16.8.11

Kemanisan dalam kepahitan

"Tanpa menghirup segelas kepahitan, mana mungkin kita akan menghargai secangkir kemanisan"

Begitu lah ungkapan yang terlintas difikiran ku tatkala aku merenung kembali hari2 yang telah  aku lalui selama setahun ini. Terlalu banyak peristiwa2 yang berlaku sepanjang setahun aku bergelar graduan.

Sungguhpun aku telah berjaya menamatkan pengajian, namun bagiku, sebagai seorang yang masih mentah dalam arena kehidupan ini, masih banyak yang harus aku pelajari, lebih2 lagi apabila menyingkap soal mempelajari bagaimana menilai sesebuah kejadian dan bagaimana hendak mengambil hikmah disebalik sesuatu kejadian itu.

Untuk mengambil hikmah disebalik sebuah kejadian itu bukanlah satu perkara yang mudah, bahkan aku acapkali mengeluh dan menyalahkan takdir kerana meratapi nasib diri yang malang. Pun begitu, tanpa aku sedar, pengalaman yang aku lalui tadi lah sebenarnya yang mematangkan aku dan membantu aku agar menjadi lebih dewasa dalam menghadapi sesebuah persoalan.

Mungkin aku tidaklah terlalu sempurna untuk berbicara mengenai hikmah sesebuah peristiwa kerana jujur aku katakan, yang aku sendiri juga acapkali mengeluh apabila diunjurkan dengan pelbagai permasalahan yang kadang2 tidak termampu untuk aku hadapi. 

Sungguh pun begitu, peristiwa2 ini juga lah yang mematangkan aku, juga membantu aku untuk mengenal hati budi orang disekeliling aku.
Banyak yang aku peroleh selama setahun ini. dan pengalaman setahun ini juga lah yang berjaya membuka mata aku seluas2 nya. Kesedaran hinggap di dalam jiwa sehinggakan aku akhirnya dapat membezakan antara hitam dan putih kehidupan. Tanpa aku sedar, sepanjang setahun ini jugalah aku belajar menyingkap nilai2 keikhlasan dan kesabaran. 


Benar kata orang, cabaran di alam remaja tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan cabaran di alam dewasa. Aku kira, aku sudah cukup berhati2 mengatur langkah agar tidak tersadung lagi, rupanya2 jalan yang dilalui tidak sama likunya, malah lebih hebat lagi cabarannya. Bahkan aku acapkali juga tersadung dan terus tersadung hingga akhirnya aku sedar, setiap perjalanan ada cabarannya tersendiri. Yang penting, kesedian diri sama ada sudah bersedia atau belum untuk mengharunginya. 


Mungkin apa yang aku lalui sepanjang setahun ini banyak pahitnya, namun, aku tidak pernah kesal kerana walau sepahit mana peristiwa yang aku lalui, aku bersyukur kerana aku dapat menikmati kemanisan pengalaman. Dan kini aku lebih celik untuk menilai sebuah kehidupan berbanding sebelumnya.

Tidak ada komentar: