31.10.10

A moment like this....

What if I told you it was all meant to be
Would you believe me
Would you agree
It's almost that feelin'
We've met before
So tell me that you don't think I'm crazy
When I tell you love has come here now

A moment like this
Some people wait a lifetime
For a moment like this
Some people search forever
For that one special kiss
Ohh, I can't believe it's happening to me
Some people wait a lifetime
For a moment like this

Everything changes
But beauty remains
Something so tender
I can't explain
Well I maybe dreamin'
But 'till I awake
Can we make this dream last forever
And I'll cherish all the love we share

A moment like this
Some people wait a lifetime
For a moment like this
Some people search forever
For that one special kiss
Ohh, I can't believe it's happening to me
Some people wait a lifetime
For a moment like this

Could this be the greatest love of all
I wanna know that you will catch me when I fall
So let me tell you this

Some people wait a lifetime

For a moment like this
Some people wait a lifetime
For a moment like this
Some people search forever
For that one special kiss
Ohh, I can't believe it's happening to me
Some people wait a lifetime
For a moment like this

Ohh!
Like this!

Ohh!
I can't believe it's happening to me!

Some people wait a lifetime
For a moment like this

Ohh
Like this




Because of You...

Because Of You

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself cause my heart so much misery
I will not break the way you did
You fell so hard
I've learned the hard way, to never let it get that far

Because of you
I will never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side
So I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust
Not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake, a smile, a laugh
Every day of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I will never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side
So I don't get hurt
Because of you
I find it hard to trust
Not only me, but everyone around me
Because of you
I am afraid

I watched you die
I heard you cry
Every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry
In the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I will never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side
So I don't get hurt
Because of you
I tried my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you
Because of you

~lagu yg memberi kesan mendalam dalam hidupku~

Because of "you"

Hidup penuh dengan kemungkinan yg tak pernah dijangkakan

Bismillah...

Tanpa sedar, hari ni merupakan hari terakhir bulan Oktober, bermakna penghujung tahun ini dah semakin hampir. Cuma tinggal dua bulan sahaja untuk tahun baru menjelma. Tatkala tahun baru memunculkan dirinya, ketika itu juga lah umur aku akan meningkat setahun lagi.

Memikirkan keadaan ini, aku jadi gusar, apa perancangan aku untuk tahun depan? eh, adakah segala "Master Plan" aku tahun ini telah terlaksana? Bila difikirkan kembali, masih banyak yang belum terkota, masih banyak yang tergendala, kenapa? sedangkan segalanya telah dirancang dan diatur sejak awal tahun lagi.

Bila aku amati semunya, baru aku sedar, banyak perancangan yang aku atur, tapi bila tiba waktu untuk melaksanakannya, segalanya jadi lain... mungkin ada yg berjalan seperti yg dirancang, namun tidak semuanya begitu. Akhirnya, aku sedar yg kita hanya mampu merancang, namun DIA lah yang menentukan segala yg telah terancang di Luh Mahfuz.

Benar....

Sedari aku kecil hingga sekarang banyak perkara berlaku diluar jangkaan aku. Mengenangkan segala yg pernah berlaku tanpa dipinta, aku jadi kesal, namun apakah daya, semua itu sudah ditentukan.

Seperti yang pernah berlaku satu ketika dulu, ketika aku masih berkobar2 untuk berjuang dlm kehidupan, satu persatu musibah dan perkara yg tidak diingini melanda. Dan diantara semua yg pernah terjadi, ada satu perkara yg membuatkan aku masih terkesan sehingga sekarang, "Kehilangan sumber inspirasi aku", pemergian org yg aku sayang, kembali ke Rahmatullah. Kehilangan yg tidak dapat dicari ganti. Dia telah pergi untuk selama-lamanya. Aku terus cuba untuk berjuang walaupun sumber inspirasiku telah tiada. (insan yg bnyk memberi inspirasi dalam hidup kami sekeluarga)

Yang lebih menyakitkan, tatkala aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, tiada siapa yang menyokong. Malah ada yg mengeji, mana tidaknya, ketika itu orang tuaku hanya peniaga kecil, punya kehidupan yg tidak stabil. Namun anak mereka punya impian tinggi melangit. Jumlah biasiswa yang aku terima ketika itu belum tentu dapat menampung kehidupan aku selama berada di negara orang. Nak diharapkan pendapatan yg tak seberapa dari orang tua, aku tak rasa mereka mampu. ketika itu juga, aku harus melepaskan impian aku. Seperti Gelas yg berkecai.

Waktu itu aku sangat terkesan dengan kehilangannya. Sekiranya "dia" ada ketika itu, pasti sokongan padu yg diberi. Mungkin dia akan turut bergolok-gadai bersama orang tuaku agar aku bisa melanjutkan pelajaran. Namun itu semua hanya sekadar impian. Apa yg terjadi tidak seperti yg diharapkan. Aku Redha.

Dan sesungguhnya "Allah itu Maha Adil", kini aku bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran, malah aku juga dapat belajar banyak perkara yg tidak mungkin aku dpt hanya dgn belajar di universiti. Mungkin ini kehidupan yg telah dirancang untukku olehNya. "Allah itu Maha Adil", "peluang" itu datang sekali lagi, walaupun dalam situasi yg berbeza. Situasi dimana aku mampu untuk melaksanakannya. Cuma kali ini, aku tidak mahu terlalu berharap. Aku pasti, jika itu yg terbaik bagiku, maka ianya akan menjadi milikku.

Kadang-kadang kemungkinan itu memang menyakitkan, namun ia juga mengajar aku untuk menjadi lebih tegar menghadapi hidup. Lebih ampuh jika apa yang aku inginkan tidak termakbul. Walhal sedari awal aku banyak merancang, apa yg aku akan dan ingin lakukan sepanjang tahun ini. Pun begitu, aku sering meletakkan kayu ukur yg minima pada setiap perkara. Bagiku, mana terbaik untukku pada ketika itu, maka itulah keputusan yang akan aku ambil. Maka dengan itu, aku sering membuat banyak pilihan dalam sesuatu perkara, motifnya: agar aku tidak berputih mata jika termaktub dengan satu pilihan sahaja.

Hakikatnya, setiap orang pasti akan sedih bila impiannya tidak termakbul, begitu juga aku. Namun itulah kehidupan, harus ada keseimbangan. Seperti dalam teori ekonomi, untuk mendapatkan sesuatu kita harus melepaskan sesuatu (opportunity cost). Kita tidak boleh mendapatkan semuanya kerana sumber yg terhad (scarcity of resources). Apa yg kita perlu lakukan adalah berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan apa yg kita inginkan. Pun begitu, ketentuan tetap di tanganNya. Dan aku amat bersyukur kerana, dalam aku belajar EKONOMI, aku juga belajar KEHIDUPAN.


"Tidak salah untuk mencuba, daripada terus berputus asa"

Aku akan terus mencuba walaupun keputusannya masih belum jelas.

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

28.10.10

Restumu...

Anakmu ingin mohon restu
wahai mamaku
wahai papaku
ampunkan dosa-dosaku

Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Fattahu Ya A'lim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi mama dan papaku

Wahai tuhanku
Rahmati daku
Rahmati mama dan papaku
Selamatkan mereka dari azab neraka
dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan taliMu
Amin Ya Rabbal A'lamin

Wahai Tuhanku
Limpahkanlah hidayahmu
untuk mama dan papaku
Wahai Tuhanku,
Berkatilah daku
Berkatilah mama dan papaku
Sayangilah mereka seperti mana
Mereka menyayangiku dan mengasihiku
sewaktu kecilku
tak terbalas budi dan jasa

wahai mamaku
wahai papaku
didiklah anakmu ini
moga menjadi penyejuk dimata
penawar resah dihatimu

Duhai mama
Duhai papa
Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan dan minumku
Doakan moga aku selamat
dunia dan akhirat

Amin...

26.10.10

SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

"SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA."


Satu frasa yang membuatkan aku berfikir sejenak. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Bergantung pada pihak yang menerimanya. Bagi aku secara peribadi, memang ada benarnya frasa tersebut. Kenapa aku katakan ianya benar? Ini adalah berdasarkan apa yang pernah aku alami. Sepanjang hidup, cukup aku katakan bahawa aku pernah bertemu dengan berbagai jenis manusia. Antara mereka, ada yang pernah menjadi sahabat aku, dan ada juga yang masih menjadi sahabat aku hingga kini.

Kepada sahabat yang masih setia, terima kasih atas pemberian sebuah persahabatan yang tiada nilainya.

Manakala kepada insan2 yang pernah menjadi sahabat aku, terus terang aku katakan, aku sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk bertemu dengan kalian, kerana tanpa adanya kalian hadir dalam hidup aku, mungkin aku tidak akan jadi sematang ini. Walau apa pun, terima kasih diucapkan.

Selesai bahagian mukadimah, beralih pula kepada topik utama entri aku kali ini. "Sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata".

Pada pandangan aku, kejujuran adalah aspek yang paling penting dalam sebuah perhubungan. Tidak kiralah sama ada ianya antara keluarga mahupun sahabat. Pun begitu, topik pada kali ini lebih menjurus kepada "sahabat". Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini. Mungkin ada yang berkata, "kadang2 kalau terlalu jujur, boleh mengakibatkan pertengkaran" (dipetik drpd perbualan aku dgn seseorg)

Tapi ingin sekali aku jelaskan disini bahawa, bilamana kita meletakkan taraf seseorang itu sebagai sahabat (individu yg paling rapat dengan kita selain keluarga), maka jurangnya amatlah berbeza jika hendak dibandingkan dengan taraf seorang teman, rakan, mahupun kawan.

Tidak perlu rasanya berhujah panjang lebar mengenai status-status yang ada selain sahabat, kerana ianya akan memanjangkan lagi entry ini. Cukup sekadar aku menekankan pada satu pengkhususan. ~


Bila bercakap mengenai sahabat, ianya mengenai seseorang yang kita rasa nyaman dan aman bila bersama. Bersedia berkongsi suka mahupun duka. Malah yang paling penting sentiasa berada disisi kita dikala kita memerlukan, tanpa perlu dipinta.

Dan orang yang dinamakan sahabat itu juga merupakan seseorang yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri kita. Malu kita adalah malunya juga. Maka, jika seseorang itu merupakan sahabat yang baik, pasti dia akan menegur segala kesilapan dan kesalahan kita walaupun ianya pahit untuk ditelan. Hanya kerana atas satu dasar, iaitu membetulkan apa yang salah, agar kita tidak nampak salah dimata orang lain.

Kenyataan memang tidak selalunya manis. Benar, sekiranya kita ingin mencari seorang sahabat, maka carilah orang yang sentiasa menyatakan kebenaran. Bukan yang hanya membenarkan kata-kata demi menjaga hati dan perasaan semata. (seolah-olah, kita nampak hodoh dalam pakaian yang dipakai, namun demi menjaga hati, sahabat kita menyatakan bahawa kita adalah orang yg paling cantik yg pernah dia temui. Bohong sangat).

Satu lagi perkara yang ingin aku kongsikan, Amatlah jarang kita menemui seseorang sahabat yang mampu berkata-kata benar. Apatah lagi menyatakan apa yang dirasainya sepanjang bersama dengan kita. Jarang diantara mereka yang mampu berterus-terang sekiranya mereka tersinggung dengan kata-kata atau perbuatan kita. Malah yang paling memburukkan keadaan bilamana mereka hanya memilih untuk mendiamkan diri dan memendam rasa. Natijahnya, bila situasi sudah semakin tegang, maka akan timbul suasana hambar dalam persahabatan dan akhirnya mencetuskan pertengkaran. Ianya pasti akan berbeza sekiranya sikap berterus-terang diterapkan dalam setiap persahabatan. Malah, sikap berterus-terang itu akan mewujudkan nilai perkongsian yang saksama,

"sebuah persahabatan itu harus ada sikap memberi dan menerima".

Kesimpulannya, menyatakan sesuatu kebenaran adalah lebih baik walaupun ianya pahit untuk ditelan, daripada melakukan sesuatu pembohongan demi mewujudkan kemanisan bagi melindungi kebenaran tersebut.

Pun begitu, pilihan tetap terletak di tangan masing-masing. Ianya bergantung pada individu itu sendiri bagaimana ia meletakkan nilai sesebuah persahabatan itu.

25.10.10

Lagu Kita.... Satu Dekad....





Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam.... teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Terciptalah Lagu Kita



Tanpa kita sedari, sudah hampir satu dekad kita bersama.
Sejak dari seawal zaman persekolahan hingga sekarang.
Alhamdulillah...

Terlalu pantas masa berlalu meninggalkan kita.
Banyak memori yang tercipta sepanjang sedekad perkenalan.
Terlalu banyak,
hingga tidak terhimpun kisahnya walau ditintakan keatas senaskah buku.

Walaupun kita punya idealogi berbeza, namun kita masih bisa duduk semeja.
Kau dan aku punya pendapat yang berlainan
Walau setiap perbualan sering jadi perbalahan
Namun perbezaan itu yang mengeratkan ukhwah kita.
Kerana kita saling menegur antara satu sama lain.
Tiada berselindung dibalik kata-kata manis.

Kau mengajar aku untuk jadi teman yang bisa jujur dalam setiap hal.
Kau mengajar aku agar sentiasa sedar untuk berpijak dibumi yang nyata.
Yang paling penting, kau sentiasa ada ketika aku sedang menangis, tanpa perlu dipinta.

Ingat lagi, ketika kita pulang sekolah bersama?
Jalan kaki ditengah2 panas terik?
Sempat singgah digerai cendol untuk menikmati semangkuk cendol pulut bersama.
Aku rindukan saat-saat itu.

Pernah dulu hatiku terluka
Gara-gara permergianmu tanpa aku bersedia menghadapinya
Kau memberitahuku disaat-saat akhir sebelum pemergianmu
Namun aku pasrah
Aku tidak pernah menyesal
Kerana kehilanganmu ketika itu, mengajar aku untuk jadi lebih ampuh
Walau hakikatnya hatiku luluh, jadi rapuh.
Dan kerana itu juga aku jadi lebih menghargai nilai sebuah persahabatan.

Kini kita sekali lagi bersama
Bersama untuk sedekad lamanya..
Mudah-mudahan persahabatan ini kekal
Bukan untuk sedekad cuma
Tapi untuk selama-lamanya

INSYAALLAH......





22.10.10

Mencuba.....

Aku ingin mencuba
mencuba untuk tidak pesimis
jadi lebih positif
dalam segala hal

mungkin aku cepat terasa
mungkin hati cepat terluka
mungkin hati cepat cemburu buta
dan mungkin hati ini
tidak setegar mana

Aku ingin mencuba
mencuba melihat orang bahagia
kerana dalam tawa mereka
terselit tawaku
kerana dalam gembira mereka
wujud secebis gembira untukku
dan kerana bahagia mereka
aku turut bahagia

kerana aku sendiri
tidak mampu untuk
memberi bahagia pada hatiku
sendiri
aku tidak mampu
untuk membuat hatiku tertawa
sendiri

Aku ingin mencuba
melupa segala kesedihan silam
yang seringkali singgah
dalam mimpiku
aku ingin semuanya hilang
agar aku bisa tenang
menjalani setiap langkah hidupku

Aku ingin terus mencuba
mencuba tanpa hentinya
selagi nafas ini berhembus
selagi jantung ini berdetak
aku pasti akan terus mencuba
agar satu hari nanti
aku tidak akan bertanya kembali
"mengapa aku tidak pernah mencuba?"



Mencuba......

20.10.10

Helaian kenangan








~SENYUM~

~TERTAWA~

~GEMBIRA~

~BAHAGIA~



(Apa lagi yang bisa ku ungkapkan bagi menggambarkan perasaan aku ketika ini...)



