Nak bercinta? Boleh… tapi…
Islam adalah agama fitrah. Kasih sayang adalah sifat tabii yang Allah bekalkan kepada manusia. Adalah fitrah semula jadi apabila lelaki dan wanita berkasih sayang antara satu sama lain atau istilah ‘bercinta’ yang digunakan pada hari ini. Kesimpulannya, cinta adalah fitrah bagi setiap manusia, namun cinta perlu dimaterai dengan ikatan yang halal.
Firman Allah yang bermaksud;
“dan dijadikan untukmu pasanganmu dan dijadikan antara kamu mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). Cinta ini hanya boleh dinyatakan melalui gerbang perkahwinan dan manfaat yang paling besar akan terbit daripada cinta sebegini”. QS Ar-Rum:30
Berbalik pada persoalan asal tadi. Nak bercinta boleh, tapi…. Sebelum persoalan ini dijawab, ada baiknya kita kupas dulu makna istilah cinta. Menurut kamus kehidupan remaja zaman sekarang, cinta membawa maksud menyatakan perasaan secara terbuka antara lelaki dan perempuan yang tidak punya hubungan kekeluargaan atu yang bukan hak (halal nikah). Mereka ini tadi kemudian memupuk cinta dengan keluar bersama hingga larut malam, menghubungi satu sama lain melalui perbualan telefon atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel dan sebagainya.
Apa pula batas syarak yang diletakka pada cinta? Batas syarak yang dimaksudkan ialah batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang belum halal nikah. Lelaki dan perempuan tidak boleh berada secara berdua-duaan tanpa ditemani muhrim tidak kira tempat ramai atau sunyi kerana apabila bila berduaan kedua anak adam lelaki dan perempuan maka yang ketiganya adalah syaitan.
Selain itu, terdapat juga perkara lain yang harus dijaga dalam pergaulan. Lelaki dan wanita juga wajib menjaga aurat, akhlak dan adab pergaulan. Jika semua itu dijaga rapi, pakaian menutup aurat dengan sempurna, tidak berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah, menjaga adab tutur bicara, tidak melunakkan atau memanjakan suara hingga menimbulkan keinginan pada sang lelaki, maka boleh saja lelaki dan wanita bercinta sebelum berumah tangga.
Dalam tempoh berkenalan atau ta’aruf, cinta yang berputik antara dua insane perlu dipupuk dan perlu melalui syariat. Jika keperluan untuk berjumpa, bertandang ke rumah keluarga perempuan ketika ibu bapanya ada dirumah, atau jika perlu bersemuka diluar, pastikan pertemuan itu berlaku dengan kehadiran seorang teman yang dpercayai dan muhrim wanita tersebut. Sebaiknya perbualan yang terjadi hendaklah disaksikan oleh muhrim dan tiada unsur-unsur yang boleh membawa kepada penzinaan. Dan sesungguhnya penzinaan itu berlaku dalam banyak aspek antaranya zina mata, zina lidah, zina telinga, zina tangan, zina kaki, dan yang paling bahaya adalah zina hati. Merindu seseorang yang bukan muhrim merupakan satu penzinaan hati. Percintaan yang terlindung dari zina adalah sebaik percintaan. Waullahu ‘alam….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar