28.3.10

Book Fair.....

Bismillah......

Adapun nak dijadikan cerita, hari jumaat yg lalu (26.3.10), aku dengan adik aku pergi ke pesta buku kat PWTC. kitorang teruja sangat bila sampai kat sana. Rambang mata jadinya bila tengok banyak sangat buku2 yang ada kat sana. Dari mana aku nak mula dulu ni ye? tingkat bawah ke atas, ataupun dewan Tun Razak. argh.... dah la masa terhad. kitorang sampai 4.30. pukul 8 dah kene masuk kerja. hish, mana cukup nak ronda satu pesta buku ni.

Tanpa melengahkan walau sesaat masa, kitorang pun pergi cari buku yang diidam2kan selama ni. Destinasi pertama kitorang ialah PTS publisher. Adik aku la, sibuk sangat nak cari buku Dear Yayah, karya Farihah Iskandar. Belek punya belek, sekali dia bawak mari 7 buku.
"haah... cukup ke bajet yg mama bagi?"
boleh ke dia dengan selambernye menjawab, "hehehe.. pakai duit kakak dulu leh tak?"
hmm nak tak nak, kene la bagi. tak pasal2 je aku kene pau dengan adik sendiri. abis lah bajet buku aku.

sebenarnye, sebelum aku datang pesta buku ni, aku dah bajet nak beli kurang2 10 buku. penat tau kompol duet. alik2 belum pape lagi dah kene pau. hmmm....

setelah adik aku selesai membeli buku2 nyer, sekarang tibalah giliran aku pula yang mengganas.(dasyat tol metafora yang aku guna). takde lah. masa dah tinggal kurang 1 1/2 jam je lagi. mane sempat nak pergi dua tiga publisher. so aku ambil keputusan untuk cari buku kat tempat yg sama dengan adik aku. sedang ligat mata aku menelaah buku2 yang ada, tetiba aku ternampak buku yang aku cari2. sebenarnya buku ni aku x tau publishernye sape. tak tau la pulak nasib menyebelahi aku kali ni, tak payah penat2 nak cari. Buku yg menjadi perhatian aku ialah, Yakjud dan Makjud, dan Alexander adalah Zulkarnain, karya Muhammad Zulkarnain. buku ni jadi target aku, sebab aku dah pernah terbaca sinopsisnye dlm blog sorg member ni. menarik. tu lah sebabnye aku nak sangat buku ni.

Dua buah buku dah ada dalam tangan. 8 lagi mahu mari... hehhe
Aku terus ligat mencari-cari. kalau aku ingat kembali gelagat aku hari tu, boleh ketawa sendiri jadinye. mana tak nye, speed eku mencari buku bukan macam orang2 yang ada kat sana. orang lain cari buku pelan2, belek satu2. aku. pusing2 berenti, tgk2 letak balik. adik aku pun naik pelik tgk aku. dia pun dah senyum sumbing je kat tepi kaunter tu.

satu persatu buku aku campak (letak) dalam bakul yang disediakan. akhirnya setelah penat memilih, kaki pun dah lenguh, (cukup kot ni) aku pun pergi la kat kaunter pembayaran. punye lah aku x check balik buku2 yg aku pilih tadi. main letak je kat atas kaunter tu. sekali lebih target daaa....
13 buku!!!! cukup ke duit aku ni. tadi dah kene pau, mesti x cukup ni....
mata aku pun tertumpu kat screen mesin duit.... saja nak standby, kalau lebih limit, aku suruh je casher tu stop scan. casher tu lak macam tau je ape yg aku fikir, dia sempat lagi nak menyakat aku "shopping sakan nampak kak, macam dah standby bajet je... hehhe" boleh dia sengih2 lak. aku dah menggelabah dah ni. scan je lah buku tu.

aku dah agak dah. memeng x cukup bajet. bukan aku xnak stop casher tu, tapi semua buku yg dia scan tu aku rasa penting. last2 over bajet. mne nak korek duit cik kak oii.. time2 aku tgh resah tu, boleh pulak mata aku terpandang satu promotion ni, (Student yg ade student card dapt diskaun 30%) sepantas kilat aku terus membelek dompet aku, mne la tau kau terbawa kad metrik, sebab seingat aku, kad tu aku gantung kat dalam keta je. belek punye belek... treng teng teng... ada rupanya. nasib baik... aku pun ape lagi, sambil tersenyum macam kerang busuk, terus hulur kad metrik berserta duit tunai. ( tak perlu la nak sebut jumlah kat sini). keching...keching... casher tu pun menghulurkan semula baki+resit+kad. baki yg aku dapat balik pun 50 sen je.. Nasib baik cukup, kalau tak mesti malu punye...kene cancel buku2 yg x penting sangat. (hakikatnye semua buku yg dibeli tu penting2 belaka) kalau nk beli kat luar mesti mahal.

Akhir kata, pesta buku ni setiap tahun makin meriah. aku harap sangat pesta buku ni terus diadakan n sering diadakan (lebih dari 2 kali setahun). baru lah puas pembeli2 macam aku ni beli buku. huhuhuhu

Aku gembira walaupun duit habis. (Nasib baik ada transport sendiri, kalau tak mesti pergi kerja menapak jalan kaki)

24.3.10

Explorace yg sungguh formal+seronok+menyakitkan hati

minggu ni merupakan "language week". so macam2 lah aktiviti yang diadakan oleh CEL (Center of Languange). Antaranya, pertandingan karoke, deklamasi sajak, pidato spontan, tilawah Al-quran, Explorace, and banyak lagi la.

dan hari ni, secaara tidak sengajanye, aku masuk pertandingan Explorace. last minit registration. pada mulanya, group explorace ni utk bebudak SRC jer, tapi dah tak cukup orang, dan aku pula yang tgh bertegek kat SAR (saje menyibuk kat situ) dipelawa lah join sekali bagi menyukupkan anggota. mase si Syafiq ajak, aku terkejut lah. giler ke, mne la aku bawa baju sukan. tak kan lah aku nak berlari2 dengan baju kurung yang aku tgh pakai. then, lepas bernegosiasi sesama bebudak dlm bilik tu, dan dikomfimkan lagi dengan si Wafa, (pun masuk pakai baju kurung juga) aku pun setuju. dah la baju kurung yg aku pakai ni semata2 untuk interview yg sepatutnya ade hari ni, tapi di postpone kan. xpe lah, kalau tak seronok sekarang, nak seronok bile lagi kan. boleh lah aku exercise sekali.

group2 yg lain, semuanya macam dah ready dgn baju sukan masing2. tapi group SRC ni lain pula ceritanya, yang si Syafiq dan si Arip je betul2 mcm nk bersukan, yg lain semua pakai baju yg sedia ada kt badan je. so nak dijadikan cerita, antara banyak2 group, group kitorang lah yang paling formal and elegance sekali. baju kurung, kemeja, slack, kasut kulit. dah nampak macam executive. (sebelum pertandingan la)

setelah, diberi taklimat, permainan pun dimulakan. 1....2.....3.....MULA!!!!!! maka berpusu2 lah semua orang berlari menuju check point yg pertama. aku pun ape lagi, lari la sekali. (fuh...banyangkanlah, berlari dengan memakai baju kurung yg ditempah khas). setiap check point, ada peristiwa menarik. yang paling aku ingat, mase kitorg kene menari tarian india, susun perkataan tamil, berlakon babak romeo n juliet, dan yg paling lucu mase si Pali kene makan 3 biji buah sorg2. sampai licin buah2 tu di makannye. (Pali2, makan ke telan).

setelah merentasi, semua check point, akhirnya ktorg pun sampai kat check pint terakhir dimana kitorg kene main galah panjang. dalam seronok2 tu, tetiba berlaku satu kemalangan, one of our member group tergelincir and terseliuh. kesian kat dia. kene lah bawak pegi hospital. ye la takut ape2 jadi pula kat kaki dia.

overall, aktivity explorace tu mmg menyeronokan. fun sgt2. cuma ada satu perkara je yg mematahkan semanagt kesukanan aku. sebenarnya kami group yg permata sekali sampai kat check point terakhir. so kalau nk ikutkan kami dah menang la. tetiba sir kate ade satu soklan terakhir untuk menentukan sape yg menang. rase macam tak adil je, tapi ok la, soalan pun soalan la. yang jadi tak puas hati tu bila mase soklan ditanyakan, ade la sorg lecture ni pegi bisikan jawapan kat satu group ni, and dorg jawab betul. so sure2 lah dorg jadi pemenang pertama.(walaupun kitorg sampai dulu). and kitorg dpt no 2. ok la, menang la juga. cuma aku macam nak sound je lecture tu. GAME NI UNTUK STUDENT, SO BIAR JE LA STUDENT YANG JAWAB. TAK PAYAH SEBOK-SEBOK NAK BAGI JAWAPAN. "CHEATER"!!! MEROSAKAN SEMANGAT KESUKANAN BETUL!!

Kalau tak fikirkan pasal tu. kitorg mmg enjoy sangat. boleh dikatakan 1st time la kolej betul2 meriah macam tadi. so enjoy!! overall MANTOP!!

22.3.10

Gaduh? part 2

bile berckp tentang coupling, rasenye aku dah pernah tulis kat entry aku mula2 dulu, kalau x salah 2nd entry ke 3rd entry mcm tu. pada pandangan aku la kan, kes kawan aku sorg ni, bukan sebab dia xleh nk fikir secara waras, tetapi, mata hati tu yg kabur. bila kita mula dengan langkah yang salah, susah untuk kita berakhir dengan langkah yang betul melainkan kita berusaha sedaya-upaya untuk membetulkan langkah kita.

lagi pun aku tak rasa coupling ni merupakan satu cara yg baik untuk kita sebagai org Islam. dalam Al-quran pun x pernah sebut tentang pasangan sebelum kawin. memang betul, sebelum kawin kita kene kenal dlu pasangan kita, tapi tak bermakna kena bercouple. yang kelakarnye, ada yg sampai couple 5 6 thn, x cukup2 kenal lagi ke? hmm mungkin ni lah punca2 pergaduhan dalam hubungan berkapel2 ni. sebab dah terlalu kenal sangat ditambah lagi dengan perhubungan yang tidak kena pada landasan yang benar. so makin teruk lah jadinya.

lagi satu berbaloi ke nak gaduh2 sebelum kawin? dia siapa, kita siapa. apa hak masing? masih belum jelas semua tu. so apa lah sangat yang nak digaduhkan? xde makne pun. lain lah kalau dah kawin, tu dah masuk cerita lain la. masing2 perlu saling tegur mengur, saling menasihati, berbalah tu satu perkara biasa, name pun baru nak menyesuaikan diri dengan pasangan masing2. tapi jangan sampai terlebih sudah lah. (upps terlebih sudah) pape hal pun lebih baik berkapel lepas kawin, lebih berkat. gaduh2 pun, bermakna.

wassalam

21.3.10

Gaduh? part 1

salam...
hari ni aktiviti semunya macam biasa hingga lah ade sorg member aku ni dtg kat aku. dia kate dia sedih, nak borak dgn aku kejap. so aku pun spend la mse dgn dia. sebenarnya sebelum dia start buka mulut lagi aku dah agak mesti dia nk cerita pasal boyfriend dia. dan jangkaan ku mmg tepat. mmg dia nk cerita mengenai boyfriend dia pun. aku pun jadi lah pendengar setia.

berckp tntg kawan aku sorg ni, aku sbnrnye kesian dgn dia. x abis2 bermasalah dgn bf dia. masalahnye kdg2 bukan nye besar sgt pun, tapi mesti nk gaduh juga. kadang2 aku heran, dah gaduh2 macam tu pun dia ttp ckp dia syg. Agaknye ni lah yg di katakan cinta itu buta. uups bukan cinta yg buta, tp org yg bercinta tu yg xde mata. hehehe. (opps panas gitu)

hmm bila difikirkan balik, mcm mne dia leh tahan dgn bf dia yg panas baran mcm tu. ade masalah sket je nk melenting. kadang2 pening pula aku nk fikir pasal tu. (knp pula aku yg kene pening ni). sebenarnya salah dia juga, knp xnak fikir secara waras. boleh je kan. pegang pada satu pendirian. xkan nk mengalah je kot. umur masih muda. peluang masih ada, bukan ada satu kumbang je dalam dunia ni. hari2 gaduh pun x elok juga. pointnye kat sini, mesti buat pilihan yg tepat

ada juga aku nasihatkan dia. cuba ubah haluan. jangan tertumpu pada satu sudut pandang je. last2 aku juga yg kena balik. "ko tak paham Jay, ko tak rasa ape yg aku rasa. Aku syg kat dia, cuma kadang2 perangai dia tu buat aku sakit hati". hmm sabar je la kan.

pointnye kat sini, knpe? knpe mesti nk berdrama? kalau syg then trima je lah serba serbi. tak perlu nk mengadu sana mengadu sini. kalau dah fed up, then cri je la org lain. perlu ke nak jadi mangsa keadaan pula. macam sinetron. tak mahu, tapi suka. hmm pelik2

pelik sungguh bila tgk gelagat org yg bercouple ni. jarang sgt aku dgr yg aman. hmmm mne tak nye, jalan pun dah salah, mne nk dtg betolnye. start perhubungan pun dah x betol, nak kecap bahagia jauh sekali.

Mock Meeting


Mock meeting, for Business Communication subject.

Berdebar2 rasa jantung ni sebelum mock meeting. Tak ade idea mcm mne nk susun ayat. "Corporate Style" sentences. huh, berpoloh dahi. But, not bad. we did it.

Group aku wat kajian tentang keberkesanan teknologi solar di Malaysia. Adakah malaysia patut beralih kepada teknologi solar, berbanding dengan teknology yg sedia ada sekarang ni. hasil kajian sebulan lebih aku mengenai "Solar Technology System", akhirnya aku dapat juga menerangkan Strategy pemasaran dan target market dengan lancarnye. Alhamdulillah. Cuma mase aku terangkan, madam tak banyak tanya sangat, kalau member yang lain, bertubi2 dia tanya. persoalannye, adakah dia faham dengan presentation aku thats y dia x tanye, or dia x phm langsung. hehehe (ntah2 aku yg syok sendiri)
xpe2, nnti kite tgk result,

sebenarnya lepas buat kajian pasal solar ni, baru aku sedar sebenarnya teknologi macam ni wajar digunakan di malaysia. lebih2 lagi dikawasan perdalaman. jadi takde lah kite kene toreh sana, toreh sini untuk pasang wiring system untuk pengaliran elektrik. dengan menggunakan teknologi seperti solar ni, kita sebenarnye bukan sahaja dapat menjimatkan pengaliran dana untuk pemasangan kabel2 elektrik, malah kita juga dapat melindungi alam semula jadi dari terus di musnahkan untuk membangunkan kawasan pendalaman.

walaupun ianya memerlukan kos yang agak tinggi, namun kebaikan penggunaan solar dapat kita rasa keuntungannya untuk jangka masa yang panjang. dan kita tidak perlu untuk membongkar timbus tanah untuk menukar kabel2 elektrik di bawah tanah. kos2 seperti itu sebenarnya akan meningkatkan lagi kos kerajaan. dan sekarang ni dah banyak dah aku tengok pihak2 yang cuba mengaplikasikan teknologi ini di kawasan mereka, contohnya uiam, taman teknologi, dan majlis perbandaran selayang. hmm cukup advance. dan aku sendiri dah tengok penggunaan solar untuk system pengcahayaan. sangat menarik dan cantik.

Bingung (bukan bengang)

salam,

wah, tak menyempat2. masuk ni dah entry yg ke-3 aku tulis mlm ni. maklum lah, dah lama tak meulis la katakan, jadi banyak lah perkara nak disebutkan. kali ni aku nak bagi tahu yg aku sebenarnya bingung memikirkan satu masalah ni. sampaikan aku tak tahu nak bagi kata putus yang macam mana.

masalah nya begini:
aku dapat tawaran kerja, perkara ni mmg la sgt2 menggembirakan aku. cuma yang jadi permasalahannye ialah bila aku fikirkan tempat aku ditawarkan kerja ni. kat Kalimantan, jauh tu.. memanglah tawarannya bagus, tapi bila fikirkan tempatnya, hmmm aku terpaksa berfikir berkali2. namun, sampai sekarang pun aku tak dapat kata putus lagi.

yang menjadi persoalannya, mampukan aku menyesuaikan diri kat sana. tapi kalau aku tak ambil peluang ni, aku tak dapat nak belajar sesuatu yang baru. yang pastinya budaya kerja kat sana dengan kat sini memang berbeza, tawaran seperti ini hanya datang sekali seumur hidup. hmm,, harap2 dipermudahkan untuk aku membuat pilihan. Amin.....

kerja?



Alhammdulillah, hari khamis yang lalu, aku dan committee yang lain akhirnya berjaya mengendalikan Appreciation Dinner ni. Congrats to Najihah, she was a good director. walaupun pada awalnya, dia nampak sangat tertekan, maklumlah program terakhir sebelum grad la katakan, of course nk bg yg the best, dinner tu tetap berjalan dengan jayanya. and thanks again to Gha sebab bagi kepercayaan kat aku untuk handle bahagian promotion. dan ini adalah hasil kerja yang aku sendiri tak jangka. Syukur sangat.

kali ni aku dapat projek lain pula. (Alhamdulillah) bila aku fikir kembali, seseungguhanya Allah itu maha Agung. aku sendiri tak pernah menyangka aku kan jadi macam ni. tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku untuk terlibat langsung dengan aktiviti perniagaan ni, apalagi bahagian marketing. sebab pada awalnya, target aku nak ambil bidang lain. tapi dah sampai kesini pula. Subahanallah. sesengguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya.

dan sekarang peluang aku sangat terbentang kat bidang ni. Alhamdulillah, dah masuk tiga tahun juga aku bekerja+belajar. agak stress juga, bila kerja n asignment dtg sekali. huhuhu, tapi kalau dapat selesaikan dua2 sekali, syok juga. huhhuhu. tu yang sampai nak singgah kat blog ni pun tak menyempat2. ish3.
lepas habis projek ni, dapat lah aku rehat sekejap, sambil tu boleh fokus untuk final exam. ...
lepas exam..... cuti... huhuhu, seronoknye.

kemunculan semula

Assalamualaikum.

kalau dihitung, sejak kali terakhir aku menulis kat blog ni, boleh dikatakan hampir setahun juga aku tak singgah dan sentuh blog ni. sebenarnya setiap kali aku ingin berkata2 di blog ni, aku mati kata, adakah kerana tiada idea atau tiada jiwa? hmm aku sendiri pun tak pasti. yang aku pasti, sepanjang hari2 berlalu ini, jadual aku sangat penuh. kalau nak ikutkan, nak tulis blog ni pun aku malas. hehehe



tapi ada satu perkara yg mengganggu perasaan aku dua tiga hari kebelakangan ini. tiba2 aku rasa muncul satu perasaan, perasaan yang pernah muncul satu ketika dulu. aku rasa sangat tak tenang. kenapa ianya muncul di saat begini?



Ya Allah, aku sangat2 lemah bila berhadapan dengan perasaan yang semacam ini. rasanya jiwa ini masih belum cukup ampuh untuk membidas perasaan ini. aku tidak pasti, adakah ianya benar2 satu perasaan yang asli, atau sekadar mainan syaitan yang suka menyesatkan manusia. aku tidak mahu tertipu dengan perasaan aku sendiri, tetapi apalah dayaku untuk melawan perasaan yang membelenggu jiwa ku disaat ini.



kali terakhir aku merasai perasaan seperti ini kira2 4 tahun yang lalu, dalam tempoh itu, aku cuba untuk mengosongkan fikiran ku dari terus diganggu oleh perasaan tersebut. tetapi, pertemuan kedua tempoh hari, telah membuahkan satu perasaan tanpa aku sedari. yang aku tahu setiap kali aku bertemu denganya, aku rasa amat selesa dah gembira, dan setiap kali aku terpandang wajahnya, aku melihat satu pandangan yang padu, yang belum pernah aku lihat pada mana2 insan yang bergelar ADAM. pandangan yang membuatkan aku merasa selamat.



Astarghfirullah... adakah ini hanya permainan musuh anak adam semata2. kenapa aku diduga sebegini berat. sedangkan aku bertemu denganya baru hanya beberapa kali. sedangkan, dengan kawan2 lelaki yang lebih lama aku kenal, tidak pula aku rasa begini. ahhhh beratnya.



apa yang perlu aku lakukan.......

perasaan ini muncul kembali... dan aku masih kalah, tidak mampu untuk menghadapinya...
salahkan diriku???