneruskan apa yang telah aku pilih. Pun begitu, pada dasarnya masih tersembunyi detak-detak kegusaran. 

Soalan yang sering bermain difikiran: 
"adakah keputusan yang aku pilih ini merupakan satu pilihan yang tepat bagiku?". 
Aku sendiri masih belum bisa menjawabnya. 

Namun begitu, keraguan itu sama sekali tidak menghalang aku untuk meneruskan perjalanan yang telah aku pilih. Bagiku, kita tidak akan pernah tahu apa yang menanti kita di setiap persimpangan. Cuma yang pasti, kita harus tetap melangkah untuk menyempurnakan sebuah perjalanan. Perjalanan yang akan membawa kita menuju ke destinasi yang kita impikan.

Awalnya, ianya nampak mustahil bagi aku untuk meneruskan apa yang telah aku rancang. Dan kerana kekangan2 itu juga, aku hampir2 membatalkan niat asalku. Pun begitu, tanpa aku sangka satu demi satu kekangan dapat diatasi. Hal ini, menjadikan hatiku bertambah tekad untuk meneruskan hajatku.

Syukur, hari yang dinantikan semakin hampir, tinggal beberapa perkara lagi harus diuruskan sebelum segalanya diteruskan. Walaupun hanya tinggal beberapa perkara saja, namun aku tetap juga gementar kerana aku tidak tahu apa yg bakal mendatang. Segalanya mungkin.... Aku cuma boleh berharap agar segalanya dipermudahkan.


Dia lebih Tahu.


Bila kau memandang seglanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang mnjadikan sakit hatimu
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia. 
Yang membuat keinginan mu terhalang
serta menyusahkan hidupmu.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah
 yang selalu lebih lunak &
 lebih mudah untuk dekat &
lebih akrab dengan NYA.

Pintaku Ya Allah


Ya Allah 

gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, 

dan jadikan kesenangan itu awal kebahagian, 

dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram . 

Ya Allah 

dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, 

dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan. 

Semoga jiwa dan ragaku di jalan Mu Ya Allah.


Aamiin.

•♥• Rintihan Dari Seorang Hamba •♥•

Ya Allah,

Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.


Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.


Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,


Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam 


melayani kehendakMu.


Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara 


yang menimpa.


Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang 


berjihad,


hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,


Berikanlah berita gembira buatku,


dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang 


menimpa.


Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami


hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,


Jadikanlah aku hambaMu,


yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau 


kurniakan.


Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan


hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.

Ya Allah,


Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan 


padaku.


Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar 


ini.


Pimpinlah aku menjadi JUNDULLAH YANG BAIK BUDI 


SERTA AKHLAKNYA.


Ya Allah,


Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.


Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat....