28.2.11

"Pengganti"???

Apa perasaannnya sekiranya ada orang dengan sesuka hati sahaja meletakkan nama kita sebagai satu pilihan jawapan untuk permasalahan yg dihadapinya??

Mesti rasa bengang yang teramat sangat bukan??

Ya!!! itulah yang aku rasa bila aku dapat tahu ada seorang manusia ni dengan sesuka hati sahaja "mencalonkan" nama aku sebagai solusi untuk menyelesaikan masalah yg sedang dihadapinya.

Mungkin perkara ni nampak enteng, namun persoalannya bukan setakat disitu sahaja. Masalahnya aku tak pernah kenal pun dengan manusia tu. Ya, mungkin berjumpa tu pernah lah sekali dua. Tapi seingat aku kalau dia jumpa aku, tak pernah pula rasanya dia pandang aku, tegur apatah lagi. Jadi aku simpulkan kat sini yg kitorang memang tak rapat dan tak ada kena mengena.

Yang lebih menyakitkan hati, bilamana nama aku dicalonkan hanya semata2 untuk melepaskan sesak yg dia alami. Sungguh teruja bila aku dapat tahu perkara tu.

Sesak yg aku maksudkan boleh aku ibaratkan seperti contoh di bawah (analogi sahaja):

Manusia yg aku maksudkan ni tengah sesak duit, jadi nak tak nak, dia terpaksa jual kereta dia. So untuk jalan mudah, dia tawarkan kat kawan2 yg dia kenal, jadi mudah sikit bila nak buat urusan jual beli kereta nanti. Kebetulan ada seorang kawan ni, memang tengah mencari kereta terpakai. Jadi, dia pun beriya2 lah tawarkan keretanya pada kawan dia yg seorang ni. Masalahnye, sebelum dia tawarkan nak jual kereta, kawan dia ni terlebih dahulu dah berkenan dengan sebuah kereta yg lain, malah, dah terbayar deposit dah. Jadi, amatlah mustahil untuk kawan dia menerima tawaran dia sebab bukan senang nak dapatkan semula deposit kereta tersebut.

Tiba2 telintas satu idea "hebat" dalam kepala otak manusia ni, dia cuba untuk memujuk kawan dia ni mencari seseorang untuk dijadikan "pengganti". (bagi menggantikan kawan dia sbg pembayar deposit kepada kereta yg telah dipilih sebelum tu). Dan dengan bijaknya, tiba2 sahaja dia mengusulkan nama aku sebagai "pengganti" tersebut. ERK!!! Apasal pula aku?? Apa kes!!!

Nasib baik kawan dia tu matang dan beretika. Memang la, ianya terpulang pada aku sama ada aku sanggup atau tak untuk jadi "pengganti" tersebut. Tapi persoalannya di sini ialah bukan pada sanggup atau tak sanggup, tapi pada sikap dia yg "bijak bestari" tu. Apa kes dia nak kaitkan aku?? Sungguh pun nak kaitkan aku, tak boleh ke cakap sendiri??

Kenapa aku?? Kenapa tak orang lain? Walhal, ada lagi orang lain yg dia lebih kenal dan rapat dari aku. Sebab apa? sebab dia tak rapat dengan aku?? jadi senang lah untuk dia jadikan aku sebagai "pengganti"?? Sebab kalau orang yg dia kenal, tak mungkin dia sanggup untuk jadikan sebagai "pengganti" kan???.
Sungguh mudah dia mengusulkan nama seperti melepaskan kentut sahaja.

Yang aku betul2 pelik. Dia kenal aku rupanya. Aku ingatkan tak kenal, sebab seingat aku kalau berjumpa, tak pernah pula dia menegur aku melainkan kalau kawan dia yg kenalkan aku dengan dia. itu pun setakat berjabat tangan dan bertanya khabar. Selebihnya, aku akan dianggap sebagai orang yg tak wujud disitu. Dan sekarang, dengan tiba2 nama aku terpacul dari mulut dia sebagai satu "objek" yg ingin dia jadikan sebagai "galang ganti". Bertuah betul dapat kenal dengan orang macam tu.

Maaf, Aku tak berniat nak jadi "over emo". Kalau perkara mcm ni baru pertama kali terjadi, aku tak berapa kisah sangat. Tapi kalau dah banyak kali, siapa boleh diam mcm tu je. Seolah2 dia mengagap aku begitu murah sampaikan begitu mudah untuk diajukan kesana kemari. Sadisnya.

Namun ada hal yg lebih menyakitkan. Hal yg membuatkan aku sangat kecewa bila memikirkan macam mana aku nak hadapinya. Kalau boleh aku tak nak ada kaitan dengan orang macam ni. Tapi amat mustahil, sebab dia merupakan salah seorang teman rapat kepada beberapa orang yang aku sayang. Jadi kemungkinannya, aku akn sentiasa berhadapan dengan manusia ni tak kira sejauh mana pun aku nak mengelak dari dia. Sakit sangat, tapi tak dapat diluahkan secara terang.




23.2.11

Aku hanya sebagai satu option??. Mungkin.

Don't make someone your priority, when they only make you as an option.

Aku amik quote ni dari blog sorang sahabat. Terpanggil pula nak menyelami maksud tersirat disebalik quote yg ditulis oleh sahabat aku ni. (mohon izin Copy ye?)

Bila aku baca je frasa kat atas, tiba2 aku tersentap sendiri. Aku selalu buat orang macam tu ke? Mesti sedih bila fikirkan kalau ada orang buat kita sebagai satu option sahaja. Cari kita apabila diperlukan sahaja. SEDIHNYA!!!!

........................................................................................................................................

Minggu ni betul2 menyesakkan jiwa. Aku memang sangat terasa bila orang menganggap aku sabagai satu pilihan sahaja. Sakit hati kan bila orang cuma cari kita apabila diperlukan sahaja.

Memang sedih bila memikirkan keadaan macam tu berlaku kat kita. Tapi pernah terfikir tak, "Whats goes around comes around". Selalunya kita akan terasa diri dijadikan sebagai satu option hanya kerana kita sering memperlakukan orang lain macam tu juga.

Aku rasa mesti aku selalu buat orang macam tu kan? Sebab kali ni aku betul2 rasa sedih. Aku rasa seolah2 aku diperlakukan macam satu option. PILIHAN:A,B,C,D??
Aku pilihan yang mana? Aku sendiri pun tak pasti.

Memang sedih sangat bila ada orang buat kita macam tu.

Tapi nak buat macam mana. Bukan semua perkara orang boleh dahulukan kita. Mungkin sebab kita pun selalu buat orang macam tu.

Tapi kenapa aku perlu terasa sangat. Kenapa aku perlu terasa. Hak masing2 la nak dahulukan siapa. Tak ada sebab pun kenapa aku perlu nak rasa sedih.

Peduli lah...

Rasa macam useless je

Banyak perkara datang sekaligus yg membuatkan aku lelah. Kadang aku rasa macam nak larikan diri sebentar. Nak cari balik semangat yg hilang.

Aku terasa dengan sape? Dengan ramai orang. Paling yang aku tak boleh terima, staff aku. Dorang fikir dorang lebih dewasa, dorang boleh permainkan aku? Dah lah cuti tak bagitau, suka2 je datang lewat. Mentang2 sekrang ni mama takda, dorang suka2 buat hal.

Aku memang marah dan memang teringin nak marah orang yang kurang ajar macam tu. Cuma bila aku mengingat kembali pesan mama, aku kena tahan hati. Sebab aku dah janji dengan mama, biar dia je yg uruskan mengenai hal ehwal pekerja yg tak berdisiplin tu. Aku tahu mama tak bagi aku marah dorg sebab, tak ada sorang pun yang pernah tahan bila dengan aku marah. Dan aku pun tak nak terus2 jadi annoying.

Cuma bila aku jadi linear, macam2 perangai pula yg ditunjukkan. Takpe, memang satu hari nanti dorang akan kena juga dengan aku. Tunggu masa je lagi.

Boleh pula yang si "kakak murai" tu nak banding2 kan aku dengan adik aku. Yang paling menyakitkan hati, siap mengadu dengan adik aku lagi, motif?? nak laga2kan aku dengan adik aku ke?? Sengal!!!

Aku rasa macam useless je kali ni. Tak boleh menggalas amanah mama dengan jaya.

20.2.11

Sangat beradap

Tahu apa perkara yang aku paling suka?? Aku paling suka berjumpa dengan orang yang sangat "beradap"

Hari ni, pagi2 lagi dah dapat message dari sorg staff ni, dia kata tak dapat datang hari ni sebab tak sihat. Ok aku terima sebab dia bagitau aku awal2. At least aku dapat la standby nak datang kedai pukul berapa.

Beberapa ketika lepas tu. Dapat satu panggilan dari supervisor kat kedai. Ada sorang lagi staff tak datang. Wah, ini tak boleh jadi ni. Sekali dua orang cuti dalam masa satu hari. Hari Ahad pula tu. Time2 orang tengah ramai la dorg ni nak cuti.

Yg msg aku pagi tadi, ok lagi. Aku boleh terima, dia bagitau aku awal2. Yg sorg lagi ni, sgt "beradap". dah la aku dapat tahu, dia cuti tak inform, masuk hari ni dah dua hari dah dia tak masuk kerja. Wah, sangat besar dia punya kepala!!!

Sungguh beradap staff aku yg sorang ni.

Nak dijadikan cerita, ada lagi satu insiden yg paling "beradap" yg pernah aku tgk. Oleh kerana 2 org staff tak masuk, aku pun terpaksa melompat dengan lebih tinggi bagi memastikan aku segera sampai ke kedai. Sesampai je aku kat kedai, belum sempat nak bernafas (sebab baru lepas mengangkat stok barang2 yg baru dibeli), dtg pula sorg staff ni, dengan muka selamba badaknya berkata:

"Kak, saya nak gaji saya hari ni."

Aku pandang muka dia balik, pastu aku tanya balik, "gaji?"

"Haah, saya gaji saya. Sekarang kan 20hb. Sepatutnya dah hari untuk gaji. saya nak guna duit ni"

hampir tercekik juga aku, bila dengar dia cakap macam tu. Tapi takpe, aku tarik nafas dulu, sebab semput sangat akibat mengangkat barang yang bergitu banyak sebelum tu. Agak2 dah reda sikit sistem pernafasan, aku tanya dia balik,

"kenapa nampak tergesa2 je ni, dari mana tadi?"

selamba je dia jawab, "ada je duduk lepak2 kat depan tu" (dia baru abis shiff kerja)

Aku angkat kening sambil tepat memandang ke arah mata dia. "ada kat depan? lepak? jadi nampak la saya turunkan barang2 dari kereta tadi?"

"nampak" jawabnye selamba.

"dah nampak, kenapa tak tolong angkat barang2 tu tadi?"

"Saya dah abis waktu kerja"

Dengar dia cakap macam tu, apa lagi, menggelegak la angin dalam kepala aku, WAH, hebat sungguh jawapan dia. Tanpa ada rasa segan mahupun adap sopan. Hampir saja aku melenting, tapi takpe, kena kool dulu, tak boleh melenting tak tentu pasal. Dengan senyum aku jawab,

"owh begitu, dah abis time kerja, tak boleh la nak tolong angkat barang?, apa tadi? awak nak gaji, kejap ye"

Aku pun keluarkan buku nota, bila aku selak je kat rekod dia, aku tersenyum, kembang rasanya hati ni. Dalam kepala aku dah set "ada point ni". Ko nak gaji ye????

"berdasarkan rekod awak, sepatutnya awk terima gaji 23hb, sekarang baru 20hb. dan dalam rekod ni juga ada tunjukkan yg awk dah dua kali ambil cuti tanpa sebab. Awk juga tak pernah punctual, selalu masuk lambat. Bukan ke sepatutnya awak masuk kerja pukul 6ptg? kenapa dlm rekod ni tulis, selalu masuk pukul 8.30, kadang2 pukul 9mlm. Macam mana saya nak kira gaji awak ni??" Dengan satu jelingan yg tajam, aku soal dia.

"So? macam mana??, sepatutnya awk terima gaji 2 hari lagi. Tapi awk dah minta sekarang. Dalam rekod, kedatangan pun mengecewakan. Pelik kan awak ni, kerja selalu dtg lewat, gaji nak cepat. Bangga saya dapat pekerja macam awak ni."

Dia terdiam seketika, lepas tu baru dia bersuara "kak, sebenarnya saya nak guna duit. saya nak kena bayar hutang kat orang. tolong la saya kak."

Wah!!! reti rupanya nak cakap lembut, ingatkan dah tak ada budi bahasa. Kalau ikutkan hati, ingin saja aku maki2 dia kat situ. Tapi, memandangkan nak jaga status, kena la maintain. Cuma aku bagi sentap sikit, agar lain kali dia beringat.

"hmm, pasal duit awk tu, besok je la ye. Sebab sy kena ambil duit kan bank, lagi pula awk mendadak je kan minta hari ni."

dengan muka yg sangat hampa, dia pun beredar.

Tu la, lain kali "beradap" lagi.

14.2.11

Kembar ke??????

"Awak berdua ni kembar ye?"

Masing2 saling berpandangan dan senyum sesama sendiri. Aku pula hanya tersenyum dan tersengih. Pembantu jualan tu mengerutkan dahi lalu bertanya semula

"Kembar kan? Nampak sama je muka yang dua orang ni"

Ayu dan Chia, masing2 tak menjawab. Mereka hanya tersenyum dan memandang ke arah aku mengharapkan aku memberi respon pada soalan yang diajukan.

Aku tertawa kecil... sambil menganggukkan kepala.

"Patutlah sama. Tu la dari tadi perhati, muka yang dua orang ni sama je"

Yang budak dua orang ni, tak habis2 ketawa. Geli hati dengan statement yang diajukan oleh pembantu jualan kat Focus Point.

Insiden ni berlaku dua hari lepas, masa tu Ayu dan Chia temankan aku pergi amik cermin mata yang baru aku tempah.

mengenangkan semula kejadian tu, kami tak henti2 ketawa. Hatta masa makan malam tu pun kami masih lagi ketawa mengingatkan kembali dengan statement pembantu jualan tu.

KEMBAR ke????

Persoalannya.....

Dorang ni nampak sama ke?

Hahahaha



10.2.11

Perlu rasanya.

Semakin hari aku rasa semakin terbeban dengan rasa sakit yang melanda kat tengkuk ni. sampaikan kalau aku duduk lama2 terasa macam nak patah tengkuk ni. Nak gi wat medical check up, tapi bilanya? semalam je dah abis satu hari suntuk kat bengkel. Kedai tak boleh tinggal sangat. Hari2 kena beli barang. Nak buat medical checkup kat hospital kerajaan? Alamatnya berjinggut la aku tunggu.

Ingat lagi masa mata aku kena cakar dengan kucing hari tu, punya la lama nak tunggu giliran untuk rawatan. Nasib baik, masa aku masuk ER, nurse dah bagi ubat tahan sakit. Kalau tak mengerang kesakitan la aku menunggu dari pukul 4 pagi sampai pukul 12 tengah hari. Ye 12 tengah hari ye. Aku pun dah bosan menunggu. Nasib baik masa tu adik aku ada temankan, mama terpaksa tinggalkan aku kat hospital, ada urusan sebentar katanya kat kedai. Tapi kesian la kat mama. Dia tunggu aku kat hospital dari pukul 4 pagi, pastu tak tidur, terus pegi kedai.

Sepanjang menunggu rawatan diberikan, aku terpaksa membuli adik aku. Kesian juga tengok dia. Sampai tahap tersengguk2 kat bahu aku menahan ngantuk. Aku pula, dengan mata yang berbalut sebelah ala2 lanun tetap menggagahkan diri untuk menonton televisyen. Bosan tahap gila waktu tu. Nasib baik hospital pasang NTV7, dapat juga la tengok kartun. (hahahaha).
Akhirnya dekat jam 12 tgh hari, baru lah aku berjaya mendapat rawatan. huhuhuh.... sepanjang seminggu mata aku berbalut macam lanun. huhuhu, dah macam Kapten Jack Sparrow dah... (betul ke aku eja ni?)

Tu lah antara pengalaman aku mendapat rawatan di hospital kerajaan. Nak pegi hospital swasta? Alamatnya kopak la poket aku.

Aku rasa, sakit kat tengkuk ni mungkin sebab aku selalu sangat membongkok kot. (kata mama la). Tapi tengok la macam mana, kalau ada masa nanti aku pergi wat check up. Kalau terlebih masa, aku pegi spa wat rawatan urutan. Hahahha, lagi best, kena urut..


9.2.11

Mampukah aku??

Terkedu seketika tatkala mendengar usul yg mama utarakan. Usul yg mana, mama akan menetap di jakarta untuk seketika, manakala segala hal pengurusan kedai dan rumah diamanahkan kepada aku.

Persoalannya, mampukah aku untuk melaksanakan tanggungjawab yg begitu berat? Mampukah aku melakukannya sendirian???

Banyak hal yang bermain difikiran aku. Aku sendiri belum yakin samada aku mampu untuk melaksanakan tugas ini. Usul yg mama utarakan itu ibarat satu bola gergasi yg bergolek kearah aku. Hatta sepanjang malam tadi, aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran asyik terganggu dengan amanah yg diberi.

Ya Allah, mampukah aku melaksanakan amanah yg begitu besar???

Mama kata, dia tak akan berani biarkan aku buat semua ni kalau dia tak yakin dengan aku. Mama begitu yakin dengan aku. Masalahnya, aku yang belum yakin untuk menggalas tanggungjawab ini.

Mama kata, "inilah cabaran pertama bagi kakak, kalau kakak benar2 mahu menyabung pelajaran ditempat yg bagus, buktikan, yang kakak mampu untuk melaksanakan apa yg mama amanahkan. Kalau cabaran ini pun kakak tak mampu nak laksanakan, makanya kakak belum bersedia untuk berjuang ditempat orang. Buktikan kemampuan kakak selari dengan azam."

Sekali lagi aku termenung,

Benarlah, Kesenangan tidak akan dikecapi dengan senang. Kejayaan tidak akan diperoleh dengan mudah.

Benar kata mama. Kalau cabaran ditempat sendiri pun aku dah mengalah, manakah mungkin aku mampu untuk mengharungi cabaran ditempat orang. Jadi, untuk itu, aku harus semangat, harus mampu buktikan yg aku boleh melaksanakan tugas yg diamahkan. Ini aku anggap sebagai satu stimulasi sebelum aku melangkah ke jalan yang lebih berliku. Mudah-mudahan dengan berjayanya aku mengharungi stimulasi ini, aku akan berjaya mengharungi cabaran yg sebenar ditempat orang kelak.

Mudah-mudahan ya Allah.....

8.2.11

Akhirnya, Aku juga yang harus mengalah....

Walaupun sakit hati, terpaksa juga pendam.
Demi menjaga perasaan semua orang.

Malas nak cakap banyak. Nak buat macam mana kalau dah itu yang difikirkan. Takkan nak suruh ubah pula kot. Lantak lah, malas nak fikir. Satu hari nanti dia sendiri akan sedar betapa apa yg dia katakan itu salah sama sekali. Biarlah aku mengalah saja. Untuk sekian kalinya.