22.8.11

Expo!!!!

Khamis....
Jumaat...
Sabtu....
Ahad....
Isnin....

Pejam celik pejam celik, dah lima hari rupanya aku ada kat sini. Dari hari pertama sampai, hingga la ke hari ini, semua kerja menyusun atur kanopi, meja, ampaian serta stok2 barang, dilakukan oleh kami adik-beradik serta seorang pembantu. Kami cuma bertiga, dengan tenaga kerja yang terhad mungkin ianya menjadi satu kekangan untuk segala gerak kerja disiapkan dengan pantas. Namun begitu, ianya bukan lah satu alasan untuk aku dan adik mengalah. 

Setelah bertungkus lumus hampir tiga hari, hamdillah segala kerja mengatur barang selesai dilaksanakan. Bahkan, sudah ada barang2 yang laku terjual. Pada awalnya aku agak gusar dengan sambutan pengunjung2 di kawasan ini. Hal ini disebabkan disini, taraf kehidupan mereka agak sederhana kalau nak dibandingkan dengan taraf hidup di Kuala Lumpur. Sedangkan barang2 yang aku bawa semuanya berkualiti. Bagaimana aku ingin menjual barang2 dengan harga yang tinggi. Kalau di Kuala Lumpur, sehelai baju melayu  yang dijual dengan harga RM40 adalah satu perkara biasa. Namun disini, harga sebegitu ternyata terlalu mahal bagi penduduk disini. Jadi, aku perlu membuat semula kira-kira agar harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah hingga merugikan aku.

Hamdillah, setelah segala perkiraan dibuat, dan harga yg berpatutan telah ditetapkan, sambutan pengunjung disini ternyata memberansangkan. Walaupun pada awalnya pengunjung yang datang tidak terlalu ramai, akibat beberapa  kekangan, contohnya hari yang sentiasa hujan, masih ramai yang bekerja dan yang paling penting mereka belum terima gaji. (highlight yg gaji sebab itu yang penting).

Apa yang buat aku teruja dengan expo kali ini adalah, ini adalah expo yang julung2 kali diuruskan secara total oleh ku. Kalau sebelum2 ini, aku hanya bertindak sebagai pembantu sahaja kerana hal2 lain telah pun diuruskan oleh mama, namun kali ini segala urusan dilaksanakan secara sendiri. Berdebar juga aku bila mengahadap segalanya sendiri. Kerana ini merupakan satu ujian bagi menilai tahap kecekalan aku dan sebagai satu titik mula bagi aku untuk membuktikan yang aku mampu berdagang setelah sekian tahun aku belajar dengan ramai orang.

Apa2 pun aku harap expo kali ini berjalan dengan lancar hendaknya.  Aku harap agar sambutan orang ramai menjadi lebih galak bila semakin hampir dengan hari raya. 

bersambung......

Tidak ada komentar: