Ada Apa Dengan Cinta?
Cinta memang sukar untuk diungkapkan maksudnya. Setiap erti cinta membawa maksud yang berbeza mengikut situasi. Ada yang cinta dunia, ada cinta tanpa bicara, ada cinta tanpa mengenal usia, ada cinta perlukan pengorbanan, ada cinta yang tak perlu diungkapka. Setiap situasi akan memberi makna yang berbeza.
Ada juga diantara kita yang tidak mahu kenal erti cinta. Rasa yakin dengan diri yang cinta bukanlah satu perkara yang penting dalam hidup. Bagi mereka cinta adalah satu perkara yang abstrak dah susah untuk difahami ertinya. Terlalu seni untuk dilihat, terlalu halus untuk dirasa, terlalu tinggi untuk digapai, terlalu besar untuk digarap….. akhirnya membiarkan hidup berlalu tanpa diiringi dengan cinta.
Ada juga diantara kita yang ingin dicintai, tapi tidak pernah mengecapinya. Sering tertanya tiadakah cinta di dalam dunia ini? Mengapa tidak pernah terlihat? Mengapa tidak pernah terasa? Mengapa tidak pernah tergapai? Mengapa tidak pernah tergarap. Sering tertanya dimanakah cinta sejati, sering mencari cinta yang suci, sering mendamba cinta yang hakiki…… namun, dibiarkan terkapai-kapai tanpa panduan.
Bagi sesetengah pihak menganggap, cinta adalah hubungan antara manusia dengan manusia. Mereka merasakan cinta hanya akan terjadi apabila seseorang menyayangi kita. Sehingga sanggup berkorban apa saja demi mendapatakan cinta
Kewujudan novel-novel cinta yang penuh dengan fantasi membuatkan ramai anak-anak muda sekarang yang lupa pada realiti kehidupan sebenar. Kebanyakan antara mereka di dongengkan dengan kisah-kisah fantasi menyebabkan ada di antara mereka leka pada kehidupan di alam nyata. Mungkin kita boleh menerima sekiranya perkara ini berlaku pada remaja dan anak muda yang belum mendirikan rumahtangga, namun sebaliknya pula jika hal ini berlaku pada orang dewasa yang telah mendirikan rumah tangga. Amat menyedihkan bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga, meninggalkan keluarga mereka semata-mata ingin mengecapi kepuasan diri. Bayangkan, ada di antara mereka yang telah mendirikan rumahtangga lebih dua puluh, dan sanggup bercerai dengan isteri dan berpisah dengan anak-anak demi kepentingan diri. Lebih menyedihkan lagi, alasan yang diberikan kadang kala menggelikan hati kita yang mendengarnya. Wajarkah diikutkan sangat perasaan berdasarkan nafsu semata-mata?
Ada pula satu keadaan lagi dalam masyarakat kita. Terlalu asyik bercinta sehingga lupa dengan kewajipan sendiri. Lebih menyedihkan lagi, ada di antara mereka yang sanggup menyerahkan kehormatan yang kononnya dapat membuktikan cinta mereka. Memang satu tindakan yang berani, namun berfikiran singkat. Bukankah tindakkan yang kononnya mereka anggap berani itu bakal menjadi satu titik permulaan menuju hidup yang penuh dengan kesengsaraan?. Amat melucukan bila ada yang beranggapan kononnya mengikut peredaran zaman, tidak mahu dipanggil kolot oleh orang lain. Tapi bukankah ianya satu tindakan yang yang dilakukan oleh orang yang tidak ada iman. Mereka menganggap bahawa dengan melakukan pengorbanan sedemikian maka akan terbuktilah cinta. Bukankah ianya sinonim dengan amalan yang dilakukan oleh masyarakat kuno dahulu kala yang tidak beragama dan jahil. Mereka melakukan korban demi mendapat cinta dan kasih dari sesuatu yang kononnya mereka anggap dewa atau tuhan. Tanpa mereka sedari, mereka bukan menjadi semakin maju, malah mereka semakin mundur dan jahil. Sangat lucu bila orang seperti mereka ini menganggap diri mereka maju…. Fikirkanlah sendiri…
Akhir kata, sebuah cinta hanya akan dapat digapai atau dikecapi dengan adanya iringan kasih dari Illahi. Namun kita perlu ingat, sebelum mengharapkan kasih dari Illahi, mestinya kita sendiri terlebih dahulu menunjukkan kecintaan kita kepadaNya. Adakah kita peka dengan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba? Percayalah, tanpa dengan adanya kasih dari Illahi, kita tidak akan pernah mengecapi erti cinta yang sebenar.
1 komentar:
salam...
Posting Komentar