Thanks Allah... for giving me another reason to smile.....

Maybe this smile will gone.....



But the memory will always remain....







thats all....




19.10.10

Al-kisahnya

Seperti hari2 yang lainnya, kelas hari SELASA dan KHAMIS memang membuatkan aku rasa sangat mengantuk. sebabnya??
  1. kelas2 yg ada pada hari tersebut merupakan kelas teori
  2. sebab aku ni mmg cepat bosan...bila lecture baca semula apa yg mmg dah ade dlm buku.
  3. sebab aku mmg sgt2 mengantuk.....
(ngengs je kan?)

Nak di jadikan cerita, masa dalam kelas tadi, aku dengan tekad dan gigihnya merancang nak pergi tgk wayang kat WWM. Jadi, lepas je abis kelas, aku terus melangkah menuju ke kereta dan menghidupkan enjin kereta dgn jayanya. Tanpa berlengah walau sesaat pun, aku terus memecut dan memandu laju menuju ke WWM.

Tapi sebelum tu, aku singgah dulu kat McD drive thru dan SHELL yg berhampiran dengan jalan menghala ke UIA. Aku nak topup minyak kereta dan topup perut aku yg dari tadi asyik bergurindam saja sebab sudah semalaman aku tidak menjamah apa2 makanan langsung. (Tak ada selera. ni baru nk buka selera).

Selesai je "menopup" minyak dan membeli satu set BLACK PAPPER Spicy Chicken McDuluxe, (aku beli sbb nak pastikan betul ke komen2 yg aku pernah dengar sebelum ni, ada yg kata sedap, ada juga yg kata tak sedap. so baik aku pastikan sendiri), aku terus memecut laju di atas jalan raya menuju ke Wangsa Maju, sambil2 tu menjamah set hidangan yang aku beli tadi. (dont drink and drive, tade ckp pon dont eat and drive kan?)

Sedang aku memandu (sambil menjamah buger), tiba2 fokus aku diganggu oleh sebuah KENARI PUTIH yg berada di depan kereta aku. Sebabnya, kenari tu berada di lorong tengah, tapi cara driver tu memandu macam tengah berada di lorong kiri, aku rasa dalam 50km/j je kot. Dan aku memang pantang tengok orang memandu macam "bercanda dipasiran pantai". Dengan perasaan sedikit geram, aku pun terus cari peluang untuk memintas kenari tu. Setelah beberapa minit menghadapi pemandu yg sangat "berhemah" seperti beliau, akhirnya aku pun berjaya memintas kenari tersebut. Seperti biasa, bila aku dah dapat pintas je kereta yg menjengkelkan mcm tu, aku pun pandang la pemandu tu dengan pandangan yg sangat geram. Aku ingatkan pemandu tadi nak bagi respon, tapi sebaliknya yg berlaku, boleh pula, beliau dengan santainya memandu kereta menggunakan sebelah tangan sahaja, manakala tangan yg sebelah lagi sibuk mencabut bulu2 hidung beliau (yg aku rasa dah mencanak keluar sampai tak menyempat nak cabut kat rumah). Ada ke PATUT???? (sabar je la). Malas nak memikirkan hal kenari tadi, aku pun meneruskan perjalanan.

Tiba2 aku perasan sesuatu yg pelik. Kenapa tiba2 aku nampak ada ZOO NEGARA? pergi wangsa maju mana ada lalu zoo. (Ni dah pelik ni). Baru aku sedar, aku dah terlajak jauh. (hampir sampai UK perdana kot). So, ape lagi, aku pun dengan segala hormatnya, membuat pusingan "U"....

(banyak pula story line nak pegi wwm ni. walhal, tujuan asalnya adalah nak pergi tgk wayang je. tapi cite ni pun dah macam cite wayang dah)

Kembali pada tujuan asal aku ke WWM, tgk wayang. Pada awalnya aku nak tengok cerita "Charlie st Cloud". Memandangkan mood aku masih lagi blum stabil, so aku pun buat keputusan nak tengok cerita yg lebih santai. Oleh kerana pukul 5 nanti aku masuk kerja, jadi aku pun kena la cari cerita yg habis sebelum pukul 5. Akhirnya, aku memilih untuk menonton cerita "Dinner with Schmucks", sebab poster dia nmpak macam cerita komedi je.

So, aku pun beratur untuk membeli tiket. Depan aku ada 5 orang lagi yg menunggu giliran mereka. tak sampai beberapa minit, sampai la giliran aku, maka terjadi la dialog antara aku dan "si penjual tiket"

"selamat dtg, nak tgk movie ape?"
"cerita dinner with schmucks ye"
"pukul 2.15 ye?'
"iye"
"brapa org"
"sorg je"
"ok. pilih mana2 sit yg warna biru cair."
"saya pilih J8"
"ok, Dinner with schmucks, 2.15, J8. RM11 saja"

Aku pun menghulurkan note RM10+RM1
dan "si penjual tiket" pun menghulurkan sekeping tiket kat aku.
Setelah itu aku pun pergi ke kaunter f&b, nak beli popcorn dan minuman (wajibla... tgk wayang kan? tak sah la kalau tade cicipan tersebut).

tiket: check!
popcorn + air: check!

Tanpa membuang masa, aku pun terus menuju ke dalam panggung. Aku merupakan orang pertama yang masuk (bangganya). Luas juga ruangan panggung kat wwm ni. Siap boleh bersila lagi. tak macam panggung2 yang pernah aku pergi sebelum ni. Malah lebih besar dari Chatay Damansara aku kira.

Hampir 5 minit aku duduk dalam hall tu sorang diri, tapi masih belum ada lagi orang lain yang masuk. (eh betul ke hall ni? ntah2 aku salah hall tak). Baru je berniat nak bangun, tetiba, ada la sepasang manusia ni masuk, sambil ketawa2. kelakar la agaknya perkara yg diorang bualkan tu. Agaknya? tak lama kemudian, masuk pula seorang lagi.

Akhirnya, setelah penat menunggu, montaj filem pun terpapar kat skrin lebar di depan aku. nampak gayanya aku dan 3 orang ni je la yg menonton filem ni. Tapi tak kesah la, lagi bagus. Boleh la aku duduk sesuka hati. Tak kesah nak duduk macam mana pun. Yang bestnye, tade orang kat kiri dan kanan aku. Jadi tak perlu la nak sopan sangat kan??? (rasa macam ada panggung peribadi je)

Lampu panggung pun dah dimalapkan, bermakna filem pun dah nak mula. So, aku pun nak hibernate sebentar. (Sesi menonton wayang telah bermula untuk 2 jam seterusnya....)

...............................................




18.10.10

Tak tahu berapa lama....

Mungkin entri aku untuk seminggu dua ni akan lebih bersifat sentimental. Sebabnya, terlalu banyak perkara yang berlaku mengganggu emosi aku. Perkara yang membuatkan aku jadi sangat emosional berbanding biasa. Aku pun tak tahu berapa lama entri yang berunsur sentimental ni akan melekat di dinding blog aku. Aku rasa aku akan terus menerus menulis sehingga hati aku benar-benar stabil. (sebab kalau dah stabil, aku jarang menulis perkara yang sentimental).

"Setiap yang sakit, perlukan waktu untuk sembuh, begitu juga dengan hati ini."

Seingat aku, aku jarang menulis entri sebab kebanyakkan waktu aku terisi dengan kesibukkan diri yang tak pernah merelakan aku untuk bersenang-lenang. Walaupun ada sedikit waktu terluang, waktu itu akan aku pergunakan sepenuhnya samada untuk berehat atau ber"poya" bersama rakan2. Jadi, tiada ruang sedikit pun dalam minda ini yang membenarkan aku untuk menulis apatah lagi mengelamun.

Namun kali ini, walau sesibuk mana pun aku, walau sekerap mana pun aku bersama rakan2, namun aku tetap terasa ada satu kekosongan dalam hati ini. Aku jadi sering mengelamun, berbagai perkara menancap kedalam minda untuk difikirkan. Mungkin sebab aku jarang rasa macam ni. (mungkin). Selalunya aku akan tepis segala masalah, kesedihan, dan segala ion negatif jauh dari aku dengan aktiviti yang boleh membuatkan aku sibuk. Pun begitu, segalanya tidak sama dengan situasi sekarang. Aku mungkin boleh memenuhkan jadual aku dengan kerja, namun aku tak mampu mengisi ruang2 kosong di dalam hati ini. Aku merasa amat kehilangan!!!

Aku sendiri tak pasti kenapa tiba-tiba aku berasa sangat lemah dan tak berdaya seperti sekarang. Seingat aku, perasaan "kehilangan" seperti ni tak pernah wujud dalam hati aku melainkan ketika aku berada di tingkatan 4. Saat itu merupakan satu ujian yang paling besar dalam hidup kerana, teman yang paling rapat dengan aku terpaksa berpindah sekolah. Dan sepanjang tahun itu juga lah aku jadi tak tentu arah. Tidak dinafikan, aku masih lagi sibuk dengan aktiviti sekolah, namun setiap yang aku lakukan terasa amat kosong. Aku tidak lagi mempunyai semangat untuk beraktiviti, segalanya ku lakukan hanya kerana terpaksa. Keadaan yang sama berlarutan sehingga aku menjejakkan kaki ke tingkatan 5. Keadaan masih lagi sama, suram, sepi, sunyi. Walaupun kadang2 hari2ku dihiasi dengan gelak tawa bersama2 rakan2 yg lain, namun ianya tidak sama kerana aku tidak punya perasaan ketika itu. Keadaan mula beransur pulih, hanya ketika aku berada di kolej. Satu permulaan baru bagi aku ketika itu. Dan ketika itu juga aku tekadkan dalam hati, yang aku tidak akan mudah untuk kalah dengan perasaan. Kalah dengan perasaan merupakan satu penyakit yang amat melumpuhkan jiwa. (TEKAD)

Setelah sekian lama, aku tidak pernah merasa kehilangan. Walau sekerap mana pun rakan2 ku datang dan pergi, namun aku masih lagi mampu untuk meneruskan hari2 ku, kerana aku telah menetapkan satu frasa dalam diri, "setiap pertemuan pasti ada perpisahan". Kata2 keramat yang aku ukir dalam hati agar aku tidak mudah lagi untuk mengalah dengan perpisahan. Tidak dinafikan, ada beberapa perpisahan yang berjaya mencubit hati aku, namun aku masih lagi boleh bertahan. Aku berjaya menggagahkan diri walaupun hati aku terluka kerana terpaksa menghadapi perpisahan ini disaat kemuncak perkenalan. (tribute to Miss "S" & "N", my dearies frens yg bnyk memberi aku semangat dan inspirasi). Malah pada ketika itu, aku mampu memberi kata2 semangat pada mereka, berpesan agar mereka tidak merasa sedih dan meneruskan perjuangan hidup ditempat baru. (Aku mampu untuk berkata-kata?)

Kini, situasi yang aku hadapi amat berbeza, walaupun sudah 3 hari berlalu, namun aku masih lagi belum berdaya mengumpulkan kekuatan diri untuk meneruskan hidup. (adakah ini satu ujian yg dtg disaat2 akhir pengajianku? gangguan emosi yg bakal memudaratkan hari2 terakhir aku di kolej?) Aku masih lagi merasakan ianya bagai satu mimpi yg singgah dalam hidup aku sepanjang 45 hari yang telah berlalu (sangat sentimental bunyinya.... but this is the real me). SANGAT CEPAT KENAL, SANGAT CEPAT MESRA DAN SANGAT CEPAT BERPISAH (aku petik kata2 ni dari msg seorang teman). Ianya berlaku terlalu pantas, tanpa aku diberi peluang untuk menyedarinya. Alangkah bagusnya kalau masa dapat dilambatkan untuk seketika, alangkah bagus jika aku punya peluang yang lebih banyak untuk menghargai setiap detik. Namun perkara seperti itu tidak mungkin berlaku, ianya amat MUSTAHIL!

Mungkin aku terlalu terkesan dengan perpisahan ini kerana aku jarang menghargai apa yang ada di depan aku. Aku jarang meluangkan masa. Aku sering sibuk dengan tugasan yang selalu menanti di depan mata. Malah yang membuat aku lebih kesal kerana, di saat2 akhir waktu bersama, banyak kekangan yang berlaku yang membuatkan aku terpaksa memilih, dan aku terpaksa membuat pilihan yang aku sendiri tidak suka. (I'm really sorry because failed to be a good friend).

Memang sukar menerima perpisahan tanpa kerelaan, tapi ianya telah pun berlaku dan berlalu... dan aku.... aku harus merelakannya.... merelakan segalanya... agar aku tidak lagi terposok di dalam gelombang emosi yang amat menyakitkan ini....(KEEP MOVING FORWARD!!!!)

Cuma yang menjadi persoalan sekarang ini ialah, berapa lama ianya akan pulih seperti sedia kala?? aku sendiri pun tak pasti, dan aku pun tak tahu berapa lama....




45 hari dlm ingatan.. (1)

Semalam, waktu pulang kerja, tatkala membuka pintu bilik, suasana terasa amat janggal. Tiada lagi insan yang berebut-rebut nak masuk bilik dengan aku, tiada lagi insan yang terus me”landing”kan diri atas katil kerana kepenatan. Sangat janggal....kerana aku sendiri saja semalam.... tidak seperti hari lainya.

Selalunya, setiap kali balik kerja, orang pertama yang akan “landing” kat atas katil adalah “orang tu” (hehe...jgn marah ye dik). Maklum, kepenatan setelah seharian penat di “buli” oleh aku. Aku tahu dia penat sangat sebab ianya jelas terserlah diwajahnya, pun begitu dia masih lagi mampu untuk senyum. Senyuman yang berjaya buat aku tertawa meskipun didalam kepenatan.

(hmmm malam ni aku tak dapat tengok senyuman tu lagi.... :( ).

Mungkin pertemuan ini satu pertemuan yang singkat. Namun begitu, ianya telah mengukir banyak memori dalam hidup aku. Segalanya jelas tergambar dalam kotak memori aku dari hari pertama dia tinggal dengan aku, hinggalah petang semalam. (petang sebelum dia bertolak pulang).

......................................

Setelah sekian lama, aku jarang terkesan dengan mana2 perpisahan. Ya, aku berasa sedih dengan setiap perpisahan, namun perpisahan kali ini amat berbeza. Amat menyakitkan (mungkin). Tidak seperti perpisahan lainnya, yang mana aku mampu untuk berkata2, memberi kata2 semangat pada orang lain serta diri aku sendiri agar tidak sedih, namun kali ini, aku berasa amat lelah, lelah yang tidak dapat diungkapkan. Walhal, sebelum ini pernah saja aku melihat dia pergi, malah ketika itu, aku mampu untuk berucap, memberi kata2 semangat agar pemergian itu harus diiringi dengan senyuman. Namun kali ini, aku sendiri yang kalah dengan situasi. Dan buat pertama kalinya air mata aku benar2 menitis atas perpisahan ini. Mudah-mudahan aku akan kuat menghadapinya.

........................................

Sukar untuk dikupas apa yang bermain di fikiranku ketika ini. Aku rasa 45 hari berlalu seperti satu mimpi saja. Mungkin sebelum ni, memang sudah jadi kebiasaanku duduk di dalam bilik sendirian, namun kali ini, rasa janggal menerpa dalam diri. Rasa janggal sangat. Kerana kelmarin dan 45 hari sebelumnya aku tidak sendirian, punya teman, teman yg sudi jadi pendengar ceritaku, (sampai jemu kot), teman yang selalu tersenyum walapun penat dan keletihan tatkala pulang bersama dari kerja, teman yang tidak pernah membuatkan aku bosan bila berada disampingnya.

........................................

Terima kasih atas pengertian yg pernah diberikan.