23.8.11

Adik-adikku sayang....


Dua orang budak nakal yang sentiasa mewarnai hidupku. Keletah mereka sentiasa membuatkan aku tak pernah berhenti belajar untuk menjadi seorang kakak yang sempurna buat mereka.

Banyak hal yang aku belajar sepanjang menjadi kakak mereka. Mungkin aku bukan kakak yang sempurna, namun aku mecuba untuk menjadi yang terbaik. 

Gambar ini diambil sewaktu hari convocation aku pada 30 July 2011.


Entah mengapa, malam ini tatkala aku membelek2 gambar2 yang diambil ketika convo tempoh hari, hati aku tersentuh melihat gambar mereka berdua. Tersentuh tatkala melihat senyuman yang terukir diwajah mereka. Luluh hatiku melihat mereka masih lagi mampu senyum walhal ada yg tidak sempurna pada hari kejadian. 

~I Love both of you my dear brother and sister~


22.8.11

Expo!!!!

Khamis....
Jumaat...
Sabtu....
Ahad....
Isnin....

Pejam celik pejam celik, dah lima hari rupanya aku ada kat sini. Dari hari pertama sampai, hingga la ke hari ini, semua kerja menyusun atur kanopi, meja, ampaian serta stok2 barang, dilakukan oleh kami adik-beradik serta seorang pembantu. Kami cuma bertiga, dengan tenaga kerja yang terhad mungkin ianya menjadi satu kekangan untuk segala gerak kerja disiapkan dengan pantas. Namun begitu, ianya bukan lah satu alasan untuk aku dan adik mengalah. 

Setelah bertungkus lumus hampir tiga hari, hamdillah segala kerja mengatur barang selesai dilaksanakan. Bahkan, sudah ada barang2 yang laku terjual. Pada awalnya aku agak gusar dengan sambutan pengunjung2 di kawasan ini. Hal ini disebabkan disini, taraf kehidupan mereka agak sederhana kalau nak dibandingkan dengan taraf hidup di Kuala Lumpur. Sedangkan barang2 yang aku bawa semuanya berkualiti. Bagaimana aku ingin menjual barang2 dengan harga yang tinggi. Kalau di Kuala Lumpur, sehelai baju melayu  yang dijual dengan harga RM40 adalah satu perkara biasa. Namun disini, harga sebegitu ternyata terlalu mahal bagi penduduk disini. Jadi, aku perlu membuat semula kira-kira agar harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal dan juga tidak terlalu murah hingga merugikan aku.

Hamdillah, setelah segala perkiraan dibuat, dan harga yg berpatutan telah ditetapkan, sambutan pengunjung disini ternyata memberansangkan. Walaupun pada awalnya pengunjung yang datang tidak terlalu ramai, akibat beberapa  kekangan, contohnya hari yang sentiasa hujan, masih ramai yang bekerja dan yang paling penting mereka belum terima gaji. (highlight yg gaji sebab itu yang penting).

Apa yang buat aku teruja dengan expo kali ini adalah, ini adalah expo yang julung2 kali diuruskan secara total oleh ku. Kalau sebelum2 ini, aku hanya bertindak sebagai pembantu sahaja kerana hal2 lain telah pun diuruskan oleh mama, namun kali ini segala urusan dilaksanakan secara sendiri. Berdebar juga aku bila mengahadap segalanya sendiri. Kerana ini merupakan satu ujian bagi menilai tahap kecekalan aku dan sebagai satu titik mula bagi aku untuk membuktikan yang aku mampu berdagang setelah sekian tahun aku belajar dengan ramai orang.

Apa2 pun aku harap expo kali ini berjalan dengan lancar hendaknya.  Aku harap agar sambutan orang ramai menjadi lebih galak bila semakin hampir dengan hari raya. 

bersambung......

16.8.11

Menyingkap sebuah ketulusan didalam kehidupan adalah sesuatu yang 


sukar..


Kerana hati manusia sentiasa akan diselubungi dengan bayang-bayang 


hitam..


Bila mana sebuah bayangan menjadi kelam, tidak akan terlihat


apa yang terhampar dihadapan..


Maka, beruntunglah bagi mereka yang mensucikannya..


Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya....~








Kemanisan dalam kepahitan

"Tanpa menghirup segelas kepahitan, mana mungkin kita akan menghargai secangkir kemanisan"

Begitu lah ungkapan yang terlintas difikiran ku tatkala aku merenung kembali hari2 yang telah  aku lalui selama setahun ini. Terlalu banyak peristiwa2 yang berlaku sepanjang setahun aku bergelar graduan.

Sungguhpun aku telah berjaya menamatkan pengajian, namun bagiku, sebagai seorang yang masih mentah dalam arena kehidupan ini, masih banyak yang harus aku pelajari, lebih2 lagi apabila menyingkap soal mempelajari bagaimana menilai sesebuah kejadian dan bagaimana hendak mengambil hikmah disebalik sesuatu kejadian itu.

Untuk mengambil hikmah disebalik sebuah kejadian itu bukanlah satu perkara yang mudah, bahkan aku acapkali mengeluh dan menyalahkan takdir kerana meratapi nasib diri yang malang. Pun begitu, tanpa aku sedar, pengalaman yang aku lalui tadi lah sebenarnya yang mematangkan aku dan membantu aku agar menjadi lebih dewasa dalam menghadapi sesebuah persoalan.

Mungkin aku tidaklah terlalu sempurna untuk berbicara mengenai hikmah sesebuah peristiwa kerana jujur aku katakan, yang aku sendiri juga acapkali mengeluh apabila diunjurkan dengan pelbagai permasalahan yang kadang2 tidak termampu untuk aku hadapi. 

Sungguh pun begitu, peristiwa2 ini juga lah yang mematangkan aku, juga membantu aku untuk mengenal hati budi orang disekeliling aku.
Banyak yang aku peroleh selama setahun ini. dan pengalaman setahun ini juga lah yang berjaya membuka mata aku seluas2 nya. Kesedaran hinggap di dalam jiwa sehinggakan aku akhirnya dapat membezakan antara hitam dan putih kehidupan. Tanpa aku sedar, sepanjang setahun ini jugalah aku belajar menyingkap nilai2 keikhlasan dan kesabaran. 


Benar kata orang, cabaran di alam remaja tidaklah sehebat mana jika nak dibandingkan dengan cabaran di alam dewasa. Aku kira, aku sudah cukup berhati2 mengatur langkah agar tidak tersadung lagi, rupanya2 jalan yang dilalui tidak sama likunya, malah lebih hebat lagi cabarannya. Bahkan aku acapkali juga tersadung dan terus tersadung hingga akhirnya aku sedar, setiap perjalanan ada cabarannya tersendiri. Yang penting, kesedian diri sama ada sudah bersedia atau belum untuk mengharunginya. 


Mungkin apa yang aku lalui sepanjang setahun ini banyak pahitnya, namun, aku tidak pernah kesal kerana walau sepahit mana peristiwa yang aku lalui, aku bersyukur kerana aku dapat menikmati kemanisan pengalaman. Dan kini aku lebih celik untuk menilai sebuah kehidupan berbanding sebelumnya.

12.8.11

Sharing is caring

"Bukan cinta yang buta, tapi orang yang bercinta itu tidak bermata kerana mata hati telah tersumbat dek kerana asyik dibuai khayalan cinta"

Maka frasa yang tepatnya ialah, orang yang bercinta itu BUTA.

"Bercinta tidak salah, tapi orang bercinta itu banyak melakukan kesalahan kerana terhanyut di dalam khayalan dunianya sendiri"

Setepatnya boleh dikatakan orang bercinta itu BERSALAH.
(bersalah sekiranya tidak berlandaskan jalan yang dibenarkan. Kerana orang yang bercinta tanpa berlandaskan jalan yang betul selalu melakukan kesalahan.)

10.8.11

Membuat keputusan....???

Tiada siapa tahu apa yang dirancang Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di langit dan bumi. Dan sudah pasti juga, aku sendiri tidak tahu apa yang dirancang olehNya untukku. Namun yang pasti hatiku semakin berdebar2 menunggu tibanya detik yang dinantikan. Walaupun pada luarannya aku tekad untuk meneruskan apa yang telah aku pilih. Pun begitu, pada dasarnya masih tersembunyi detak-detak kegusaran. 

Soalan yang sering bermain difikiran: 
"adakah keputusan yang aku pilih ini merupakan satu pilihan yang tepat bagiku?". 
Aku sendiri masih belum bisa menjawabnya. 

Namun begitu, keraguan itu sama sekali tidak menghalang aku untuk meneruskan perjalanan yang telah aku pilih. Bagiku, kita tidak akan pernah tahu apa yang menanti kita di setiap persimpangan. Cuma yang pasti, kita harus tetap melangkah untuk menyempurnakan sebuah perjalanan. Perjalanan yang akan membawa kita menuju ke destinasi yang kita impikan.

Awalnya, ianya nampak mustahil bagi aku untuk meneruskan apa yang telah aku rancang. Dan kerana kekangan2 itu juga, aku hampir2 membatalkan niat asalku. Pun begitu, tanpa aku sangka satu demi satu kekangan dapat diatasi. Hal ini, menjadikan hatiku bertambah tekad untuk meneruskan hajatku.

Syukur, hari yang dinantikan semakin hampir, tinggal beberapa perkara lagi harus diuruskan sebelum segalanya diteruskan. Walaupun hanya tinggal beberapa perkara saja, namun aku tetap juga gementar kerana aku tidak tahu apa yg bakal mendatang. Segalanya mungkin.... Aku cuma boleh berharap agar segalanya dipermudahkan.


Dia lebih Tahu.


Bila kau memandang seglanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang mnjadikan sakit hatimu
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia. 
Yang membuat keinginan mu terhalang
serta menyusahkan hidupmu.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah
 yang selalu lebih lunak &
 lebih mudah untuk dekat &
lebih akrab dengan NYA.

Pintaku Ya Allah


Ya Allah 

gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, 

dan jadikan kesenangan itu awal kebahagian, 

dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram . 

Ya Allah 

dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, 

dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan. 

Semoga jiwa dan ragaku di jalan Mu Ya Allah.


Aamiin.

•♥• Rintihan Dari Seorang Hamba •♥•

Ya Allah,

Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.


Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.


Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,


Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam 


melayani kehendakMu.


Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara 


yang menimpa.


Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang 


berjihad,


hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,


Berikanlah berita gembira buatku,


dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang 


menimpa.


Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami


hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,


Jadikanlah aku hambaMu,


yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau 


kurniakan.


Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan


hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.

Ya Allah,


Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan 


padaku.


Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar 


ini.


Pimpinlah aku menjadi JUNDULLAH YANG BAIK BUDI 


SERTA AKHLAKNYA.


Ya Allah,


Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.


Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat....