8.1.09

antara bunga,rama-rama dan mutiara



Sebenarnya sudah lama persoalan ini berlegar-legar di fikiran saya. "Antara bunga, rama-rama dan mutiara....yang manakah kita?"


Apakah persamaan antara bunga, rama-rama dan mutiara?
Persamaannya semua itu dicipta oleh Allah. Ketiga-tiganya sinonim dengan kecantikan. Dan kecantikan itu amat sinonim dengan wanita.


Apakah perbezaan antara ketiga-tiganya jika dinisbahkan pada wanita?
Banyak perbezaannya. Seperti juga wanita. Setiap wanita itu mempunyai personaliti yang berbeza.

Bagaimanakah sifat bunga yang dinisbahkan pada wanita?
Bunga itu cantik dan kebanyakkan bunga berbau harum. Dek kerana kecantikan itu, bau wangi dan madu yang manis itu menarik perhatian sang kumbang untuk menghingapinya. Seperti jua wanita, bagi yang gemar mempertontonkan kecantikan di khalayak ramai pasti menarik perhatian jejaka. Ditambah pula dengan solekan (tabaruj), pakaian yang menjolok mata (tidak menutup aurat) membuatkan sang lelaki makin ligat untuk mendekati. Tapi sayang, bunga yang cantik tidak dapat bertahan lama, bunga akan layu setelah beberapa hari ia mekar. Dan jika kecantikan wanita itu sperti bunga, pasti ia luput dek kerana dimamah usia. Bunga juga mudah di petik. Diambil orang bila-bila masa.
Jika wanita sifatnya seperti bunga, maka dia akan mudah dipersiakan dan dipergunakan.

Bagaimanakah pula sifat wanita yang dinisbahkan dengan rama-rama?
Rama-rama juga cantik sama seperti wanita. Ia gemar terbang ke sini sana. Maka ia menarik perhatian mata yang memandang. Jika ia tersilap langkah, pasti akan di tangkap. Usia rama-rama juga tidak panjang. Mudah mati kerana perubahan cuaca. Wanita yang sifatnya seperti rama-rama adalah wanita yang gemar memperlihatkan dirinya di hadapan ajnabi. Jika dia tersilap langkah, pastinya dia menjadi kerakusan lelaki.

Bagaimanakah pula wanita yang diibaratkan seperti mutiara?
Mutiara cantik, tinggalnya di dasar lautan yang gelap. Tidak akan mudah dijumpai melainkan si pencari merupakan penyelam yang hebat. Tidak mudah dimiliki kerana nilainya yang tinggi. Hanya yang benar-benar mampu, boleh memilikinya. Bertuahlah wanita yang sifatnya seperti mutiara. Dia ialah wanita solehah yang menjaga peribadinya. Pergaulan sentiasa dibatasi. Dia tidak suka berada di khalayak ramai apatah lagi menhjadi perhatian sang teruna. Dia hanya milik yang satu. Hanya kepada suami, kecantikan itu dipamerkan.
Bagaimanakah diri kita?
Ana sendiri dalam proses mengislahkan diri. Masih lagi mentarbiyyah diri agar dapat berilmu dan beramal dengannya. Sama-sama kita memperbaiki diri dalam mengejar mardhotillah.

Wahai wanita, (untuk diri ana juga)
Tutuplah auratmu seperti mana yang telah disyariatkan.
Firman Allah dalam surah an Nur,31:
“…..hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka….”
“Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi yang telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” Riwayat Bukhari dan Muslim

Fahamilah tuntutan menutup aurat itu. Menutup aurat bukan sekadar bertudung.
Rasulullah bersabda: “…hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu”.Menurut riwayat Imam Tarmizi dan Nasa’i dari Ummu Salamah r.a: “Ya Rasulullah, bagaimanakah perempuan akan berbuat kain-kain mereka disebelah bawah?”
Sabda Rasulullah s.a.w: “Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya.Elakkan tabaruj, elakanlah menarik perhatian lelaki.
Firman Allah dalam surah al ‘Araf, 31: “…pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang. Makan dan minumlah dan jangan melampaui batasan”.“Barang siapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah, maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti”.Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa’I dan Ibn Majah.

Janganlah kamu memakai wangian yang berlebihan
“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencim baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina”.Riwayat Nasa’i, ibn khuzaimah dan Hibban.

Sama-sama kita memperbaiki diri. Didiklah diri kita untuk menjadi wanita yang lahir dari acuan al Quran dan Sunnah.

Wallahu’alam…



Aku, aku laksana orang buta berjalan tanpa tongkat tak tahu arah tujuan


Aku, aku laksana orang tua yang telah pikun berjalan tertatih-tatih tanpa ada seorangpun yang hendak menuntunku

Aku, aku laksana buih-buih di lautan yang tak punya pendirian, bergerak hanya mengikuti gerakan gelombang ombak tak karuan

Aku, aku tersesat dalam gelap pekat kehidupan tanpa penyinar

Aku, aku adalah hanya hati manusia yang tak dapat menolak bisikan syahwat

Aku, aku bergerak menyimpang menjauhi titik putih dalam pekat kehidupan


Ilahi... janganlah engkau menutupku tuk menerima hidayah darimu

Ilahi... janganlah kau membiarkan aku menjadi hamba bisikan-bisikan sesat sang syahwat

Ilahi... dengan penuh harap dan segenap kerendahanku makhlukMu yang lemah longlai tak berdaya..., pada malam yang ganjil dari al `asyru al awaakhir ini, ku memohon kepadaMu

Kembalikanlah aku kepada fithrah, Izinkanlah aku mencurahkan rasa cinta ini sepenuhnya hanya kepadaMu robbi..hingga tak ada ruang sedikitpun untuk sang laknat melontarkan bisikan sesatnya kepadaku
Akhwat Sejati

*Akhwat sejati tidak dilihat dari jilbabnya yang anggun, tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari ketegasannya ketika aksi, tetapi dilihat dari kebijaksanaannya dalam mengambil keputusan.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari banyaknya ia berorganisasi, tetapi sebesar apa tanggungjawabnya dalam menjalankan amanah.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari kehadirannya dalam syuro', tetapi dilihat dari kontribusinya dalam mencari solusi dari suatu permasalahan.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari tasnya yang selalu membawa Al - Qur'an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al - Qur'an tersebut.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari aktivitasnya yang banyak, tetapi bagaimana ia mampu mengoptimalisasi waktu dengan baik.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari IP-nya yang cemerlang, tetapi bagaimana ia mengajarkan ilmunya pada umat.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana ia mampu membentengi hati.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari pencapaiannya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Robb di luar aktivitas solatnya.

*Akhwat sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman - teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar - Rahman Ar - Rahiim.

*Akhwat sejati tidak dilihat dari rutinitas dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa tetesan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud.

Andakah itu?Perbanyaklah Istighfar "Wahai Saudaraku"

6.6.08

laksamana sunan


MENCARI LAKSAMANA SUNAN

Lelaki itu imanya cukup kental

Sabarnya cukup teguh

Tabahnya bukan mudah retak

Kasih sayangnya amat dalam

Seindah peribadi agung rasulullah

Dia cuba untuk contohi

Semurni keikhlasan hati

Dia sedaya amalkan

Siapakah gelaranya

Munculkah dia di dunia nyata ini

Masih adakah leleki pilihan seperti itu

Ada Apa Dengan Cinta


Ada Apa Dengan Cinta?

Cinta memang sukar untuk diungkapkan maksudnya. Setiap erti cinta membawa maksud yang berbeza mengikut situasi. Ada yang cinta dunia, ada cinta tanpa bicara, ada cinta tanpa mengenal usia, ada cinta perlukan pengorbanan, ada cinta yang tak perlu diungkapka. Setiap situasi akan memberi makna yang berbeza.

Ada juga diantara kita yang tidak mahu kenal erti cinta. Rasa yakin dengan diri yang cinta bukanlah satu perkara yang penting dalam hidup. Bagi mereka cinta adalah satu perkara yang abstrak dah susah untuk difahami ertinya. Terlalu seni untuk dilihat, terlalu halus untuk dirasa, terlalu tinggi untuk digapai, terlalu besar untuk digarap….. akhirnya membiarkan hidup berlalu tanpa diiringi dengan cinta.

Ada juga diantara kita yang ingin dicintai, tapi tidak pernah mengecapinya. Sering tertanya tiadakah cinta di dalam dunia ini? Mengapa tidak pernah terlihat? Mengapa tidak pernah terasa? Mengapa tidak pernah tergapai? Mengapa tidak pernah tergarap. Sering tertanya dimanakah cinta sejati, sering mencari cinta yang suci, sering mendamba cinta yang hakiki…… namun, dibiarkan terkapai-kapai tanpa panduan.

Bagi sesetengah pihak menganggap, cinta adalah hubungan antara manusia dengan manusia. Mereka merasakan cinta hanya akan terjadi apabila seseorang menyayangi kita. Sehingga sanggup berkorban apa saja demi mendapatakan cinta

Kewujudan novel-novel cinta yang penuh dengan fantasi membuatkan ramai anak-anak muda sekarang yang lupa pada realiti kehidupan sebenar. Kebanyakan antara mereka di dongengkan dengan kisah-kisah fantasi menyebabkan ada di antara mereka leka pada kehidupan di alam nyata. Mungkin kita boleh menerima sekiranya perkara ini berlaku pada remaja dan anak muda yang belum mendirikan rumahtangga, namun sebaliknya pula jika hal ini berlaku pada orang dewasa yang telah mendirikan rumah tangga. Amat menyedihkan bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga, meninggalkan keluarga mereka semata-mata ingin mengecapi kepuasan diri. Bayangkan, ada di antara mereka yang telah mendirikan rumahtangga lebih dua puluh, dan sanggup bercerai dengan isteri dan berpisah dengan anak-anak demi kepentingan diri. Lebih menyedihkan lagi, alasan yang diberikan kadang kala menggelikan hati kita yang mendengarnya. Wajarkah diikutkan sangat perasaan berdasarkan nafsu semata-mata?

Ada pula satu keadaan lagi dalam masyarakat kita. Terlalu asyik bercinta sehingga lupa dengan kewajipan sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ada di antara mereka yang sanggup menyerahkan kehormatan yang kononnya dapat membuktikan cinta mereka. Memang satu tindakan yang berani, namun berfikiran singkat. Bukankah tindakkan yang kononnya mereka anggap berani itu bakal menjadi satu titik permulaan menuju hidup yang penuh dengan kesengsaraan?. Amat melucukan bila ada yang beranggapan kononnya mengikut peredaran zaman, tidak mahu dipanggil kolot oleh orang lain. Tapi bukankah ianya satu tindakan yang yang dilakukan oleh orang yang tidak ada iman. Mereka menganggap bahawa dengan melakukan pengorbanan sedemikian maka akan terbuktilah cinta. Bukankah ianya sinonim dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat kuno dahulu kala yang tidak beragama dan jahil. Mereka melakukan korban demi mendapat cinta dan kasih dari sesuatu yang kononnya mereka anggap dewa atau tuhan. Tanpa mereka sedari, mereka bukan menjadi semakin maju, malah mereka semakin mundur dan jahil. Sangat lucu bila orang seperti mereka ini menganggap diri mereka maju…. Fikirkanlah sendiri…

Akhir kata, sebuah cinta hanya akan dapat digapai atau dikecapi dengan adanya iringan kasih dari Illahi. Namun kita perlu ingat, sebelum mengharapkan kasih dari Illahi, mestinya kita sendiri terlebih dahulu menunjukkan kecintaan kita kepadaNya. Adakah kita peka dengan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba? Percayalah, tanpa dengan adanya kasih dari Illahi, kita tidak akan pernah mengecapi erti cinta yang sebenar.

15.1.08

membina peribadi anggun

Membina Peribadi Anggun

Binalah peribadi anggun, ia wajib bagi seorang gadis. Ia juga wajib bagi seorang wanita dalam apa jua status? anak dara, isteri, janda mahupun nenek.
Anggun adalah gabungan pada semua yang seharusnya ada pada seorang wanita, tidak semestinya ia bermaksud cantik tetapi anggun adalah anggun. Ia makna yang tersendiri dan membawa erti yang cukup besar dalam diri seorang wanita.
Seorang wanita tanpa keanggunan ibarat seorang lelaki tanpa kemachoan. Seperti pokok tanpa daun, apalah istimewanya. Seperti kereta tanpa roda, apalah ertinya. Seperti rumah tanpa pintu dan tingkap, apalah maknanya.
Keanggunan lahir semula jadi, tetapi ia juga boleh dibentuk. Seseorang yang dilahirkan kasar masih boleh menjadi anggun apabila mahu menyerlahkan kewanitaannya. Jika dia selesa dengan kekasaran yang semula jadi itu, ia akan terus menjadi seperti itu dan sifat-sifat keanggunannya akan terhakis sedikit demi sedikit.
Sebaliknya, seorang yang dilahirkan anggun dengan ciri-ciri kewanitaan semulajadi, boleh bertukar kasar apabila dia menghendakinya begitu. Keanggunan dilapik dengan gaya yang menghentak, turutkata yang kuat, bertindak ala lelaki dan sebagainya, lama-lama keanggunan akan hilang berganti dengan kelelakian, sedangkan dia seorang wanita. Sudah tentu tidak match, sebab dunia mengukur begini; apabila seseorang itu dilahirkan sebagai wanita dia perlu memiliki sifat-sifat kewanitaan sejati. Dan tiada ertinya seorang wanita tanpa keanggunan.
Apa itu anggun? Anggun adalah gabungan pada semua keindahan yang perlu ada pada seorang wanita � lembut, berhemah, menyejukkan mata. Bunga dipandang cantik apabila ia berwarna-warni. Pada tahap ia kembang penuh itu adalah tahap kecantikan yang maksimum yang ada padanya. Ketika itu ia adalah sebenar-benarnya bunga.
Bayangkan sekuntum bunga tetapi warnanya pudar, kelihatan layu dan tidak segar, bukankah itu mencacatkan mata kita yang memandang? Memang ia masih bergelar bunga tetapi bunga yang tidak menawan, bunga yang tidak dikehendaki dan bunga yang tiada serinya lagi. Apalah ertinya sekuntum bunga yang sudah kehilangan ciri-ciri bunganya.
Bunga perlu harum. Apabila harum ia akan diminati. Ia akan didekati, dibelek, dibelai dan dicium. Bunga perlu kembang indah. Apabila ia kembang indah ia akan disunting untuk dijadikan hiasan meja. Bunga yang tidak harum dan tidak kembang indah akan kekal di tangkainya hingga kumbang pun tidak sudi datang.
Wanita perlukan keanggunan sebagaimana bunga perlukan keharuman dan kembang yang mempersona.
Kamus memberi makna kepada anggun sebagai bagus, elok, kemas pada pakaian dan tingkah laku serta gaya . Dalam bahasa Inggeris ia diistilahkan sebagai neat, nice, well-dressed. Apabila dicantumkan pada perkataan peribadi, maka membina peribadi anggun ialah proses mencantumkan kekemasan, kebagusan dan keelokan pada perilaku.
Mahkota dan maruah seseorang wanita terletak pada keanggunannya, bukan kecantikannya. Wanita cantik boleh ditemui di mana-mana sebab maknanya subjektif tetapi wanita anggun sukar ditemui sebab maknanya unik. Jika anda telah diistillahkan anggun oleh seseorang, ketahuilah anda telah memiliki segalanya yang diperlukan oleh seorang wanita. Jika anda belum diistilahkan begitu, sekarang masanya untuk membina keanggunan. Ia satu proses penting yang sentiasa mengguntungkan. Buku �Membina Peribadi Anggun� barangkali membantu.

nak bercinta?

Nak bercinta? Boleh… tapi…

Islam adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang Allah bekalkan kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah ‘bercinta’ yang digunakan pada hari ini. Kesimpulannya, cinta adalah fitrah bagi setiap manusia, namun cinta perlu dimaterai dengan ikatan yang halal.

Firman Allah yang bermaksud;
“dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini”. QS Ar-Rum:30

Berbalik pada persoalan asal tadi. Nak bercinta boleh, tapi…. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya kita kupas dulu makna istilah cinta. Menurut kamus kehidupan remaja zaman sekarang, cinta membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya hubungan kekeluargaan atu yang bukan hak (halal nikah). Mereka ini tadi kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama hingga larut malam, menghubungi satu sama lain melalui perbualan telefon atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dan sebagainya.
Apa pula batas syarak yang diletakka pada cinta? Batas syarak yang dimaksudkan ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang belum halal nikah. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim tidak kira tempat ramai atau sunyi kerana apabila bila berduaan kedua anak adam lelaki dan perempuan maka yang ketiganya adalah syaitan.
Selain itu, terdapat juga perkara lain yang harus dijaga dalam pergaulan. Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunakkan atau memanjakan suara hingga menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan wanita bercinta sebelum berumah tangga.
Dalam tempoh berkenalan atau ta’aruf, cinta yang berputik antara dua insane perlu dipupuk dan perlu melalui syariat. Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada dirumah, atau jika perlu bersemuka diluar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dpercayai dan muhrim wanita tersebut. Sebaiknya perbualan yang terjadi hendaklah disaksikan oleh muhrim dan tiada unsur-unsur yang boleh membawa kepada penzinaan. Dan sesungguhnya penzinaan itu berlaku dalam banyak aspek antaranya zina mata, zina lidah, zina telinga, zina tangan, zina kaki, dan yang paling bahaya adalah zina hati. Merindu seseorang yang bukan muhrim merupakan satu penzinaan hati. Percintaan yang terlindung dari zina adalah sebaik percintaan. Waullahu ‘alam….

teman

Teman

Teman,
Andainya kita terpisah di dunia ini
Harapanku agar bisa terpelihara
Benteng keimananmu
Dari godaan dunia fana penuh pancaroba

Teman,
Resah hatiku melihat ramai yang tumbang
Dek angkara kealpaan diri
Mabuk dek menghirup madu dunia
Jadi racun perosak jiwa

Teman,
Janganlah dirimu alpa
dalam keasyikkan fatal
bangunlah dari mimpimu
bangkitlah dari lenamu
agar kau tak hanyut
Dalam gelombang khayalan

Teman,
Ukhwah ini terjalin
Demi Qudwah hasanah
Agar kau tidak lemah dan kalah
Dalam meniti pentas kehidupan

Teman,
Ukhwah yang kita bina
Bukan untuk seketika cuma
Nun jauh disana dunia kekal abadi
Menanti kita untuk kembali

Teman,
Sekiranya kita dipertemukan semula
Satu ketika nanti
Ku harap kita seiring bersama
Dalam mencari kasih Illahi

18.12.07

ada apa dengan SMS????

hmmm.... bila dah mula cuti raya ni, masing-masing sibuk berkemas pulang ke kampung halaman masing-masing. tak kurang juga yang menghabiskan waktu bersama orang yang 'tersayang'. maklumlah, nanti kalau balik kampung tak dapat jumpa pula, takut rindu pula. jadi masa yang ada jangan disia-siakan begitu saja. kalau bujet nak keluar tak cukup, balas-balas sms pun jadilah. hmm... (pemikiran seorang remaja yang jahil)

bila kita renung balik, tak terlintas ke perasaan hairan dalam diri kita bila melihat gelagat muda mudi zaman sekarang ni..... kalau kita lihat remaja zaman sekarang banyak menghabiskan masa untuk perkara yang sia-sia saja. salah satunya ialah main 'sms'. kalau kita lihat dimana-mana saja, kebanyakkan pelajar akan sibuk dengan talifon bimbit masing-masing, dan yang menggamit pemikiran waras ini ialah, mereka sibuk messaging dengan orang yang 'tersayang'. (konon la). walhal, orang yang di message tu pun belum ada apa2 hubungan pun lagi dengan mereka tu.

cukup banyak masa yang dibuang begitu saja. contohnya, kalau satu sms ditaip ambil masa lebih kurang 15-20 minit, kalau satu hari hantar sms pun hampir 100-150 sms, kira2 50 minit hingga satu jam waktu yang terbuang begitu saja. itu belum lagi termasuk dengan waktu mengelamun, berhayal sambil menunggu balasan sms dari orang yang tersayang itu tadi.

ada pula yang mana kerana terlalu sibuk dengan sms, jadi terlalu taksub hinggakan tidak mempedulikan orang lain yang berada disekeliling. tak faham la apa nak jadi, pekembangan teknologi semakin maju, tapi manusia pula yang semakin mundur.... renung2kanlah...

9.12.07

intuisi..

intuisi
dalam sukmaku mengerti
akan getar mencari erti
namun ku juga punya erti dalam satu destinasi
terima kasih atas satu inspirasi

bukan ku meletakkannya atas pada letaknya atas
melainkan pada tempatnya jua
meletakkan sesuatu pada tempatnya

tahukah dikau apa yang daku perbuati?
adakah daku mencemari hati yang suci
tidak sesekali ku kotori kelopak bunga seri pagi
melainkan ku berinya dijaga oleh kekandaku
di sebuah taman yg dipagari

kerna ku tahu
aku manusia yang masih empunya hati
yang tak henti dari perbuat salah

aku tidak gentar daripada kehilangannya
bahkan sering aku mengabaikannya
kerna daku tahu apa itu nuansa perjuangan

Allah tetap di hati..
dan diberinya Allah akan kenangan hati

carilah ertimu
dalam pencarian
adakah berselindung disebalik bait-bait kata
usah kerna aku
dikau tercicir di jalan yang suci

tanyalah akan sebuah kebenaran
bukan disebalik bisik-bisik manusia
yang selalu membuat erti
akan sebuah yang tak bererti

sebaik-baik ciptaan Allah
sempurna dari fizikal dan rohani
insyaAllah..