9.1.12

Lost & Found

Kejadian ni berlaku setelah seminggu aku berada di kampung. Aku dapat panggilan dari mama yang menyatakan bahawa kereta rosak teruk akibat kemalangan. Kerosakkan kereta terlalu teruk sehinggakan syarikat insurans pun tak dapat nak recover balik semua kerosakkan tersebut. Kalau ikutkan hati, memang lah aku marah. Marah yang amat sangat. Lebih2 lagi aku tau siapa yang bawa kereta ketika kejadian tu berlaku. Mama pun tahu yang aku pasti akan mengamuk sebab tu dia tak nak cerita panjang pasal kes kemalangan tu. Dah takdir katanya, iye, memang takdir. Tak siapa dapat menduga setiap perkara buruk yang bakal menimpa kita.

Tak cukup dengan itu, waktu di kampung, tiba-tiba je hand phone Vivas aku rosak. Dem je. Tak dapat la nak menangkap gambar dengan menggunakan teknologi 8 megapixel. Terpaksa lah aku guna kamera biasa. Hand phone dah nak rosak, nak buat macam mana kan. Takpe2, BB torch 9810, here i come.

Tambah satu lagi insiden yang menyesakkan perut aku. 'Kamera biasa' yang aku gunakan untuk mengambil gambar sepanjang di kampung pun tiba-tiba ditakdirkan untuk rosak. Rosak kerana dengan tidak sengaja terjatuh ke pasir pantai. Dan lensa nya rosak termasuk pasir pantai yang halus.

Ye lah, tak guna disesalkan dengan apa yang dah terjadi. Macam mana kita marah sekalipun, perkara dah nak jadi, tak mungkin ia akan kembali menjadi sediakala. Setiap perkara yang terjadi tu dah ditetapkan, mungkin hari ini kita hilang sesuatu yang bermakna dalam hidup kita, tapi tak bermakna ianya perkara buruk bagi kita. 

Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti kita di hari mendatang. Buktinya kereta yang aku pakai sekarang, jauh lebih bagus dari kereta sebelum ini. Sporty sei! Ekzos besar, sport rim, fully designed seat, ada power M dan beberapa lagi appearance yg memang dari dulu aku nak letak kat kereta lama. Dan dengan tidak semena2 semuanya ada didepan mata dan yang paling bestnye semua tu dibayar penuh oleh pihak insurans. Mujur aku sempat menukar premium insurans kereta aku, (dpt ilham, instinct. :P) kalau tak merana juga nak cari duit untuk beli kereta baru. Kes aku ni bukan nya boleh nak buat pinjaman, aku bukannya orang tempatan. Apa2 je semua nak kena ada "cash". Walaubagaimana pun, aku bersyukur sekurang-kurangnya masih ada kenderaan yang boleh aku gunakan.

Untuk kes hand phone dan kamera aku, perhaps tidak lama lagi aku leh la merasa pakai BB torch and dslr. Kalau aku nak beli sekarang pun bukannya nak guna sangat, Xperia ni pun elok lagi, kamera pun masih belum perlu sangat sekarang. So tak yah nak membazir. Bukannya untung pun kalau nak melaram tak memasal. Duit habis, tp tak 'utilize'. 

Apa yang penting aku kena sentiasa bersabar. Tak guna juga kalau nak mendesak tak tentu fasal. Nak merungut pun bukan nya berbaloi. Menyusahkan orang lagi ada lah. Adakalanya sabar itu lebih mendatangkan keberuntungan. 

I lost something but i found lots of thing

Lost & Found

Tidak ada komentar: