10.8.11

Membuat keputusan....???

Tiada siapa tahu apa yang dirancang Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di langit dan bumi. Dan sudah pasti juga, aku sendiri tidak tahu apa yang dirancang olehNya untukku. Namun yang pasti hatiku semakin berdebar2 menunggu tibanya detik yang dinantikan. Walaupun pada luarannya aku tekad untuk meneruskan apa yang telah aku pilih. Pun begitu, pada dasarnya masih tersembunyi detak-detak kegusaran. 

Soalan yang sering bermain difikiran: 
"adakah keputusan yang aku pilih ini merupakan satu pilihan yang tepat bagiku?". 
Aku sendiri masih belum bisa menjawabnya. 

Namun begitu, keraguan itu sama sekali tidak menghalang aku untuk meneruskan perjalanan yang telah aku pilih. Bagiku, kita tidak akan pernah tahu apa yang menanti kita di setiap persimpangan. Cuma yang pasti, kita harus tetap melangkah untuk menyempurnakan sebuah perjalanan. Perjalanan yang akan membawa kita menuju ke destinasi yang kita impikan.

Awalnya, ianya nampak mustahil bagi aku untuk meneruskan apa yang telah aku rancang. Dan kerana kekangan2 itu juga, aku hampir2 membatalkan niat asalku. Pun begitu, tanpa aku sangka satu demi satu kekangan dapat diatasi. Hal ini, menjadikan hatiku bertambah tekad untuk meneruskan hajatku.

Syukur, hari yang dinantikan semakin hampir, tinggal beberapa perkara lagi harus diuruskan sebelum segalanya diteruskan. Walaupun hanya tinggal beberapa perkara saja, namun aku tetap juga gementar kerana aku tidak tahu apa yg bakal mendatang. Segalanya mungkin.... Aku cuma boleh berharap agar segalanya dipermudahkan.


Tidak ada komentar: