10.3.11

Lupa asal usul

"Kadang2 aku menyampah tengok "foreigner "yang datang belajar kat negara ni. Terutamanya yang ada kat kampus aku sekarang ni. Berlagak sangat. Tak tahu nak hormat orang".

Itu merupakan statement yang diajukan oleh seorang kawan aku ketika aku melawat beliau dikampusnya.

Baik, tidak dinafikan, ada benar kata2 yang beliau ucapkan. Memang ada segelintir "foreigner" yang berperangai menyakitkan hati. Namun bukan itu yang aku ingin persoalkan disini.

Persoalannya ialah, orang yang mengeluarkan statement itu sendiri. Pertama, tidakkah dia sedar yang aku juga merupakan seorang "foreigner". Kedua, lupakah dia yang mana ibu dan bapanya juga seorang "foreigner".

Memang benar, dia lahir disini. Tapi itu tidak bermakna yang dia punya hak untuk memburukkan orang yang berasal dari negara lain. Yang paling menjengkilkan ialah, ibu dan bapanya masih lagi memegang status penduduk tetap di negara ini. Aku rasa orang macam ni memang lupa daratan betul.

Cara dia bercakap mengenai "foreigner" seolah2 mereka itu terlalu rendah martabatnya. Orang seperti ini boleh aku kategorikan sebagai orang yang tak sedar diri. Lupa asal keturunan, lupa jati diri dan salahsilah keluarga.

Yang peliknya, beliau merupakan mahasiswa dari sebuah pusat pengajian yang agak ternama. Tapi persepsi beliau terhadap perkara tersebut seolah2 seperti remaja yg sedang belajar di sekolah menengah.

Aku tersenyum sendirian tatkala mendengar beliau mempertikaikan bagaimana pelajar2 "foreigner" di kampusnya berpakaian, makan, berbual, bersosial. Seolah2 ianya tradisi baru di mata beliau. Aku tak dapat bayangkan betapa dangkalnya tahap pemikiran seorang mahasiswa sperti beliau yang sewenang-wenangnya menyalahkan "foreigner" akibat kerosakkan akhlak yang berlaku dikalangan remaja sekarang. Hanya itu sahaja ke satu-satunya jalan pencerapan kemunduran budaya yg terlintas difikiran beliau sebagai seorang mahasiswa?

Antara kenyataan beliau tempoh hari:-
"kenapa dorang ni suka pakai baju2 yg pelik2? terutama pelajar muslimah. tak boleh ke dorang pakai baju kurung macam kita kat sini? kan lebih menutup aurat. Ni tak, pakai jubah tah apa2, tudung lilit2 kepala. Teruk betul cara mereka berpakaian! Bagi pengaruh yang tak elok untuk remaja2 kat sini"

Persoalannya, ada ke baju kurung kat tempat asal diorang?? Kadang2 aku fikir balik, aku tengah bercakap dengan seorang mahasiswa ke atau seorang pelajar sekolah rendah??? Aku sendiri pun tak pasti.

Namun perkara yang paling utama ialah, beliau sedar ke tidak, yang beliau juga berasal dari sebuah keluarga yg terdiri daripada sang "foreigner". Cara beliau seolah-olah "meludah kelangit, akhirnya tepalit ke muka sendiri juga".

Bak kata Buya Hamka
"Orang yang melupakan sejarah tidak akan pernah maju kerana dia bakal mengulangi sejarah yang sama yang pernah dilakukan oleh orang2 yg terdahulu".

Bagai tiada erti

8 tahun dah kita kenal. Ianya bukan satu tempoh yg singkat. Cukup lama untuk kita mengenali hati budi masing2. Namun tempoh yg cukup lama ini seolah2 bagai tiada erti bila kau meletakkan pertaruhan diatas sebuah nama persahabatan.

Aku cukup teruja tatkala menerima panggilan telefon dari kau. Aku kira ada sesuatu yg ingin dikongsikan. Manalah tahu, kerana bukan selalu kita berbual di telefon. Namun jangkaan ku ternyata meleset. Bukan perkongsian yang ingin kau bicarakan, tapi sebuah hamburan amarah yg membuatkan aku terdiam seketika. Aku yg tadinya gembira, tatkala melihat nama kau tertera di skrin telefon, kini menjadi hampa dan kecewa.

Salam bicara awalmu sungguh dingin. Bagaikan menahan gelombang taufan yg melanda. Dengan penuh kedinginan bicara dan tanpa bertanya terlebih dahulu adakah aku maklum atas apa yg berlaku, kau terus menyatakan kekesalanmu kepadaku. Puncanya? kesalmu bukan disebabkan aku, namun ianya disebabkan seseorang yg ada kaitan dengan aku. Dan atas sebab itu, aku dipersalahkan atas segalanya.

............................................................................................................................................................................
Ya, seingat aku, memang aku yg memula bicara untuk meminta bantuan darimu untuk membantu beliau. Aku kira, kerana persahabatan yg terjalin sekian lama, aku bisa menaruh kepercayaan terhadap kau. Sangkaku. Dan awalnya juga, hatiku tidak tenteram tatkala aku meminta bantuan dari kau kerana aku sudah cukup masak dengan sifat2 kau. Namun, kerana keadaan tengah mendesak, aku terpaksa meminta bantuan dari kau. Dan seingat aku, itulah kali pertama aku meminta kau membantu aku untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh seseorang yg aku sayang.

Aku kira pertolongan yg aku pinta tidak menjadi persoalan besar bagi kau. Kerana sebelum ini kau juga pernah meminta pertolongan yg sama. Malah sepanjang perkenalan kita, ada sahaja pertolongan yg kau pinta. Tanpa ada seribu persoalan, aku berusaha membantumu agar kepayahanmu berkurang.

Namun pada hari aku meminta kau membantuku, seribu pertanyaan yg kau ajukan. Seolah2 kau tidak percaya pada aku. Seolah2 kau baru mengenali aku. Setelah negosiasi yg panjang, akhirnya kau bersetuju juga untuk membantu aku. Namun aku agak sedikit kecewa, kerana begitu kau tidak mempercayai aku. Pun begitu, aku tetap berterima kasih kerana kau mahu juga menghulurkan bantuan.

..........................................................................................................................................................................

Tiba2 kelmarin, kau menelefon aku dan menyatakan rasa kesalmu terhadapku. Dan setiap bait kata yg kau ucapkan meranapkan rasa penghargaan aku kepada kau sebagai seorang sahabat. Ya, kau sedang marah kerana kecewa dengan apa yg telah dilakukan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Namun adakah wajar untuk kau menghamburkan amarahmu pada aku? Aku ke yg bersalah??? persolan itu aku tanyakan pada kau. Namun kau menjawab, "memang bukan kau yg buat, tapi dia kan ada kaitan dengan kau, jadi kenapa kau tak alert? kenapa kau tak amik tahu. Kau sepatutnya alert dengan perkara2 mcm ni. aku tak nak nama aku buruk. So sekarang ni aku nak kau selesaikan masalah ni cepat. Jangan sampai disebabkan dia, persahabatan kau dan aku terjejas".

"TERJEJAS"???

Aku benar2 kecewa dengan perkataan kau. Sepanjang aku kenal kau, semarah-marah aku pada kau pun, belum pernah aku meletakkan nama persahabatan sebagai satu bahan ugutan. Dan bukan sekali dua kau buat aku kecewa, bukan sekali juga kau sebabkan reputasi aku jatuh, dan bukan sekali juga disebabkan kau nama baik aku buruk. Tapi pernah aku tengking kau? pernah aku maki kau? pernah aku ugut kau atas nama persahabatan? tidak pernah sekali. Namun cara kau melepaskan rasa kecewa kau pada aku seolah2 aku tiada harga dimata kau.

Seingat aku, masalah yg kau haru birukan ini bukannya besar mana. Ya, aku tahu kau tak mahu nama baik kau tercemar hanya disebabkan "saman parking" yg tidak disengajakan oleh seseorang yg rapat dengan aku. Cuma "saman parking". Bukan saman mahkamah!! Namun pernahkah terlintas difikiran kau bagaimana perasaan aku tatkala reputasi dan nama baik aku terjejas akibat dari sikap kurang matang "kekasih" kau yg sedang menganggur satu ketika dulu? Bagaimana kau minta aku tolong carikan dia kerja. Dan setelah mendapatkan kerja, dia buat perangai, sampaikan dia berhenti kerja pun aku tak tahu. Yang paling menyakitkan hati ialah berhenti tanpa notis. Dan akibatnya, aku yg harus menjawab dengan pihak syarikat. Yang amat2 mengharukan ialah syarikat itu kepunyaan teman baik mamaku. Aku ingat lagi bagaimana mama memarahi aku akibat perbuatan "kekasih" kau. Dan aku ingat lagi bagaimana mama tidak mahu mendengar penjelasan aku. Dan bagaimana mama mengatakan bahawa dia malu dengan perbuatan "kekasih" kau. Dan akibat itu juga, mama dan temannya hampir2 hilang kepercayaan terhadap aku.

Dan ketika aku bertanya kenapa dia berhenti? kau jawab "abang kata kerja kat situ tak best, memenatkan, gaji kecil, tak sesuai dengan kelulusan dia". Kepala aku bagai dipanah petir tatkala mendengar jawapan dari kau. Macam nak pitam bila aku bayangkan muka kau ketika mempertahankan "kekasih" kau. Allah je lah yg tahu bagaimana perasaan aku ketika itu. Namun aku tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan aku pada kau kerana aku tahu, yg bersalah adalah "kekasih" kau, bukannya kau. Ada aku ugut kau seperti mana kau ugut aku?

Mungkin ada benarnya kata2 Mama dan Naim. Orang macam kau tak tahu apa nilai sebenar sebuah persahabatan. Rupanya mereka telah lama menilai kau seawal kita berteman lagi, cuma aku sahaja yg masih buta. Aku kira aku dah cukup mengenali kau, ternyata aku salah.

Aku kira sejak awal perkenalan kita, ini merupakan kali pertama aku meminta pertolongan dari kau untuk seseorang yg aku sayang. Dan kali pertama juga dia melakukan kesalahan. Namun tanpa ada toleransi kau meletakkan aku sebagai seorang yg bersalah besar dan bagai tiada harga dimata kau.

Mungkin ada baiknya juga perkara ini berlaku. Ada hikmah yg cukup besar bagi aku. Sekurang-kurangnya aku sedar siapa kau yg sebenarnya. Hal ini membukakan mata aku tentang dimana taraf kau sebagai seorang manusia atau lebih tepat lagi sebagai seorang sahabat.

Sungguh aku katakan yang aku amat kecewa pada kau. Amat kecewa, malah terlalu kecewa kerana hanya disebabkan oleh sekeping "saman parking" yg bernilai RM60, kau sanggup pertaruhkan nilai sebuah persahabatan.

Aku ingat kau dah cukup mengenali aku, kau percayakan aku sebab aku tak pernah berkira pun dengan kau. Tapi kau...... sungguh mengecewakan aku. Aku rasa, segala apa yang kau dan aku lalui sepanjang perkenalan kita bagai tiada erti dimata kau.

.......................................................................................................................................

mode: kecewa
1) aku benci berurusan dengan orang yg ada kekasih. Buta!!
2) betul ke orang benar2 ikhlas berkawan dengan aku atau ada sebab disebaliknya?
3) kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
4) mana perginya gelak ketawa tatkala kaki aku tersandung dan jatuh?
5) Macam sia2 je buat baik pada orang yg tak tahu menghargai kebaikan kita.

Pengajaran: "Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis terlalu sukar untuk diperolehi". Tidak semua orang yg sudi ketawa dengan kita sanggup untuk membantu kita tatkala kesusahan. Renung2kan.

4.3.11

Perhatian tidak perlu dituntut

"Bila semua yg kamu inginkan tak berlaku seperti apa yg kamu harapkan, wajarkah kamu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku keatas kamu? Fikirkan semula sebelum menuding jari kearah orang lain."

Ya, memang sebagai manusia, bila kita sedih, kecewa atau berduka, kita memang akan sentiasa memerlukan sokongan dari orang yg rapat dengan kita. Tak kiralah sama ada sokongan itu dari ibu bapa, teman2, sahabat handai, mahupun saudara mara. Yang paasti kita tidak akan dapat hidup sendirian tanpa mendapat sokongan dari "mereka" semua.

Namun begitu, kira seringkali terlupa. Bukan semua dari mereka mampu untuk memberi sokongan seperti apa yg kita harapkan. Ada diantara mereka, mungkin tidak mampu untuk meluangkan sepenuh masa terhadap tuntutan yg kita pinta. Pun begitu, tidak bermakna sekiranya mereka tidak dapat meluangkan masa bersama kita, mereka tidak peduli akan kisah kita. Mungkin jauh disudut hati, sebenarnya mereka ingin sekali berada disamping kita dan memberikan sokongan yang kita pinta.

Pun begitu, ada segelintir dari beberapa individu yg aku kenal. Seringkali menginginkan perhatian yang penuh. Permintaan yg dituntut kadang kala sukar untuk ditunaikan. Keperihatinan yg dituntut, adakalanya diluar kemampuan. Walaupun sudah berulang kali diterangkan keadaan yg sebenarnya, namun masih juga tidak dapat memberi sedikit pengertian kepada individu2 tersebut.

Kadang2 bila tidak diturutkan kemahuan yg dipinta, rajuk yg akan diaju. Membuatkan diri seringkali jadi serba salah sekiranya tidak ditunai permintaan. Tidakkah individu2 ini mengerti yang setiap orang punya tanggungjawab yg lainnya. Tidak semata hanya ditumpukan pada kehendak mereka sahaja. Jadi tidakkah mereka mampu mengerti atau memberi sedikit pengertian atas keadaan orang lain? Atau mereka tidak pernah langsung memikirkan keadaan orang lain, sebaliknya hanya memikirkan keadaan mereka sahaja.

Bukankah itu satu tindakkan yang mementingkan diri sendiri? Sungguh tidak adil aku kira.
Bagi aku, untuk mendapatkan sebuah perhatian itu, tidak perlu dituntut, tetapi tidak salah sekiranya untuk meminta sedikit perhatian. Pun begitu, tidak seharusnya kecewa atau berduka sekiranya tiada siapa yg ingin mendengar keluh kesah kita, kerana sedar atau tidak sedar DIA sentiasa mendengar keluh kesah kita tanpa perlu dipinta. Cuma kadang2 kita yang tak pernah sedar dan sering kali terlupa akan keberadaanNYA sebagai MAHA MENDENGAR dan MAHA MELIHAT.


1.3.11

Boleh ke?

Bila ada sesuatu perubahan berlaku dalam hidup pasti ambil masa nak sesuaikan diri. Namun bila semuanya sudah menjadi lebih selesa, perubahan lain pula yang berlaku, dan ketika itu, diri perlu menyesuaikan diri sekali lagi dengan perubahan baru.

Bagaimana agaknya aku akan menyesuaikan diri bila waktu itu tiba nanti. Adakah aku tabah untuk menghadapinya, atau aku akan kalah dengan keadaan? Aku sendiri pun tak pasti. Harap2 aku mampu untuk menghadapinya...

Timer: 5 months from now....